Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka permohonan Biasiswa MAIWP bagi sesi 2026/2027 mulai 21 September kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dan pemohon boleh memuat turun borang permohonan menerusi laman web https://www.maiwp.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai biasiswa ini.

Mengenai MAIWP

Biasiswa MAIWP merupakan biasiswa yang yang ditawarkan oleh pihak MAIWP kepada anak-anak Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA).

Untuk makluman, biasiswa ini merupakan salah satu biasiswa yang ditawarkan oleh pihak MAIWP bagi membantu anak-anak Wilayah Persekutuan terutamanya dalam aspek pendidikan tinggi.

Ini bertepatan dengan fungsi MAIWP iaitu mesmastikan pembangunan pendidikan anak-anak Wilayah Persekutuan menerusi pemberian biasiswa ini bagi mereka yang layak.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 21 September sehingga 5 Oktober 2026.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Klinikal & Kesihatan : Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri & berkaitan.
  • Sains Sosial & IT Perakaunan : Perbankan Islam, Undang-undang, Sans Teknologi, IT dan berkaitan.
  • Sastera & Pengajian Islam : Pengajian Islam (Semua bidang specialization) dan kursus berkaitan.
  • Kejuruteraan & Lain-Lain : Elektrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan, Mekanikal / Akreditasi MQA dan Syarak.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan utama untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam dan Warganegara Malaysia.
  2. Menetap di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Telah menerima Surat Tawaran kemasukan Tahun Pertama (sesi 2026/2027) di Universiti Awam (UA).
  4. Tidak menerima sebarang tajaan atau biasiswa daripada pihak/penaja lain.
  5. Kesihatan baik dan tidak mengidap penyakit kritikal.
  6. Memiliki Sijil penuh SPM / setaraf dan kepujian subjek Bahasa Melayu.

Syarat Kelayakan Akademik

Calon mesti memenuhi sekurang-kurangnya satu syarat akademik di bawah:

Peringkat KelayakanSyarat Akademik
STPMPNGK ≥ 3.30 keseluruhan
STAMJayyid Jiddan keseluruhan
Diploma / MatrikulasiPNGK ≥ 3.30 akhir semseter
Asasi / Foundation / A-LevelPNGK ≥ 3.30 akhir semseter

*Pelajar pengajian separuh masa / jarak jauh / asasi yang sedang berialan tidak layak memohon

    Cara Memohon

    Untuk membuat permohonan, sila ikut 3 langkah mudah tersebut iaitu:

    Langkah 1 : Muat turun borang di https://www.maiwp.gov.my atau mengambil borang permohonan di Kaunter Agihan Zakat MAIWP (HQ K. Lumpur, Putrajaya, Labuan)

    Langkah 2 : Borang muat turn wajib dicetak atas kertas putih. Isi semua maklumat dengan betul, tepat, dan lengkap.

    Langkah 3 : Hantar borang beserta lampiran lengkap ke Kaunter Agihan Zakat HQ MAIWP / Cawangan PAZA berhampiran.

    Soalan Lazim

    Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa MAIWP?

    Biasiswa MAIWP merupakan biasiswa yang yang ditawarkan oleh pihak MAIWP kepada anak-anak Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA).

    Bilakah tarikh permohonan biasiswa ini dibuka?

    Tarikh permohonan dibuka mulai 21 September sehingga 5 Oktober 2026.

    Apakah bidang pengajian yang layak memohon?

    – Klinikal & Kesihatan : Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri & berkaitan.
    – Sains Sosial & IT Perakaunan : Perbankan Islam, Undang-undang, Sans Teknologi, IT dan berkaitan.
    – Sastera & Pengajian Islam : Pengajian Islam (Semua bidang specialization) dan kursus berkaitan.
    – Kejuruteraan & Lain-Lain : Elektrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan, Mekanikal / Akreditasi MQA dan Syarak.

    Jika saya belum menerima tawaran daripada mana-mana UA, adakah saya boleh memohon?

    Tidak. Pemohon mestilah telah menerima Surat Tawaran kemasukan tahun pertama (sesi 2026/2027) di Universiti Awam (UA).

    Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan?

    Muat turun borang di https://www.maiwp.gov.my atau mengambil borang permohonan di Kaunter Agihan Zakat MAIWP (HQ K. Lumpur, Putrajaya, Labuan)

    Pertanyaan Lanjut

    Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di talian 03-2639 9000 (Ext: 20407 / 20408 / 20413 / 20415 / 20410).

    Baca juga: Permohonan Biasiswa Yayasan UEM Wira 2026: Penajaan Ijazah Pertama IPTA

    Penulis