Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Yayasan Selangor mempelawa anak-anak Selangor yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor Tahun 2026 bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan borang permohonan boleh diperoleh menerusi pautan https://yayasanselangor.org.my/pinjaman-pelajaran-2/.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai pinjaman pelajaran ini.

Mengenai Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor

Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor merupakan pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Selangor (UNISEL) atau Universiti Islam Selangor (UIS) secara sepenuh masa.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Yayasan Selangor dalam memperluas akses kepada pendidikan tinggi serta memperkasa pembangunan modal insan negeri melalui penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

Dengan adanya pinjaman pelajaran ini, ini akan memastikan anak-anak Selangor tidak tercicir daripada menerima pembiayaan dan dapat meneruskan pengajian mereka sama ada di IPTA, UNISEL atau UIS.

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan pinjaman pelajaran ini dibuka mulai 27 Oktober hingga 10 November 2026.

Kadar Penajaan

Kadar penajaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

PERINGKAT PENGAJIANKADAR SETAHUN
DiplomaMaksimum RM 8,000.00
Ijazah Sarjana MudaMaksimum RM 10,000.00

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon, Ibu dan Bapa adalah WARGANEGARA
  2. Pemohon / Ibu / Bapa lahir di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
  3. Pemohon yang bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Selangor juga layak memohon, namun keutamaan diberikan kepada pemohon yang lahir di Negeri Selangor.
  4. Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan (jumlah pendapatan ibu dan bapa bahagi jumlah tanggungan)
  5. Pemohon sedang mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau Universiti Selangor (UNISEL) atau Universiti Islam Selangor (UIS).
  6. Umur pemohon tidak melebihi 30 tahun semasa tarikh permohonan ditutup.
  7. Tidak menerima sebarang penajaan atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau luar negara.
  8. Pemohon membuat permohonan pada waktu yang ditetapkan.
  9. Keutamaan pemberian tawaran pinjaman pelajaran diberikan kepada bekas pelajar tajaan Yayasan Selangor melalui Program :
    a) Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS)
    b) ‘High Potential Student’ (HIPERS)
    c) Program Tingkatan Enam (PTEYS)
  10. Pemohon yang merupakan bekas pelajar tajaan Yayasan Selangor perlu melampirkan Salinan SIJIL ANAK YAYASAN SELANGOR.
  11. Pemberian tawaran pinjaman pelajaran akan ditetapkan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor iaitu https://yayasanselangor.org.my/pinjaman-pelajaran-2/.

Borang permohonan yang lengkap diisi dan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.

Bahagian Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No. 18a, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Soalan Lazim

Adakah pinjaman pelajaran Yayasan Selangor (YS) sama seperti di bawah Pinjaman Pelajaran yang ditawarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?

Tidak. YS merupakan satu organisasi yang berasingan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Saya sedang belajar di Semester kedua dan ingin memohon pinjaman pelajaran YS. Bolehkah saya mendapat pinjaman bermula semester pertama?

Tidak. Sekiranya anda memohon pada semester kedua, pinjaman pendidikan akan diluluskan mulai semester kedua hingga tamat tempoh pengajian anda.

Berapakah kadar tajaan yuran tahunan yang diberikan?

Diploma- Maksimum RM 8,000.00
Ijazah Sarjana Muda – Maksimum RM 10,000.00

Saya telah berhenti/gagal pengajian di IPT dan ingin menyambung semula pengajian pada peringkat yang sama. Adakah saya masih boleh memohon pinjaman pelajaran YS?

Boleh. Dengan syarat anda telah menyelesaikan sepenuhnya jumlah pinjaman yang diterima sebelum ini.

Saya ingin mengikuti pengajian pada peringkat Sarjana/Doktor Falsafah (Phd). Bolehkah saya memohon pinjaman pelajaran YS?

Tidak. YS hanya menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar sehingga ke peringkat Ijazah pertama sahaja.

Saya telah mendapat tawaran pengajian di universiti luar negara. Bolehkah saya memohon pinjaman pelajaran YS?

Tidak. Pembiayaan pinjaman pelajaran YS hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam negara sahaja.

Bolehkah peminjam menerima 2 tajaan pada satu masa?

Tidak. Pelajar tidak dibenarkan menerima sebarang tajaan lain seperti Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa daripada mana-mana badan penajaan. Tawaran pinjaman pelajaran hanya diberikan kepada pelajar yang masih tiada sebarang ikatan perjanjian dengan mana-mana badan penajaan.

Bolehkah saya meneruskan pinjaman pelajaran sekiranya bertukar kursus / cuti belajar?

Peminjam perlu membuat permohonan bertulis kepada Bahagian Pembiayaan Pendidikan sekiranya bertukar kursus / cuti belajar. Kelulusan pertukaran kursus / cuti belajar (faktor kesihatan / mewakili universiti dalam sesuatu acara) yang menyebabkan ketidakhadiran di dalam sesi pembelajaran hendaklah mendapat kelulusan atau pengesahan daripada institusi berkenaan. Kelulusan untuk meneruskan/pelanjutan pembiayaan adalah tertakluk kepada pertimbangan Yayasan Selangor.

Saya sedang belajar di semester kedua dan ingin memohon pinjaman pelajaran YS. Bolehkah saya mendapat pinjaman bermula semester pertama?

Tidak. Sekiranya anda memohon pada semester kedua, pinjaman Pendidikan akan diluluskan mulai semester kedua hingga tamat tempoh pengajian anda.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor di talian 03-7669 1162 / 1188 / 1125 / 1238.

Baca juga: Pinjaman Pelajaran Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Perlis 

Penulis