Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP) kini dibuka bagi membantu golongan B40 memiliki rumah pertama di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah yang boleh dipohon menerusi laman web www.yayasanperak.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai program rumah ini.

Mengenai Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP)
Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP) merupakan inisiatif kerajaan negeri Perak melalui Yayasan Perak yang menyediakan pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina rumah pertama mereka di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah.
Program ini bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah dengan menyediakan kediaman yang selesa dan selamat.
Menerusi program ini, pinjaman perumahan tanpa faedah ditawarkan kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat tertentu.
Dengan tawaran pinjaman perumahan tanpa faedah ini, program ini meringankan beban kewangan yang biasanya dikaitkan dengan pembelian rumah.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri Perak untuk memastikan setiap warga mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat.
Objektif RPPYP
Objektif utama program ini adalah seperti:
- Memperkasakan Golongan B40: Membantu golongan B40 untuk memiliki aset yang berharga dan meningkatkan kesejahteraan keluarga mereka.
- Meningkatkan Kualiti Hidup: Menyediakan perumahan yang selesa dan selamat kepada golongan berpendapatan rendah.
- Mengurangkan Beban Kewangan: Menawarkan pinjaman perumahan tanpa faedah untuk meringankan beban kewangan pemohon.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan bagi tahun 2027 dibuka mulai 2 Jun 2026 sehingga 30 September 2026.
Harga Rumah
Harga rumah, ansuran bulanan, dan jangka masa bayaran balik pinjaman adalah tertakluk kepada pihak Yayasan Perak.
Syarat Permohonan
Untuk memohon RPPYP, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah anak kelahiran Perak @ Bermastautin lebih 10 Tahun di Perak.
- Pemohon mestilah berumur 25 tahun hingga 45 tahun sahaja.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM7,500.00 sebulan.
- Pemohon dan Pasangan tidak memiliki Rumah Sendiri / Atau Memiliki Rumah Usang / Tidak Sempurna
- Tanah/Tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/ bebanan ke atasnya. Jika Pemohon bukan Tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada Tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,200 KPS (Tertakluk Kepada Rekabentuk).
Syarat-Syarat Tambahan
Selain syarat utama, pemohon juga perlu:
- Pemohon perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
- Pemohon perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
- Yayasan Perak berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
- Dokumen tambahan Penjamin.

Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP) perlu menyediakan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (yang telah disahkan)
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan(yang telah disahkan)
- Salinan Kad Pengenalan Tuan Tanah (yang telah disahkan)
- Salinan Kad Pengenalan Penjamin (yang telah disahkan)
- Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru (yang telah disahkan)
- Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah (yang telah disahkan)
- Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi pemohon (yang telah disahkan)
- Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi penjamin(yang telah disahkan)
- Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia (yang telah disahkan)
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang (yang telah disahkan)
- Salinan Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah (yang telah disahkan)
- Borang Laporan Tapak Bergambar (Gambar Pemohon di Tapak Cadangan)
- Borang Laporan Tapak Bergambar (Jalan Masuk ke Tapak Cadangan)
- Laporan CTOS/CCRIS Pemohon
Cara Memohon
Permohonan Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP) boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my.
Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan mengemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan.
Setelah permohonan diterima, Yayasan Perak akan menilai kelayakan pemohon berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pembiayaan & Pembayaran Balik
Harga rumah, ansuran bulanan, dan tempoh pembayaran balik pinjaman tertakluk kepada kelulusan pihak Yayasan Perak.
Walaupun pinjaman ini tanpa faedah, pemohon perlu membayar ansuran bulanan yang ditetapkan sehingga pinjaman selesai dibayar.
Soalan Lazim
Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP) ialah inisiatif kerajaan negeri Perak melalui Yayasan Perak yang menyediakan pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina rumah pertama mereka di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah.
-Membantu golongan B40 untuk memiliki aset yang berharga dan meningkatkan kesejahteraan keluarga mereka.
– Menyediakan perumahan yang selesa dan selamat kepada golongan berpendapatan rendah.
– Menawarkan pinjaman perumahan tanpa faedah untuk meringankan beban kewangan pemohon.
Harga rumah adalah tertakluk kepada pihak Yayasan Perak.
Tidak. Pemohon mestilah berumur berumur 25 tahun hingga 45 tahun sahaja.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my.
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon (yang telah disahkan)
– Salinan Kad Pengenalan Pasangan(yang telah disahkan)
– Salinan Kad Pengenalan Tuan Tanah (yang telah disahkan)
– Salinan Kad Pengenalan Penjamin (yang telah disahkan)
– Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru (yang telah disahkan)
– Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah (yang telah disahkan)
– Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi pemohon (yang telah disahkan)
– Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi penjamin(yang telah disahkan)
– Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia (yang telah disahkan)
– Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang (yang telah disahkan)
– Salinan Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah (yang telah disahkan)
– Borang Laporan Tapak Bergambar (Gambar Pemohon di Tapak Cadangan)
– Borang Laporan Tapak Bergambar (Jalan Masuk ke Tapak Cadangan)
– Laporan CTOS/CCRIS Pemohon
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP), sila layari laman web www.yayasanperak.gov.my.
Baca juga: Borang Pelepasan Gadaian LPPSA: Prosedur Baharu Mulai 1 Mei 2026




