Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 16 November 2026.

Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya lanjutan tarikh permohonan UP_TVET, Bantuan Musim Tengkujuh, inisiatif Laptop, Sel 30 dan Baucar Kita Selangor Gig yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2027 serta macam-macam lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Belanjawan Selangor 2027

Belanjawan Kita Selangor 2027 memberikan tumpuan kepada usaha meringankan kos sara hidup, meningkatkan kesejahteraan keluarga, memperkukuh pendidikan serta memperluas peluang ekonomi dan penguasaan teknologi dalam kalangan rakyat. Berikut antara pengumuman utama:

  1. Program SEL30
    • Subsidi pengangkutan awam sebanyak RM30 sebulan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan perjalanan harian rakyat, di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
  2. Kenaikan Elaun Guru KAFA
    • Elaun Guru KAFA dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700, iaitu peningkatan sebanyak RM200.
  3. Baucar Kita Selangor Gig
    • Seramai 5,000 penghantar p-hailing akan menerima baucar bernilai RM100 sebulan selama setahun, bersamaan RM1,200 bagi tempoh 12 bulan.
  4. AI Untuk Rakyat
    • Sebanyak 50,000 pakej langganan Gemini AI oleh Google akan disediakan secara percuma kepada rakyat Selangor selama setahun.
  5. Bantuan Laptop Kita Selangor
    • Sebanyak 150 komputer riba akan disediakan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
https://www.threads.com/@mediaselangor/post/DftMvUvEzdZ

    2. Permohonan UP_TVET Perdana Ambilan Januari 2027 Dilanjutkan Sehingga 20 November 2026

    Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia, YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon sempena program Jom Masuk TVET pada 14 & 15 November 2026 yang bertempat di German-Malaysian Institute , tempoh permohonan UP_TVET Perdana Ambilan Januari 2027 bagi kursus tanpa temu duga dilanjutkan hingga 20 November 2026.

    Kepada yang belum memohon atau melengkapkan permohonan, manfaatkan peluang ini untuk memilih kursus TVET pilihan anda.

    📌 Semak jadual terkini dalam poster dan lengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup.

    Kongsikan hebahan ini kepada rakan dan ahli keluarga yang berminat menyambung pengajian dalam bidang TVET.

    3. MITI Perkenal Aplikasi MySaham MITI

    Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih MySAHAM MITI yang disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

    Aplikasi ini memudahkan pelabur Bumiputera berdaftar mengakses maklumat serta menguruskan permohonan penawaran Saham Khas Bumiputera (SKB) secara digital, terus melalui telefon pintar.

    MySAHAM MITI menyediakan enam kemudahan utama merangkumi pendaftaran pelabur, semakan status permohonan, maklumat portfolio pelaburan, notifikasi dan hebahan terkini, keputusan permohonan serta permohonan penawaran saham.

    Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MITI dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan digital serta memperluas akses dan peluang pemilikan ekuiti korporat dalam kalangan pelabur Bumiputera yang layak.

    4. Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 bulan November & Disember

    PERHATIAN BUAT SEMUA PEKEBUN KECIL RISDA!

    Berita baik buat pekebun kecil yang layak!

    Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 bagi bulan November dan Disember telah mula dikreditkan secara berperingkat ke akaun bank penerima.

    • RM200.00 – November 2026
    • RM200.00 – Disember 2026
    • JUMLAH KESELURUHAN: RM400.00

    Pekebun kecil yang layak boleh membuat semakan akaun bank masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui status kemasukan bayaran.

    Mohon bersabar sekiranya bayaran masih belum diterima kerana proses pengkreditan dilaksanakan secara berperingkat.

    5. Tiket ECRL Bakal Dijual Bermula Pertengahan November, Mula Operasi 12 Disember

    ECRL menghubungkan Gombak dengan Kota Bharu, manakala perkhidmatan ekspres dijangka mengambil masa kira-kira empat jam bagi perjalanan antara kedua-dua destinasi itu, berbanding sekitar tujuh hingga lapan jam melalui jalan raya.

    Mesti ramai yang dah tertunggu-tunggu, bila agaknya tiket ECRL akan mula dijual. Mengikut hebahan terkini yang diumumkan secara rasmi, jangkaan tarikh jualan tiket ialah pada pertengahan November. Operasi komersial laluan Gombak–Kota Bharu pula disasarkan bermula 12 Disember depan, tertakluk kepada kelulusan keselamatan.

    Namun, sehingga kini masih belum ada apa-apa pengumuman di laman web rasmi Kementerian Pengangkutan ataupun pihak ECRL sendiri.

    Apapun, pastikan akan membuat semakan pengumuman terkini dari sumber yang sahih ya.

    6. Program Khas Obesiti KKM (MIMO)

    Tahukah anda, KKM mempunyai program khas obesiti yang digelar sebagai MIMO atau Multidisciplinary Integrated Management of Obesity.

    Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila rujuk lokasi terdekat dalam senarai di bawah.

    7. Melaka Isytihar Cuti Umum Pada Isnin, 16 November

    Kerajaan Negeri Melaka mengisytiharkan hari Isnin, 16 November 2026 sebagai cuti umum sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan kepada rakyat Melaka atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) serta mandat yang diberikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

    Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan pada Ahad, 15 November 2026.  

    CUTI PERISTIWA NEGERI MELAKA PADA 16 NOVEMBER 2026

    1. Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan tarikh 16 November
      2026 (Isnin) sebagai Cuti Peristiwa Negeri Melaka.
    2. Pengisytiharan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang membolehkan pihak berkuasa negeri mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan.
    3. Hari kelepasan am ini merupakan hari kelepasan am pilihan dan tidak wajib diberikan kepada pekerja sektor swasta. Namun begitu, mana- mana majikan di Melaka yang memilih Cuti Peristiwa Negeri Melaka sebagai hari kelepasan am, syarikat hendaklah memberikan hari kelepasan am bergaji kepada pekerja pada 16 November 2026 (Isnin).
    4. Walau bagaimanapun, majikan boleh dengan persetujuan pekerja menggantikan cuti tersebut kepada hari lain sebagaimana peruntukan Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955.

    Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

    Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

    Penulis
    Biografi User