iBITA : Permohonan Bantuan IPT Pulau Pinang 2026

ibita
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Perhatian bagi bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA, IPTS atau Politeknik di seluruh Malaysia, anda boleh memohon bantuan i-Bita oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi https://ibita.penang.gov.my/.

iBITA adalah sebuah sistem atas talian Sistem Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Mengenai iBITA

Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) merupakan inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pelajar kelahiran Pulau Pinang untuk membantu menampung kos pendaftaran pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Objektif bantuan ini adalah membantu menampung kos pendaftaran pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar dari kalangan B40.

Bantuan ini berbentuk kewangan sekali bayar (one-off) kepada pelajar yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan

Permohonan atas talian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBita) dibuka mulai 1 Julai 2026 hingga 30 September 2026.

Institusi Pengajian Yang Layak

Bantuan ini disediakan kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan untuk melanjutkan pengajian di:

  • Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang layak
  • Politeknik Malaysia yang layak

Jumlah Bantuan IPT Pulau Pinang

Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Universiti di Semenanjung: RM 1,000
  • Universiti Sabah/Sarawak: RM 1,200
  • Politeknik Malaysia: RM 300

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan isi rumah (ibu & bapa / penjaga) tidak melebihi RM8,000 (Gaji Pokok Sahaja).
  2. Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
  3. Pemohon merupakan ANAK KELAHIRAN NEGERI PULAU PINANG ATAU pelajar yang memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di sekolah Pulau Pinang.
  4. Pelajar yang ditawarkan ke program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pada tahun semasa dan tahun berikutnya sahaja.
  5. Semua PDT menerima permohonan dengan salinan kad matrik / surat tawaran walaupun tiada resit pembayaran yuran pendaftaran.
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Senarai Nama IPT / Kolej Yang Boleh Memohon

i. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

  1. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
  2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
  3. UNIVERSITI MALAYA (UM)
  4. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  6. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
  7. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
  8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
  9. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
  11. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
  12. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  13. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
  14. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  15. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
  16. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
  17. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  18. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
  19. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
  20. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

ii. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

  1. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
  2. UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
  3. UNIVERSITI AIMST (AIMST)
  4. KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
  5. KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
  6. MSU COLLEGE PENANG

iii. Politeknik

  1. POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
  2. POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)
  3. POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)
  4. POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)
  5. POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)
  6. POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
  7. POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
  8. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
  9. POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
  10. POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
  11. POLITEKNIK BESUT (PBT)
  12. POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
  13. POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
  14. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
  15. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
  16. POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
  17. POLITEKNIK MELAKA (PMK)
  18. POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
  19. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
  20. POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
  21. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
  22. POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
  23. POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
  24. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
  25. POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
  26. POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
  27. POLITEKNIK JELI (PJK)
  28. POLITEKNIK NILAI (PNS)
  29. POLITEKNIK BANTING (PBS)
  30. POLITEKNIK MERSING (PMJ)
  31. POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
  32. POLITEKNIK TAWAU (PTS)
  33. POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
  34. POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
  35. POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)
  36. POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)

Cara Permohonan

Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan bantuan ini:

  1. Layari laman web berikut https://ibita.penang.gov.my/.
  2. Klik bahagian “Login Pemohon.”
  3. Klik butang “Daftar Akses.”
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Setuju dan Hantar.”
  5. Login dan buat permohonan sehingga selesai.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan iBITA?

iBITA ialah inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pelajar kelahiran Pulau Pinang untuk membantu menampung kos pendaftaran pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Bilakah permohonan ini boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 Julai 2026 hingga 30 September 2026.

Pelajar institusi pengajian yang manakah layak untuk memohon?

– Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
– Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang layak
– Politeknik Malaysia yang layak

Berapakah jumlah bantuan yang bakal diperoleh pelajar yang layak?

– Universiti di Semenanjung: RM 1,000
– Universiti Sabah/Sarawak: RM 1,200
– Politeknik Malaysia: RM 300

Berapakah pendapatan isi rumah yang layak untuk memohon bantuan ini?

Pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM8,000 (Gaji Pokok Sahaja).

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://ibita.penang.gov.my/.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 04-6505631 / 04-6505125 / 04-6505394 atau layari laman web https://ibita.penang.gov.my/.

Baca juga: Skim Bantuan Kebajikan & Pendidikan JHEV – Bantuan Persekolahan & Kemasukan IPT

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut