Pakej STEM KPM: Pilih Subjek Wajib / Teras, Elektif, Surat KPM

pakej stem KPM terkini
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pakej STEM KPM diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai pendekatan baharu untuk memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat menengah atas. Melalui pakej ini, pelajar boleh memilih kombinasi mata pelajaran yang lebih fleksibel mengikut minat, kebolehan serta perancangan kerjaya pada masa hadapan.

Jika sebelum ini pelajar Tingkatan 4 hanya dikategorikan kepada aliran Sains atau Sastera, sistem tersebut kini digantikan dengan Pakej STEM A, STEM B, STEM C serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas. Pendekatan ini membantu pelajar dan ibu bapa membuat pilihan aliran yang lebih jelas serta memastikan minat terhadap bidang STEM terus berkembang.

Apa itu Pakej STEM KPM?

Pakej STEM ialah satu inisiatif KPM yang direka untuk membentuk pelajar yang kompeten dan berdaya saing dalam bidang berkaitan sains dan teknologi.

Ia melibatkan gabungan subjek teras dan elektif, dengan penekanan kepada kemahiran berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah, dan penerapan teknologi dalam pembelajaran.

Matlamat utama pakej ini ialah untuk:

  • Menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ke arah negara berpendapatan tinggi
  • Meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang STEM
  • Menyediakan pelajar untuk peluang pendidikan tinggi dalam bidang teknikal dan profesional

Kriteria pemlihan subjek STEM ini telah diumumkan oleh KPM melalui surat siaran KPM tahun 2021 di bawah:

Sebelum ini, pelajar seringkali berhadapan dengan pilihan mata pelajaran elektif yang luas, yang kadang-kadang menyebabkan kekeliruan atau pemilihan yang tidak strategik untuk laluan kerjaya STEM.

Dengan adanya pakej ini, KPM memberikan garis panduan yang lebih jelas, namun tetap menawarkan fleksibiliti tertentu.

Proses Pemilihan Panduan Pemilihan Subjek STEM

Proses pemilihan pakej STEM KPM biasanya berlaku pada penghujung Tingkatan 3, selepas keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dikeluarkan.

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membuat pilihan termasuk:

  • Kapasiti Sekolah: Ketersediaan guru, makmal, dan sumber di sekolah juga mungkin mempengaruhi pilihan pakej yang ditawarkan.
  • Minat dan Kecenderungan: Pilihlah subjek yang benar-benar diminati kerana ia akan membantu mengekalkan motivasi dan prestasi.
  • Keputusan Akademik: Prestasi dalam mata pelajaran asas seperti Matematik dan Sains di peringkat rendah adalah petunjuk awal kepada keupayaan pelajar dalam aliran STEM.
  • Aspirasi Kerjaya: Fahami syarat kemasukan ke program pengajian tinggi yang diminati. Sesetengah kursus universiti mempunyai syarat mata pelajaran spesifik.
  • Nasihat Guru dan Kaunselor: Dapatkan pandangan daripada guru mata pelajaran yang lebih memahami potensi pelajar, serta guru kaunseling yang boleh memberikan panduan kerjaya.

Subjek Wajib / Teras Dalam Pakej STEM

Setiap pelajar yang memilih pakej STEM perlu mengambil subjek-subjek teras seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.

Subjek teras ini adalah asas kepada pembelajaran di peringkat menengah atas dan penting untuk memenuhi syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Antara subjek wajib / teras ialah:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Matematik
  5. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

Selain itu, bagi pelajar yang memilih aliran STEM, Matematik Tambahan sering dijadikan subjek teras tambahan kerana kepentingannya dalam bidang-bidang teknikal dan sains tulen.

Pakej STEM – A, B dan C

Pakej STEM KPM adalah pintu masuk kepada dunia pendidikan berasaskan sains dan teknologi yang semakin relevan dalam era digital dan hijau.

Dengan pemilihan subjek yang bijak dan sokongan ekosistem pembelajaran, pelajar dapat membina masa depan kukuh dalam bidang yang kritikal dan dinamik.

