Bakat MADANI – Tujuan, Bidang Utama & Senarai Syarikat Terlibat

bakat madani
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Inisiatif BAKAT MADANI, iaitu inisiatif pembangunan bakat nasional yang menghimpunkan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan PETRONAS dalam memperkasakan pembangunan bakat negara.

Berikut adalah info lanjut mengenai inisiatif ini.

Mengenai Bakat MADANI

Bakat MADANI merupakan inisiatif pembangunan bakat dengan menghimpunkan enam GLIC utama negara, PETRONAS, dan rangkaian GLC mereka untuk membuka peluang kemahiran, pekerjaan berkualiti, dan menyokong anjakan mobiliti sosial, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI.

Selain itu, inisiatif ini turut memperluas akses kepada latihan, peningkatan kemahiran dan peluang pekerjaan kepada golongan rentan, termasuk isi rumah B40, asnaf, individu yang memerlukan peluang kedua serta bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang melalui fasa peralihan kerjaya.

Dalam masa yang sama, inisiatif ini juga sebagai jambatan antara bakat rakyat dengan peluang ekonomi masa depan yang memastikan graduan, belia TVET dan golongan rentan mendapat akses kepada latihan, pensijilan dan pekerjaan berkualiti dalam sektor bernilai tinggi.

Sasaran Bakat MADANI

Inisiatif ini menyasarkan dalam tempoh setahun mulai pertengahan tahun 2026, seramai 25,000 individu akan berpeluang mengikuti inisiatif ini.

Bidang Utama

Terdapat 3 bidang utama inisiatif ini iaitu:

  • Memperkukuh Kebolehpasaran dan Penempatan Kerjaya Berkualiti dalam rangkaian syarikat GLIC/GLC
  • Memperluas Peluang Merentas Sektor Strategik Negara
  • Memacu Kecemerlangan Institusi TVET Melalui Kerjasama Industri

Tumpuan Sektor Industri

Inisiatif ini akan menumpukan kepada sektor-sektor industri bernilai tinggi dan berpotensi besar seperti:

  • Semikonduktor
  • Tenaga boleh baharu
  • Ekonomi digital
  • Pembuatan termaju

Insentif Kepada Syarikat

Untuk menggalakkan penyertaan industri secara lebih meluas dalam penyediaan latihan dan peluang pekerjaan berkualiti, Kerajaan akan memperkenalkan potongan cukai istimewa kepada syarikat yang melaksanakan program latihan di bawah inisiatif ini.

Insentif baharu ini merupakan penambahbaikan kepada insentif kebolehpasaran sedia ada, dengan liputan yang diperluas kepada lepasan TVET serta peningkatan kadar elaun minimum bagi memastikan pelatih menerima ganjaran yang lebih adil dan kompetitif.

Perincian lanjut mengenai pelaksanaan insentif tersebut sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Syarikat Yang Terlibat

Syarikat yang terlibat dalam Bakat MADANI setakat ini adalah seperti berikut:

i- Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)

  1. Khazanah Nasional Berhad (KNB)
  2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  3. Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)
  4. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  5. Lembaga Tabung Haji (LTH)
  6. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

ii- Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

iii-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

  1. AxiataGroupBerhad
  2. Bank Islam Malaysia Berhad
  3. Boustead Heavy Industries Corporation Berhad
  4. BousteadHoldingsBerhad
  5. BousteadPetroleumMarketingSdnBhd
  6. BousteadPlantationsBerhad
  7. Boustead Properties Berhad
  8. CelcomDigi Berhad
  9. Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA)
  10. Cenergi SEA Berhad
  11. Cenviro Sdn Bhd
  12. CIMB Group Holdings Berhad
  13. Duopharma Biotech Berhad
  14. IHH Healthcare Berhad
  15. MAB Kargo Sdn Bhd
  16. Malayan Banking Berhad
  17. Malaysia Airports Holdings Berhad
  18. Malaysia Aviation Group Berhad
  19. Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC)
  20. MBSB Berhad
  21. Pharmaniaga Bhd
  22. Plus Malaysia Bhd
  23. Prolintas
  24. RHB Bank Berhad
  25. S P Setia Berhad
  26. SD Guthrie Berhad
  27. Sime Darby Berhad
  28. Sime Darby Property Berhad
  29. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad
  30. Telekom Malaysia Berhad
  31. Tenaga Nasional Berhad
  32. TH Plantations Berhad
  33. TH Properties Sdn Bhd
  34. TH Travel & Services Sdn Bhd
  35. UEM Group Berhad
  36. Velesto Energy Berhad
  37. Ekuiti Nasional Berhad

iv-Institusi Lain

  1. UiTM
  2. UNIMAS
  3. UMS
  4. UTeM
  5. UNIMAP
  6. UTHM
  7. UMPSA
  8. MPRC
  9. MOGSC
  10. MARA

Cara Menyertai

Untuk menyertai inisiatif ini, individu boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.mof.gov.my/ms/bakat-madani
  2. Di bahagian “Rakan Pelaksana,” klik di logo syarikat yang terdapat di dalam laman web berkenaan.
  3. Buat permohonan atau ikuti langkah permohonan seperti yang dinyatakan.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksdukan dengan Bakat MADANI?

Bakat MADANI merupakan inisiatif pembangunan bakat dengan menghimpunkan enam GLIC utama negara, PETRONAS, dan rangkaian GLC mereka untuk membuka peluang kemahiran, pekerjaan berkualiti, dan menyokong anjakan mobiliti sosial, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI.

Berapa ramaikah individu yang bakal mengikuti inisiatif ini?

Inisiatif ini menyasarkan seramai 25,000 individu dalam tempoh setahun.

Sektor industri manakah yang diberikan tempuan bagi inisiatif ini?

– Semikonduktor
– Tenaga boleh baharu
– Ekonomi digital
– Pembuatan termaju

Apakah insentif yang bakal diterima syarikat yang menyertai inisiatif ini?

Cukai istimewa akan diberikan kepada syarikat yang melaksanakan program latihan di bawah inisiatif ini.

Bagaimanakah cara untuk menyertai inisiatif ini menerusi syarikat atau institusi yang terlibat?

Penyertaan boleh dibuat menerusi https://www.mof.gov.my/ms/bakat-madani dan klik logo syarikat atau institusi terbabit.

    Maklumat Lanjut

    Maklumat lanjut mengenai Bakat MADANI, sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ms/bakat-madani.

    Baca juga: Berapa Gaji Fresh Grad di Malaysia 2026?

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut