Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Diskaun Pelajar KTMB merupakan inisiatif tambang konsesi dan pas perjalanan yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi membantu meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah, penuntut kolej, serta mahasiswa universiti di seluruh negara.

Diskaun ini membolehkan pelajar menikmati penjimatan tambang bermula daripada 40% bergantung kepada jenis perkhidmatan tren dan peringkat pengajian.

Jom semak senarai jenis diskaun KTMB yang tersedia untuk pelajar, syarat kelayakan, serta cara memohon diskaun pelajar KTMB di bawah.

Apa Diskaun KTMB untuk Pelajar Boleh Boleh dapat?

Pelajar warganegara Malaysia yang mendaftar konsesi layak menikmati potongan tambang sehingga 50% mengikut jenis perkhidmatan tren berikut:

  • ETS: Diskaun sebanyak 40% daripada harga tambang asal (sah untuk tempat duduk kelas biasa sahaja).
  • KTM Komuter: Diskaun sebanyak 50% daripada tambang biasa (terpakai untuk laluan KTM Komuter Lembah Klang; bagi Komuter Utara tiada harga pelajar dan hanya pas mingguan atau bulanan tersedia).
  • Intercity: Diskaun sebanyak 40% bagi perkhidmatan tren antara bandar.

Selain itu, pelajar sekolah rendah dan menengah (Tahun 1 hingga Tingkatan 6) turut layak memohon Pas MyRailLife untuk menikmati perjalanan percuma (100% diskaun) bagi perkhidmatan KTM Komuter (Lembah Klang & Utara) serta Shuttle Timuran.

Sumber: KTMB Official

Diskaun Pelajar KTMB (KTM i-Card Student)

Bagi pelajar yang sering menggunakan tren jarak jauh untuk pulang ke kampung atau merentas negeri, Konsesi Pelajar ETS & KTM Intercity menawarkan penjimatan yang sangat berbaloi.

  • Kadar Diskaun: Potongan sebanyak 40% daripada tambang asal perjalanan.
  • Perkhidmatan Terlibat: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity (Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan, dan Shuttle Timuran).
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia yang berstatus pelajar sepenuh masa di sekolah menengah, kolej, matrikulasi, politeknik, serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS).
  • Yuran Pemprosesan: RM33 setahun (perlu diperbaharui setiap tahun selagi berstatus pelajar aktif).
Diskaun Pelajar KTMB
Sumber: KTM Berhad

Terma & Syarat Permohonan

  • Permohonan Konsesi Pelajar (ETS & Antarabandar) hanya layak untuk warganegara Malaysia yang belajar di Sekolah Menengah, Kolej atau Universiti di Malaysia sahaja.
  • Pendaftaran semula diskaun pelajar perlu dibuat selepas tarikh tamat tempoh.
  • Pendaftaran diskaun pelajar adalah melalui laman sesawang KTMB dan aplikasi KTMB Mobile (KITS Style) sahaja.
  • Yuran pendaftaran adalah RM33.00* dan tertakluk kepada pindaan tanpa notis awal. (*tidak dipulangkan walau dengan apa juga sebab)
  • Pendaftaran tidak dibenarkan jika tempoh belajar kurang 6 bulan.
  • Tempoh diskaun adalah satu tahun dari tarikh pendaftaran diluluskan atau sehingga tarikh tamat belajar jika tempoh belajar kurang satu tahun, yang mana terdahulu.
  • Pembelian tiket dengan tambang diskaun dibenarkan dalam tempoh 90 hari dari tarikh perjalanan.
Diskaun Pelajar KTMB
Sumber: KTM Berhad

Syarat Penting Penggunaan

  • Diskaun 40% hanya sah untuk tempat duduk kelas biasa (Standard/Gold/Platinum) dan TIDAK terpakai untuk tempat duduk Business Class.
  • Potongan harga tidak sah digunakan pada tarikh-tarikh puncak (peak dates) yang ditetapkan oleh KTMB, seperti musim perayaan utama atau cuti sekolah tertentu.

Cara Daftar Konsesi KTMB (Diskaun Pelajar)

Permohonan diskaun pelajar hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui tiga saluran rasmi KTMB:

  1. Aplikasi KITS Style
  2. KTMB Mobile App
  3. Laman Web Rasmi KTMB

Langkah 1: Log masuk ke akaun

  • Pilih Menu: Log masuk ke akaun anda, pergi ke bahagian My Account > Concession, dan pilih kategori Student ETS/Intercity.
  • Syarat Kelayakan Utama: Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Sekolah Menengah, Kolej, atau Universiti di dalam Malaysia dengan baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 6 bulan.

Langkah 2: Muat Naik & Hantar Dokumen Pengesahan Pelajar

Anda perlu memuat naik salinan borang pengesahan pelajar rasmi KTMB yang telah ditandatangani dan dicop oleh pihak pentadbiran institusi pengajian anda.

Langakh 3: Bayar

Bayaran yuran pendaftaran tahunan sebanyak RM33 perlu dibuat secara dalam talian semasa menghantar permohonan.

  • Konsesi ini sah selama 1 tahun dari tarikh kelulusan, atau sehingga tarikh tamat pengajian (mana-mana yang lebih awal). Pembaharuan hanya boleh dibuat selepas tempoh sah sedia ada tamat.
  • Tempoh Kelulusan: Permohonan akan diproses dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja. Setelah diluluskan, anda boleh membeli tiket dengan harga diskaun (potongan 40% untuk ETS & Intercity) sehingga 90 hari sebelum tarikh perjalanan.

Panduan Bergambar Cara Daftar Konsesi KTMB (Diskaun Pelajar)

Anda juga boleh rujuk panduan bergambar untuk daftar konsesi pelajar bagi dapatkan diskaun pelajar KTMB di bawah:

A. Melalui Laman Web KTMB di https://online.ktmb.com.my/

Layari laman web rasmi KTMB
Masukkan emel dan kata laluan untuk log masuk
Klik nama anda (bahagian atas kanan) dan pilih ‘My Account’.
Klik ‘Consession’
Klik ‘Concession Type’ dan Pilih ‘Pelajar/Student (ETS & KTM Intercity)
Klik bahagian ‘Current Education’ dan pilih kategori anda
Muat Naik Borang Pengesahan Pelajar (Boleh download di laman web KTMB, m/s 8)
Buat pembayaran RM33, klik Submit dan tunggu kelulusan.

B. Melalui Aplikasi KITS

Video Tutorial Cara Daftar Konsesi KTMB (Diskaun Pelajar)

Untuk panduan lebih jelas, sila rujuk video tutorial di bawah:

Surat Pengesahan Pelajar untuk KTMB

Untuk mendapatkan surat pengesahan pelajar, anda boleh layari portal KTMB. Atau, muat turun gambar yang sudah disediakan di bawah:

Penggunaan Konsesi Pelajar untuk KTM Komuter (Lembah Klang & Utara)

Setelah akaun konsesi pelajar anda diluluskan dalam sistem KTMB, penggunaan bagi perkhidmatan komuter terbahagi kepada dua kawasan operasi utama:

  • KTM Komuter Lembah Klang: Anda tidak perlu mendaftar akaun berasingan. Kod QR yang sama dalam aplikasi boleh terus digunakan untuk menikmati tambang pelajar dengan potongan 50%. Anda hanya perlu memastikan baki e-dompet (KITS Wallet) mencukupi (top up) sebelum mengimbas kod QR tersebut di pintu masuk dan pintu keluar stesen.
  • KTM Komuter Utara (Tiada Tambang Pelajar): Bagi laluan Komuter Utara (Padang Besar – Butterworth – Ipoh), tiada harga khusus pelajar (student price) ditawarkan untuk tiket perjalanan sehala. Hanya pas mingguan & bulanan tersedia.

Pas MyRailLife untuk Pelajar Sekolah

Satu lagi diskaun untuk pelajar ialah MyRailLife. MyRailLife merupakan inisiatif khas kerajaan bersama KTMB khusus untuk pelajar sekolah supaya dapat berulang-alik tanpa sebarang kos tambang.

  • Kadar Tambang: Percuma (100% diskaun) tanpa sebarang yuran pemprosesan atau caj tahunan.
  • Kelayakan: Terbuka kepada warganegara Malaysia yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, pelajar sekolah (Tahun 1 hingga Tingkatan 6), serta golongan OKU berdaftar dengan JKM.
  • Perkhidmatan Terlibat: KTM Komuter Lembah Klang, KTM Komuter Utara, dan Shuttle Timuran (laluan Gemas – Tumpat).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk saluran rasmi berikut:

  1. Portal KTMB
  2. Terma & Syarat
  3. Youtube rasmi KTMB Rail Channel
  4. Facebook rasmi KTM Berhad
  5. Thread rasmi ktmbofficial

Soalan Lazim Diskaun Pelajar KTMB

Siapakah yang layak memohon Konsesi Pelajar KTMB?

Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berstatus pelajar sepenuh masa di sekolah menengah, kolej, matrikulasi, politeknik, serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di Malaysia dengan baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 6 bulan.

Berapakah kadar diskaun yang diberikan untuk pelajar?

– ETS: Diskaun 40% (untuk tempat duduk kelas biasa sahaja, tidak termasuk Business Class).
– KTM Intercity: Diskaun 40%.
– KTM Komuter Lembah Klang: Diskaun 50% menggunakan kod QR yang sama dalam aplikasi KITS.
– Pas MyRailLife (Pelajar Sekolah Tahun 1 – Tingkatan 6): Percuma (100% diskaun) untuk KTM Komuter (Lembah Klang & Utara) serta Shuttle Timuran.
3

Berapakah bayaran pendaftaran untuk Konsesi Pelajar?

Yuran pemprosesan dan pendaftaran tahunan bagi Konsesi Pelajar (ETS & Intercity) ialah RM33.00 dan tidak akan dipulangkan walau atas apa jua sebab. Bagi pelajar sekolah yang memohon Pas MyRailLife, pendaftaran adalah percuma.

Bolehkah diskaun pelajar digunakan untuk KTM Komuter Utara?

Bagi laluan KTM Komuter Utara (Padang Besar – Butterworth – Ipoh), tiada harga tiket sehala khusus untuk pelajar IPT. Pelajar disarankan menggunakan pas perjalanan mingguan atau bulanan yang tersedia.

Berapa lamakah proses kelulusan permohonan?

Permohonan akan disemak dan diluluskan oleh pihak KTMB dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja selepas dokumen lengkap dan bayaran diterima.

Penulis