Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa murid yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke Tingkatan Satu di bawah Program Asrama Malaysia bagi sesi persekolahan tahun 2027 dan permohonan perlu dibuat menerusi borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/u/0/folders/101KAKALBZ8aqe1dkgUOlCf_2ZRjkvSIH yang dihantar terus ke Asrama Malaysia pilihan pertama sahaja.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai kemasukan ke program ini.

Mengenai Program Asrama Malaysia
Program Asrama Malaysia merupakan program yang menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama bermatlamatkan perpaduan antara kaum.
Penubuhan program ini diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2009.
Ciri-ciri Asrama Malaysia adalah merangkumi aspek fizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan memahami budaya masyarakat- masyarakat di Malaysia.
Matlamat program ini diwujudkan adalah untuk:
- ” Untuk melihat rakyat negara ini tinggal bersama dan berasa serasi antara satu sama lain pada peringkat sekolah, sekaligus akan memupuk perpaduan nasional” (Perdana Menteri Malaysia);
- Perpaduan antara pelbagai kaum.
- Menempatkan murid pelbagai kaum dan berlainan sekolah dalam satu asrama dengan bermatlamatkan perpaduan. Modal insan yang akan dilahirkan melalui AMal kelak merupakan murid-murid yang memiliki sikap penerimaan antara kaum terhadap kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia.
Tarikh Permohonan
Tempoh permohonan bagi permohonan ini dibuka mulai 12 Oktober hingga 22 November 2026.
Keistimewaan Program Asrama Malaysia
Keistimewaan program asrama ini adalah seperti:
- Asrama berkonsepkan Integrasi Nasional.
- Peluang mempelajari Bahasa Antarabangsa.
- Yuran Makan Asrama (YMA) dikecualikan.
- Program dan aktiviti kokurikulum khas sehingga ke peringkat antarabangsa.
- Menu Makan Asrama bertemakan kepelbagaian kaum.
Senarai Sekolah Asrama Malaysia
Berikut adalah senarai sekolah di bawah program ini.
| Nama Sekolah | Maklumat Sekolah |
| 1) Victoria Institution, Kuala Lumpur | Victoria Institution (VI) merupakan antara sekolah yang terkenal dan tertua di Kuala Lumpur. Sekolah ini pada awal penubuhannya, merupakan antara sekolah perdana untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan untuk Tingkatan 6. Para pelajarnya pula dikenali sebagai Victorian. Sekolah yang dikenali umum dengan nama VI ini juga, mempunyai reputasi yang hebat dari segi pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, penglibatan sukan dan aktiviti-aktiviti yang lain diperingkat sekolah menengah di Malaysia. Asrama sekolah telah dibina pada tahun 2001, terdiri daripada tiga blok bangunan, dua buah blok/bangunan iaitu Blok A dan Blok B untuk pelajar putera yang dipisahkan dengan sebuah lagi blok untuk dewan makan. Blok atau bangunan untuk asrama ini mengandungi 25 bilik bagi Blok A dan 24 bilik bagi Blok B. Kapasiti awalnya ialah empat ratus orang pelajar bagi asrama ini. |
| 2) SMK(P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor | SMK(P) Sultan Ibrahim Johor Bahru merupakan sekolah kluster kecemerlangan yang terletak di kawasan bandaraya Johor Bahru. Dahulunya sekolah ini dikenali sebagai Sultan Ibrahim Girls School. Jarak sekolah dari pusat Bandaraya Johor Bahru hanya 1.5Km, mempunyai 2 blok asrama, mempunyai 4 orang warden, seorang Penyelia Asrama |
| 3) Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah | Maktab Sabah (Sabah College) merupakan sekolah menengah kerajaan yang pertama di Sabah. Ia telah dikenali sebagai Goverment Secondary School (Technical) pada masa penubuhannya pada 16 Januari 1957. Nama asal ini telah ditukarkan kepada Sabah College pada tahun 1961. Atas cadangan Ketua Menteri pada masa itu, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun , nama “Sabah College” ditukar lagi kepada Maktab Sabah kerana perubahan sistem pendidikan yang menggunakan kurikulum aliran bahasa melayu di awal 1970an. Maktab Sabah kini mempunyai 4 blok bangunan, 2 blok bangunan lama dan 1 blok bangunan bilik gurtu lama yang telah diubahsuai menjadi kelas untuk matapelajaran vokasional (MPV). Sejak 2005, Maktab Sabah berpisah daripada 2 bangunan akademik yang mana blok perdana melibatkan tingkatan 1 – 5 dan blok Sabah Collage Campus (SCC) sebagai pusat tingkatan 6. Manakala, asrama sekolah ini pula mempunyai 3 blok yang terdiri dari blok Gaya, blok Charter, blok Sabah dan blok Collony sempena mengambil nama pentadbiran British masa awal penubuhannya dan nama- nama ini telah digunakan untuk nama rumah sukan Maktab Sabah sehingga kini. |
| 4) Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak | Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri merupakan salah sebuah sekolah yang terkenal di negeri Sarawak. Ia dikenali bukan sahaja kerana usianya yang telah melebihi separuh abad tetapi juga kerana pernah menjadi tempat menimba ilmu sebahagian dari orang-orang yang telah mencipta nama baik dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik. Sekolah ini mempunyai dua unit bangunan asrama iaitu asrama putera dan asrama puteri yang berkapasiti 450 orang murid bagi setiap unit asrama selain sebuah dewan makan dan surau |
Syarat Permohonan
Syarat permohonan kemasukan ke program ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia sahaja.
