Permohonan baharu dan kemas kini maklumat bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 dibuka sepanjang tahun bermula hari ini, 15 Oktober 2026.
Bagi rakyat Malaysia yang tidak menerima STR sebelum ini dan menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonana segera untuk menerima STR 2027.
Rujuk panduan lengkap permohonan baru STR 2027 di bawah.
Apa Itu STR 2027?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 ialah sebuah program bantuan kewangan kerajaan yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia.
Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya bagi kumpulan isi rumah miskin tegar, B40, dan M40.
Bantuan ini diagihkan dalam bentuk wang tunai secara berfasa sepanjang tahun. Duit bantuan akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar atau ditunaikan secara fizikal di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.
Pendaftaran baharu dan kemas kini maklumat dibuka sepanjang tahun bermula 15 Oktober 2026 bagi memastikan tiada golongan layak yang tercicir.
BACA JUGA: Cara Kemaskini STR 2027 Secara Online – Dibuka Mulai 15 Oktober 2026

Syarat Permohonan Baharu STR 2027
| Kategori Permohonan | Had Umur | Status Perkahwinan & Prasyarat | Had Pendapatan Bulanan |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | Tiada had umur spesifik | • Berkahwin (kahwin sah berdaftar) • Ibu/Bapa Tunggal / Janda / Duda yang mempunyai anak kandung atau anak angkat sah yang berdaftar dengan JPN. | RM5,000 dan ke bawah (Pendapatan kasar isi rumah pemohon & pasangan) |
| Warga Emas | 60 tahun dan ke atas | • Warga emas sebatang kara / tiada pasangan. | RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | 21 tahun hingga 59 tahun | • Belum berkahwin. • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa. | RM2,500 dan ke bawah (Nota: Mengikut ketetapan am LHDN) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | Seawal 19 tahun hingga 59 tahun | • Memegang kad OKU yang sah. • Memenuhi kriteria status bujang. | RM2,500 dan ke bawah |
Cara Membuat Permohonan Baharu STR 2027
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada butang Permohonan Baharu
- Klik butang ‘Teruskan Permohonan Baharu’ untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID atau klik butang ‘Gunakan MyDigital ID’ untuk meneruskan permohonan menggunakan MyDigital ID.
- K lik butang ‘Teruskan Permohonan Baharu’ untuk meneruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID atau klik butang ‘Gunakan MyDigital ID’ untuk meneruskan permohonan menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Muat naik dokumen sokongan. Saiz dokumen haruslah kurang dari 3MB. dan jenis fail adalah PDF, JPG, JPEG atau PNG sahaja.
- Klik butang Teruskan untuk ke halaman seterusnya.
- Masukkan maklumat waris.
- Isi Captcha untuk pengesahan & tandakan kotak kecil.
- Klik butang ‘Hantar’. Selesai!
Panduan Permohonan Baharu STR 2027
Rujuk panduan bergambar Permohonan Baharu STR 2027 yang lebih terperinci di bawah:









Muat Turun PDF Permohonan Baharu STR 2027
Dokumen Sokongan Diperlukan
Berikut adalah antara senarai dokumen sokongan yang perlu disediakan (sama ada untuk dimuat naik secara dalam talian atau diserahkan secara salinan fizikal di kaunter LHDN) semasa membuat permohonan baharu STR 2027:
- Pemohon: Salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemohon yang jelas dan sah.
- Pasangan: Salinan MyKad / MyPR / Pasport pasangan (jika berkaitan).
- Anak / Tanggungan: Salinan MyKad / MyKid atau Sijil Lahir anak (jika berkaitan)
- Kahwin: Salinan Sijil Kahwin / Sijil Nikah rasmi.
- Cerai: Salinan Sijil Cerai / Dokumen Pembubaran Perkahwinan dari mahkamah atau pejabat agama.
- Duda / Janda / Balu: Salinan Sijil Kematian Pasangan jika pasangan telah meninggal dunia.
- Bekerja Sendiri / Tiada Penyata Gaji: Borang Pengesahan Pendapatan (boleh dimuat turun daripada portal LHDN atau didapati di kaunter).
- Bekerja Tetap: Penyata gaji terkini (jika diperlukan).
- Penyata Akaun Bank: Salinan muka depan buku simpanan atau penyata akaun bank pemohon yang jelas memaparkan Nama Pemohon dan Nombor Akaun Bank.
Kadar Bayaran STR 2027
Berikut ialah kadar bayaran STR 2027 dan juga SARA mengikut kategori:
1. Kategori Isi Rumah (Tiada Had Umur)
Pendapatan Bulanan: Kurang RM2,500 (<RM2,500)
- 0 Anak: STR RM200 + SARA RM1,800 = Jumlah RM2,000
- 1–2 Anak: STR RM600 + SARA RM1,800 = Jumlah RM2,400
- 3–4 Anak: STR RM1,100 + SARA RM1,800 = Jumlah RM2,900
- 5 Anak atau Lebih (≥5): STR RM1,600 + SARA RM1,800 = Jumlah RM3,400
Pendapatan Bulanan: RM2,501 – RM5,000
- 0 Anak: STR RM200 + SARA RM1,200 = Jumlah RM1,400
- 1–2 Anak: STR RM450 + SARA RM1,200 = Jumlah RM1,650
- 3–4 Anak: STR RM700 + SARA RM1,200 = Jumlah RM1,900
- 5 Anak atau Lebih (≥5): STR RM950 + SARA RM1,200 = Jumlah RM2,150
2. Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (≥60 Tahun)
- Had Pendapatan: Kurang RM5,000 (<RM5,000)
- Bilangan Anak: 0 Anak
- Kadar Bayaran: STR RM600 + SARA RM600 = Jumlah RM1,200
3. Kategori Bujang (21 – 59 Tahun)
- Had Pendapatan: Kurang RM2,500 (<RM2,500)
- Bilangan Anak: 0 Anak
- Kadar Bayaran: STR (Tiada/-) + SARA RM600 = Jumlah RM600
Maklumat Tambahan & Nilai Maksimum/Minimum
- Tambahan SARA untuk Miskin & Miskin Tegar: RM1,200 / RM600 setahun (Diberikan RM100 / RM50 sebulan selama 12 bulan).
- Jumlah Maksimum STR + SARA: RM4,600
- Jumlah Minimum STR + SARA: RM600

Maklumat Lanjut
Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut STR 2027 di saluran rasmi berikut:
- Portal MySTR
- Rujuk juga panduan / soalan lazim berikut:
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah teknikal atau memerlukan pengesahan lanjut, anda boleh menghubungi saluran berikut:
- Hotline BKK (Bantuan Sara Hidup LHDN): 1800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- Hotline MOF (Kementerian Kewangan Malaysia): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
- E-mel Rasmi: [email protected].
Soalan Lazim Permohonan Baharu STR 2027
Pendaftaran dibuka secara rasmi mulai 15 Oktober 2026.
Tiada tarikh tutup kerana sistem kini dibuka sepanjang tahun.
Tidak perlu sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.
– Secara dalam talian di Portal Rasmi STR LHDN.
– Secara fizikal di Pejabat HASiL atau kaunter UTC.
Anda boleh melakukan penunaian fizikal di kaunter BSN. Sila bawa MyKad asal setelah fasa pembayaran diumumkan rasmi.
Semakan status kelulusan boleh dibuat secara dalam talian di portal MySTR menjelang fasa pembayaran pertama tahun 2027.




