Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 14 September 2026.
Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya sistem giliran automatik Haji TH, semakan Pusat PKSK, rayuan Tabika KEMAS, cuti umum Selangor pada 25 Oktober, dan macam-macam lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. Sistem Giliran Haji Automatik TH Diumumkan
Pada 11 September 2026, Tabung Haji telah mengumumkan kelayakan giliran haji, yang kini ditetapkan secara automatik. Tiada lagi pendaftaran manual.
Menerusi #SeruanIstitoah, pendeposit yang mempunyai simpanan RM15,000 akan menerima Kelayakan Giliran Haji Automatik. Pelarasan giliran haji akan dilaksanakan pada 1 Januari 2029 tanpa menjejaskan prinsip siapa dahulu, didahulukan (First-Come, First-Served).


Selain itu, Lembaga Tabung Haji (TH) turut memperkenalkan Multi-Tabung, di mana setiap akaun TH kini mempunyai dua tabung iaitu Tabung Am dan Tabung Istito’ah. Multi-Tabung ini bertujuan membantu para pendeposit membina simpanan Haji secara lebih terancang. Apa maksud kedua-dua tabung ini?
- Tabung Am merupakan tabung utama buat para pendeposit untuk mengurus keperluan simpanan dan transaksi – boleh dikeluarkan serta-merta
- Tabung Istito’ah memberi fokus kepada pembentukan kemampuan kewangan serta menjadi penanda aras tahap persediaan untuk perjalanan haji – perlu pemindahan ke Tabung Am sebelum boleh dikeluarkan dalam tempoh 10 hari

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tabung ini, sila rujuk artikel : Tabung Istito’ah TH – Fungsi & Info Penting yang Perlu Anda Tahu
2. Rayuan Tabika KEMAS
Tidak berjaya dalam permohonan awal? Jangan risau!
Kepada ibu bapa/penjaga yang tidak berjaya dalam permohonan kemasukan TABIKA/TASKA KEMAS Sesi 2027, anda kini berpeluang mengemukakan rayuan melalui sistem Ceria KEMAS EduCeria.
- Tempoh Rayuan: 11 – 18 September 2026
- Layari: https://ceria.kemas.gov.my
Penting!
Rayuan hanya terbuka kepada pemohon yang berstatus TIDAK BERJAYA. Pemohon yang telah menolak tawaran awal tidak layak membuat rayuan.

Keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui e-mel pada 25 September 2026.
Jangan lepaskan peluang!
Semak, buat rayuan dan teruskan langkah untuk memberikan pengalaman pendidikan awal yang terbaik buat anak-anak
3. Semakan PKSK & Persediaan Peperiksaan
SEMAKAN PUSAT PKSK TAHUN 2027 DIBUKA!
Perhatian kepada ibu bapa, penjaga serta calon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang telah memohon kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tahun 2027.
Semakan Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) kini boleh dibuat bagi mengetahui lokasi pentaksiran yang telah ditetapkan.
- Tempoh Semakan
- Tingkatan 1 : 11 September hingga 22 Oktober 2026
- Tingkatan 4 : 11 September hingga 1 Oktober 2026
- Tempoh Peperiksaan pula ditetapkan seperti berikut:
- PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
- PKSK Tingkatan 1: 12 – 22 Oktober 2026
Sebelum membuat semakan, pastikan nombor MyKid/MyKad pemohon dan nombor MyKad Penjaga Utama dimasukkan dengan tepat seperti dalam borang permohonan.
Sekiranya menghadapi masalah mengakses sistem, kosongkan cache pelayar dan cuba semula.
Jangan tunggu saat akhir. Semak pusat pentaksiran anda sekarang dan buat persediaan sebaik-baiknya!

Untuk persediaan peperiksaan PKSK, anda boleh rujuk artikel berikut: Contoh Soalan PKSK Tingkatan 1 & 4
4. Pengumuman Khas JPJ 14 Sept – 7.00pm
Jabatan Pengangkutan bakal membuat satu pengumuman khas pada 14 SEPTEMBER 2026 (ISNIN) JAM 7.00 MALAM DI PRESINT MENARA 118.
Setakat ini, tidak dimaklumkan tentang apa yang bakal diumumkan pada hari tersebut.
Jadi, jangan lupa dapatkan info tersebut di media sosial rasmi JPJ!

5. Cuti Umum di Selangor 25 Oktober 2026
Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan 25 Oktober 2026 (Ahad) sebagai Hari Kelepasan Am (Cuti Peristiwa) bagi seluruh Negeri Selangor. Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari berikutnya, Isnin, 26 Oktober 2026 ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian.
Pengisytiharan cuti umum ini dibuat bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mengenai Sambutan Jubli Perak sempena Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor termasuk Hari Kelepasan Am dan Hari Kelepasan Am Gantian.

6. Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan / Rumah Tamu Dibuka 22 Sept
TEMPAHAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN (RPP) DAN RUMAH TAMU (RT) BAGI SUKU KEEMPAT TAHUN 2026
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan membuka Sistem Tempahan Penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) bagi suku keempat tahun 2026 seperti ketetapan berikut:
- Tarikh Penginapan : 1 Oktober 2026 hingga 3 Januari 2027
- Tarikh Pembukaan Tempahan : 22 September 2026 (Selasa)
- Masa : 12.00 tengah hari
Semua penjawat awam, pesara Kerajaan dan badan berkanun yang layak adalah dipelawa untuk membuat tempahan melalui sistem yang disediakan bermula pada tarikh dan masa yang dinyatakan.
JANGAN LUPA!!! SILA MENDAFTAR DI SISTEM PROMIS MELALUI CAPAIAN https://promis.bph.gov.my/ UNTUK MEMBOLEHKAN ANDA MEMBUAT TEMPAHAN RPP, RT DAN MENGGUNAKAN SEMUA PERKHIDMATAN DALAM TALIAN DI BPH.

7. Permohonan Guru KAFA Johor 2027
Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau warganegara Malaysia yang telah menetap di Negeri Johor tidak kurang 3 (tiga) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa untuk memohon.
SYARAT KELAYAKAN:
- Warganegara MALAYSIA
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai sekurang-kurangnya EMPAT (4) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al-Qur’an dan As-Sunnah / Al-Syariah / Usul Al Din / Manahij Al-U’lum Al-Islamiah dan;
- LULUS Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mua’sirah di peringkat SPM atau setaraf dengannya;
- LULUS Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) sekurang-kurangnya pangkat DUA atau
- LULUS Sijil Sekolah Menengah Agama yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Agama Johor (LPAJ) – SMRA / SMA /STAM dan yang setaraf dengannya (SMU / STU).
Tarikh Permohonan : 14 September 2026 jam 2.00 petang SEHINGGA 14 Oktober 2026 jam 5.00 petang
Permohonan hanya diterima secara online melalui link : https://forms.gle/17KMVDafuUXRyPB48 atau scan QR CODE yang disertakan di dalam iklan.
Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan akan dipanggil temuduga
*Sumber: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor

8. Hari Sukan Negara 2026
Ayuh Semarakkan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaaan Tahun 2026!
Hari Sukan Negara (HSN) kini kembali dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

Sertai pelbagai program dan aktiviti bertemakan “Teknologi Digital dan Kecerdasan Buatan (AI)” bermula 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pekarangan TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Majlis perasmian peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu), jam 7.30 pagi, manakala bagi setiap negeri boleh dirujuk dalam infografik di bawah:

Ini pentas anda, ini platform anda – bersama kita semarakkan gelombang gaya hidup aktif dan cergas!
Layari harisukannegara.my untuk maklumat lanjut.
Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




