Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa murid lepasan tingkatan tiga sesi 2026 untuk memohon Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab (SUUA) yang ditawarkan bagi ambilan tahun 2027 yang boleh memohon menerusi pautan http://kemasukanimtiaz.awfatech.com.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai program ini.

Mengenai Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab (SUUA)

Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab (SUUA) merupakan penggabungan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dengan
Program Ulul Albab yang menawarkan pengajian turath bagi murid-murid aliran sains tulen pada peringkat menengah atas.

Penawaran pakej mata pelajaran program ini merupakan nilai tambah kepada pengenalan asas pengajian turath di samping penguasaan hafazan 30 juzuk bagi murid aliran sains tulen.

Pelaksanaan program ini merupakan usaha KPM untuk memberi peluang kepada murid cemerlang menggabung jalin ilmu agama dan ilmu sains secara holistik yang menyatukan ilmu naqli dan ilmu ‘aqli bagi melahirkan generasi ulama yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang mengikut acuan Malaysia dengan menghayati konsep Maqasid Syariah.

Program ini akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut yang merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Yayasan Terengganu.

Sebagai salah sebuah sekolah di bawah agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sistem pendidikan imtiaz ini diwujudkan untuk merealisasikan matlamat KPM dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.

Sistem pendidikan imtiaz digubal berteraskan aliran sains, tahfiz dan turath untuk melahirkan murid yang pakar dalam bidang agama dan profesional bagi merealisasikan hasrat kerajaan menterjemahkan konsep Maqasid Syariah dalam pentadbiran dan urus tadbir negara Malaysia.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 29 Oktober hingga 17 November 2026.

Lokasi Pengajian

Lokasi pengajian bagi program ini adalah di:

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut
Kota Putera, 22200 Besut
Terengganu Darul Iman.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan kepada murid yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) KPM dari sekolah Kementerian Pendidikan, sekolah bawah jabatan agama Islam negeri, majlis agama Islam negeri, yayasan negeri dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta, KPM atau pihak berkuasa agama negeri.
  3. Pemilihan calon akan dinilai berdasarkan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan (PAJSK).
  4. Calon yang memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi enam mata pelajaran yang berikut:
    i. Bahasa Melayu;
    ii. Bahasa Inggeris
    iii. Matematik;
    iv. Sains;
    v. Pendidikan Islam/ Usul al-Din/ al- Syariah; dan
    vi. Bahasa Arab/ al-Lughah al-Arabiah al- Muasirah
  5. Calon telah menguasai hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk yang diperakukan oleh pihak sekolah.
  6. Calon akan melalui proses temu duga secara bersemuka di pusat temu duga yang ditetapkan dan perlu hadir membawa dokumen berikut:
    i. Salinan keputusan akhir PBD 2026;
    ii. Salinan keputusan UASA 2026;
    iii. Buku rekod hafazan al-Quran;
    iv. Salinan pelaporan PAJSK; dan
    v. Salinan perakuan disiplin murid daripada Sistem Sahsiah Diri Murid atau perakuan rasmi sekolah.
  7. Semua dokumen yang diperlukan tersebut hendaklah disahkan oleh pihak sekolah.

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang http://kemasukanimtiaz.awfatech.com bermula 29 Oktober hingga 17 November 2026.

Maklumat permohonan akan disemak secara terperinci semasa hari pendaftaran dan pihak KPM berhak menarik balik surat tawaran kemasukan sekiranya mendapati calon memberi maklumat yang salah atau tidak benar dalam borang permohonan.

Temu Duga Kemasukan

Temu duga bagi kemasukan program ini bagi murid tingkatan 4 ambilan tahun 2026 akan diadakan secara bersemuka di tempat yang ditentukan.

Bidang yang akan diuji dalam temu duga adalah seperti yang berikut:

i. Secara lisan
a. Hifz al-Quran;
b. Bahasa Arab; dan
c. Personaliti

ii. Secara bertulis
a. Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains; dan
b. Tajwid dan Adab Hamalatul Quran.

Status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui pautan http://kemasukanimtiaz.awfatech.com pada 23 November 2026.

Calon yang berjaya dalam temu duga al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab boleh menyemak keputusan temu duga melalui pautan
http://kemasukanimtiaz.awfatech.com pada 15 Disember 2026.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab (SUUA)?

Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab (SUUA) merupakan penggabungan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dengan
Program Ulul Albab yang menawarkan pengajian turath bagi murid-murid aliran sains tulen pada peringkat menengah atas.

Bilakah tarikh permohonan bagi program ini dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 29 Oktober hingga 17 November 2026.

Dimanakah lokasi pengajian bagi program ini?

Lokasi pengajian adalah di:
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut
Kota Putera, 22200 Besut
Terengganu Darul Iman.

Berapakah jumlah juzuk yang perlu dikuasai oleh murid untuk memohon masuk ke program ini?

Pemohon mestilah menguasai hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk yang diperakukan oleh pihak sekolah.

Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan ke program ini?

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web http://kemasukanimtiaz.awfatech.com.

Apakah bidang yang akan diuji dalam temu duga bagi kemasukan program ini?

i. Secara lisan
a. Hifz al-Quran;
b. Bahasa Arab; dan
c. Personaliti
ii. Secara bertulis
a. Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains; dan
b. Tajwid dan Adab Hamalatul Quran.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila hubungi:

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
Kementerian Pendidikan
Aras Bawah & 2
Bangunan Mustapha Kamal
Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor.

u.p.: Encik Mohd Aminullah bin Saliman
Unit Murid Sekolah Agama
03-8321 7361
[email protected]

YAYASAN TERENGGANU
Bangunan Yayasan
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Terengganu.

u.p.: Encik Muhammad Rifqi Bin Rosli
Bahagian Pengurusan Imtiaz
09-6211923
[email protected]

Baca juga: Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2026

Penulis