Program Penajaan JPA 2026 Untuk Lepasan SPM 2025

program jpa
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM 2025 yang baru sahaja menerima keputusan, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba dalam mendapatkan tajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyambung pendidikan anda ke peringkat seterusnya yang boleh dipohon menerusi https://penajaan.jpa.gov.my/.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, JPA sekali lagi telah menawarkan kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon tajaan di bawah program penajaan JPA.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang program-program ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

Program Penajaan JPA 2026 Untuk Lepasan SPM 2025

Seperti yang dimaklumkan di bahagian awal artikel ini, JPA telah meneruskan program penajaan mereka bagi pelajar lepasan SPM.

Program penajaan yang ditawarkan adalah ialah:

  • Program Penajaan Nasional (PPN)
  • Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
  • Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui tentang program-program ini dan syarat permohonannya anda boleh lihat pada senarai di bawah:

1. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) ialah program penajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khusus untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang dan berminat melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T), serta Sains Sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis, dan Jerman.

    Syarat Kelayakan Umum

    • Warganegara Malaysia;
    • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
    • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
    • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 
    • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
    • Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

    Cara Permohonan

    • Permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi JPA.
    • Permohonan bagi lepasan SPM 2024 dibuka dari 28 April 2025 hingga 11 Mei 2025.
    • Calon perlu menyediakan dokumen seperti salinan MyKad dan keputusan SPM yang disahkan.

    Bentuk Penajaan

    Pinjaman Boleh Ubah (PBU): Boleh ditukar kepada biasiswa penuh mengikut syarat perkhidmatan selepas tamat pengajian dan berkhidmat dengan kerajaan jika ditawarkan peluang pekerjaan.

    2. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)

    Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) merupakan inisiatif penajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi peluang kepada 200 pelajar cemerlang lepasan SPM yang memperoleh sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pengajian di dalam negara.

    Program ini menawarkan penajaan secara berpakej dari peringkat persediaan hingga Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU), dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti.

    Syarat-syarat Umum:

    • Warganegara Malaysia;
    • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
    • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
    • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 
    • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
    • Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
    • Keutamaan diberikan kepada pelajar dengan latar belakang keluarga golongan B40 dan M40.

    Syarat Khusus:

    • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya.
    • Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

    3. Program Penajaan Nasional (PPN)

    Program Penajaan Nasional (PPN) adalah penajaan eksklusif yang diberikan kepada 20 pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti terkemuka di dunia.

    Penajaan ini merangkumi pengajian dari peringkat Persediaan sehingga ke Ijazah Pertama secara berpakej, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    Bentuk Penajaan:
    Penajaan diberikan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU), di mana pinjaman tersebut boleh ditukar menjadi biasiswa penuh sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selepas tamat pengajian.

    Syarat Umum Permohonan:

    • Warganegara Malaysia;
    • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
    • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
    • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 
    • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
    • Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
    • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya.

    Peringkat Pengajian:
    Pelajar yang berjaya akan mengikuti program persediaan, seperti Program A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) selama 24 bulan, sebelum melanjutkan ke peringkat Ijazah Pertama di universiti terkemuka dunia yang tersenarai dalam THE World University Rankings, QS World University Rankings, atau ARWU.

    Tarikh Permohonan

    Tarikh permohonan dibuka mulai 3 April 2026 – 16 April 2026.

    Cara Memohon

    Pemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan menerusi pautan https://penajaan.jpa.gov.my/.

    Permohonan mestilah dilakukan dalam tarikh permohonan yang ditetapkan.

    Soalan Lazim

    Apakah penajaan yang ditawarkan untuk pelajar lepasan SPM 2025?

    Program penajaan yang ditawarkan adalah ialah:
    – Program Penajaan Nasional (PPN)
    – Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
    – Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

    Bilakah tarikh permohonan dibuka?

    Tarikh permohonan dibuka mulai 3 April 2026 – 16 April 2026.

    Apakah bentuk penajaan bagi Program Penajaan Nasional (PPN)?

    Penajaan adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU), di mana pinjaman tersebut boleh ditukar menjadi biasiswa penuh sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selepas tamat pengajian.

    Berapakah umur yang layak bagi pemohon Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM)?

    Umur mestilah belum mencapai 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

    Jika saya telah menerima penajaan daripada pihak lain, adakah saya boleh membuat permohonan?

    Tidak. Pemohon mestilah tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

    Bagaimanakah cara untuk memohon penajaan ini?

    Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://penajaan.jpa.gov.my/.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk :

    Baca juga: Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak Fasa 1 2026

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut