Bermula 1 Mei 2026, individu yang telah selesai sepenuhnya pembiayaan perumahan perlu mengikuti prosedur baharu bagi urusan pelepasan gadaian atau penyerahan hak semula.
LPPSA minta kita untuk melantik peguam untuk urus proses pelepasan gadaian di Pejabat Tanah atau Mahkamah yang berkaitan.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan secara lengkap tentang mengenai Borang Pelepasan Gadaian LPPSA, termasuk tatacara permohonan dan prosedur terkini yang perlu diketahui oleh peminjam.
Notis Makluman Terkini LPPSA

Apa itu Urusan Pelepasan Gadaian?
Pelepasan Gadaian adalah proses membatalkan pegangan bank ke atas hartanah yang digadaikan.
Untuk rumah yang dah ada geran atau title individu (Geran atau title dengan nama pemilik sendiri), proses ini dipanggil Pelepasan Gadaian atau Discharge of Charge (DOC).
Untuk rumah yang belum ada geran atau title individu (Geran masih dengan nama pemaju, geran atau title individu belum dikeluarkan), proses ini dipanggil Deed of Receipt & Reassignment (DRR).
Baca juga: Pembiayaan Kali Kedua LPPSA 2026
Mengapa LPPSA Memperkenalkan Prosedur Baharu Ini?
Menurut LPPSA, pelaksanaan prosedur baharu ini memberi beberapa manfaat kepada pelanggan, antaranya:
1. Urusan Dikendalikan Secara Profesional
Peguam mempunyai kepakaran dalam urusan hartanah dan dokumentasi perundangan. Oleh itu, segala dokumen dapat disediakan dan dikemukakan mengikut prosedur yang betul.
2. Mengurangkan Risiko Kesilapan
Kesilapan dalam penyediaan dokumen boleh menyebabkan kelewatan atau penolakan permohonan di Pejabat Tanah. Dengan bantuan peguam, risiko ini dapat diminimumkan.
3. Menjimatkan Masa
Pelanggan tidak perlu berulang-alik ke pelbagai agensi bagi menguruskan proses pelepasan gadaian kerana kebanyakan urusan akan dikendalikan oleh peguam yang dilantik.
4. Mempercepatkan Proses Pelepasan Gadaian
Penglibatan peguam membantu memastikan dokumen yang diperlukan lengkap dan mematuhi kehendak pihak berkuasa berkaitan.
Cara Mohon Pemulangan Dokumen Sekuriti LPPSA

Bagi pelanggan yang telah menyelesaikan pembiayaan, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membuat permohonan pemulangan dokumen sekuriti.
Permohonan ini boleh dibuat melalui:
Melalui portal tersebut, pelanggan boleh:
- Memohon pemulangan dokumen sekuriti asal
- Membuat tuntutan lebihan bayaran (jika ada)
- Menyemak status permohonan
Proses Pelepasan Gadaian LPPSA Mulai 2026
Berikut ialah proses yang perlu diikuti oleh pelanggan:
- Langkah 1 – Selesaikan sepenuhnya pembiayaan perumahan LPPSA.
- Langkah 2 – Mohon pemulangan dokumen sekuriti melalui Portal e-Settled LPPSA.
- Langkah 3 – Terima dokumen sekuriti asal yang dihantar oleh LPPSA.
- Langkah 4 – Lantik peguam pilihan untuk menguruskan pelepasan gadaian atau penyerahan hak semula.
- Langkah 5 – Peguam akan menyediakan dan memfailkan dokumen yang diperlukan di Pejabat Tanah atau Mahkamah berkaitan.
- Langkah 6 – Proses pelepasan gadaian selesai dan rekod gadaian akan dipadamkan daripada hak milik hartanah.
Senarai Peguam Berdaftar LPPSA
Anda boleh melantik peguam pilihan sendiri atau peguam yang berdaftar di bawah LPPSA. Senarai penuh peguam panal mengikut negeri boleh anda rujuk melalui portal rasmi LPPSA di pautan: https://www.lppsa.gov.my/peguam-berdaftar/
Manual Pengguna Baru Portal E-Settled
Maklumat Lanjut
Sebarang Pertanyaan, Cadangan & Aduan, boleh disalurkan di sini: LPPSA
Anda juga boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan : 03 – 8880 1600
LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan, No.9,
Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN
WAKTU OPERASI
Isnin – Khamis
8.00 pagi – 5.30 petang (Buka)
Jumaat
8.00 pagi – 12.30 tengah hari (Buka)
12.30 tengah hari – 2.30 petang (Rehat)
2.30 petang – 5.30 petang (Buka)
Sabtu & Ahad
Tutup
Cuti Umum
Tutup
PUSAT PANGGILAN
WAKTU OPERASI
Isnin – Khamis
8.00 pagi – 5.30 petang (Buka)
Jumaat
8.00 pagi – 12.30 tengah hari (Buka)
12.30 tengah hari – 2.30 petang (Rehat)
2.30 petang – 5.30 petang (Buka)
Sabtu & Ahad
Tutup
Cuti Umum
Tutup
Nota:
Untuk makluman, talian Pusat Panggilan LPPSA sangat sibuk pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang dan 2.30 petang hingga 4.00 petang. Oleh itu, LPPSA menggalakkan panggilan dibuat di luar waktu puncak bagi memastikan urusan anda dapat dilayan dengan lebih cepat dan lancar.
LIVE CHAT
WAKTU OPERASI
Isnin – Khamis
8.00 pagi – 5.30 petang (Buka)
Jumaat
8.00 pagi – 12.30 tengah hari (Buka)
12.30 tengah hari – 2.30 petang (Rehat)
2.30 petang – 5.30 petang (Buka)
Sabtu & Ahad
Tutup
Cuti Umum
Tutup
LiA CHATBOT
WAKTU OPERASI
Chatbot
Isnin – Ahad
Beroperasi 24 jam
Semakan Akaun
Isnin – Ahad
7.00 pagi – 12.00 malam (Buka)
e-KAUNTER
WAKTU OPERASI
Isnin – Khamis
8.00 pagi – 5.30 petang (Buka)
Jumaat
8.00 pagi – 12.30 tengah hari (Buka)
12.30 tengah hari – 2.30 petang (Rehat)
2.30 petang – 5.30 petang (Buka)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
Soalan Lazim Borang Pelepasan Gadaian
Mulai 1 Mei 2026, pelanggan yang telah menyelesaikan pembiayaan perumahan LPPSA perlu melantik peguam untuk menguruskan urusan pelepasan gadaian atau pelepasan serta penyerahan hak semula di Pejabat Tanah atau Mahkamah yang berkaitan.
Prosedur ini terpakai kepada semua pelanggan LPPSA yang telah melangsaikan pembiayaan perumahan dan ingin menguruskan pelepasan gadaian atau penyerahan hak semula hartanah mereka.
Tidak. Di bawah prosedur baharu, LPPSA hanya akan menyerahkan dokumen sekuriti asal seperti hak milik atau dokumen penyerahan hak. Urusan penyediaan dan pemfailan dokumen pelepasan gadaian perlu diuruskan oleh peguam yang dilantik.
Permohonan boleh dibuat melalui Portal e-Settled LPPSA bagi tujuan pemulangan dokumen sekuriti dan tuntutan lebihan bayaran selepas pembiayaan selesai.
Ya. Pelanggan perlu melantik peguam bagi menguruskan proses pelepasan gadaian atau penyerahan hak semula selepas menerima dokumen sekuriti daripada LPPSA.
Boleh. Pelanggan bebas memilih peguam sendiri atau menggunakan khidmat peguam panel LPPSA.
Ya. Pelanggan perlu menanggung kos guaman dan fi berkaitan yang dikenakan oleh peguam yang dilantik untuk menguruskan pelepasan gadaian atau penyerahan hak semula.