- Keutamaan diberikan kepada murid yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau sederhana.
- Murid mesti aktif dalam kokurikulum dan sukan.
- Pentadbir sekolah semasa perlu membuat pengesahan permohonan murid.
- Setiap permohonan mesti disertakan dengan satu (1) salinan dokumen yang disahkan benar:
– Sijil lahir/ Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa/ penjaga.
– Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 2026.
– Keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tahun 2026.
– Laporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Tahun 2026.
– Sijil-sijil akademik, hal ehwal murid (HEM) dan kokurikulum Tahun 2026.
– Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu bapa atau penjaga atau borang pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji atau tiada pendapatan.
– Dokumen sokongan untuk ibu atau bapa tunggal (jika berkaitan).
– Dokumen sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibu bapa bercerai (jika berkaitan). - Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
Dasar Pengambilan Murid
Dasar pengambilan murid bagi program ini adalah seperti berikut:
- Pengambilan Murid Asrama Malaysia TERBUKA kepada semua kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain).
- Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan Satu ke Program Asrama Malaysia adalah TERBUKA kepada semua murid Tahun 6 Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Tahun 2026 dari SK, SJKT dan SJKC di seluruh negara.
- Jawatankuasa Pemilihan Murid Asrama Malaysia (AMal) Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pemilihan murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
- Murid yang diterima masuk ke Asrama Malaysia WAJIB bersekolah di sekolah di bawah Program Asrama Malaysia. Jika murid keluar dari Asrama Malaysia, murid juga mesti meninggalkan sekolah tersebut.
- Pihak Kementerian Pendidikan (KPM)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhak menempatkan semula murid ke sekolah asal atau sekolah lain yang sesuai. Penempatan semula ini mesti diuruskan oleh ibu bapa atau penjaga melalui permohonan pertukaran sekolah.
Cara Memohon
Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/u/0/folders/101KAKALBZ8aqe1dkgUOlCf_2ZRjkvSIH.
Kemudian, borang permohonan serta dokumen-dokumen yang lain perlu terus dihantar ke Asrama Malaysia pilihan pertama sahaja.
ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR
VICTORIA INSTITUTION
Jalan Hang Tuah,
55200 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2078 2489
Emel : [email protected]
ASRAMA MALAYSIA JOHOR
SMK (P) SULTAN IBRAHIM
Jalan Bendahara,
80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Tel : 07-224 3050
Emel : [email protected]
ASRAMA MALAYSIA SABAH
SM MAKTAB SABAH
Peti Surat 10548,
88806 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-225 201
Emel : [email protected]
ASRAMA MALAYSIA SARAWAK
KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG
Jalan Bunga Tanjong 2
Tanjung Lobang, 98000 Miri, Sarawak
Tel : 086-411 795
Emel : [email protected]
Soalan Lazim
Program Asrama Malaysia merupakan program yang menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama bermatlamatkan perpaduan antara kaum.
Permohonan dibuka mulai 12 Oktober hingga 22 November 2026.
– Asrama berkonsepkan Integrasi Nasional.
– Peluang mempelajari Bahasa Antarabangsa.
– Yuran Makan Asrama (YMA) dikecualikan.
– Program dan aktiviti kokurikulum khas sehingga ke peringkat antarabangsa.
– Menu Makan Asrama bertemakan kepelbagaian kaum.
– Victoria Institution, Kuala Lumpur
– SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor
– SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
– Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak
Keutamaan diberikan kepada murid yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau sederhana.
Ya. Pengambilan terbuka kepada semua kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain).
Permohonan perlu dibuat menerusi borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/u/0/folders/101KAKALBZ8aqe1dkgUOlCf_2ZRjkvSIH yang dihantar terus ke Asrama Malaysia pilihan pertama sahaja.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Asrama Malaysia, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my
Baca juga: Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2027/2028 & Kalendar Akademik