1. Pakej STEM A

Calon mengambil semua mata pelajaran berikut:

  1. Biologi
  2. Fizik
  3. Kimia
  4. Matematik Tambahan

2. Pakej STEM B

Calon mengambil:

(A) Dua mata pelajaran berikut:

  1. Biologi
  2. Fizik
  3. Kimia

(B) Wajib ambil:

  1. Matematik Tambahan

(C) Sekurang-kurangnya satu daripada mata pelajaran berikut:

  1. Sains Tambahan
  2. Grafik Komunikasi Teknikal
  3. Asas Kelestarian
  4. Pertanian
  5. Sains Rumah Tangga
  6. Reka Cipta
  7. Sains Komputer
  8. Sains Sukan
  9. Pengajian Kejuruteraan Awam
  10. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  11. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  12. Lukisan Kejuruteraan

(atau sekurang-kurangnya satu mata pelajaran bukan elektif STEM)

3. Pakej STEM C

Calon mengambil dua mata pelajaran daripada senarai berikut:

  1. Sains Tambahan
  2. Grafik Komunikasi Teknikal
  3. Asas Kelestarian
  4. Pertanian
  5. Sains Rumah Tangga
  6. Reka Cipta
  7. Sains Komputer
  8. Sains Sukan
  9. Pengajian Kejuruteraan Awam
  10. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  11. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  12. Lukisan Kejuruteraan

ATAU sekurang-kurangnya satu daripada mata pelajaran berikut:

  1. Produksi Reka Tanda
  2. Hiasan Dalaman
  3. Kerja Paip Domestik
  4. Pembinaan Domestik
  5. Pembuatan Perabot
  6. Reka Bentuk Grafik Digital
  7. Produksi Multimedia
  8. Katering dan Penyajian
  9. Pemprosesan Makanan
  10. Rekaan dan Jahitan Pakaian
  11. Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut
  12. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  13. Gerontologi Asas dan Geriatrik
  14. Pendawaian Domestik
  15. Menservis Peralatan Elektrik Domestik
  16. Menservis Automobil
  17. Kimpalan Arka dan Gas
  18. Menservis Motosikal
  19. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara
  20. Landskap dan Nurseri
  21. Tanaman Makanan
  22. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi

4. Pakej Kemanusiaan & Sastera Ikhtisas

Pelajar yang tidak memenuhi pakej STEM A, B atau C akan dimasukkan secara automatik ke pakej ini.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pendidikan Malaysia, anda boleh rujuk laman rasmi berikut:

Soalan Lazim – Pakej STEM

1. Apa yang dimaksudkan STEM?

STEM ialah akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik.

2. Apa yang dimaksudkan Pendidikan STEM?

Pendidikan STEM adalah Pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar.  

3. Apakah Dasar Negara Yang menyokong Pendidikan STEM?

Usaha KPM membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai murni untuk menyertai bidang STEM disokong oleh dasar-dasar negara seperti berikut:

Dasar 60% Sains:40% Sastera (Dasar 60:40)
Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN)
Wawasan 2020 (W2020)
Pelan Pembangunan Pendididkan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025)

4. Apakah Kelebihan STEM

STEM penting sebagai persediaan kepada murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global. Kebanyakan negara maju menekankan STEM
kerana ia meliputi setiap aspek kehidupan masyarakat dan penyumbang kepada kemajuan ekonomi masa hadapan.

Modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran STEM diperlukan untuk negara kekal berdaya saing dan dinamik di peringkat global.

5. Apakah yang dimaksudkan STEM dalam konteks Pengajaran dan Pembelajaran

STEM dalam konteks p&p merangkumi tiga aspek, iaitu:

– Bidang pembelajaran;
– Pakej mata pelajaran;
– Pendekatan P&P.

6. Apakah yang dimaksudkan STEM dalam bidang pembelajaran

STEM merupakan satu bidang pembelajaran di sekolah dan bidang pengajian diperingkat tertiari. Contoh bidang mata pelajaran STEM adalah seperti Sains, Kimia, Matematik, Asas Kelestarian, Grafik Komunikasi Teknikal, dan Sains Komputer.

Contoh kursus STEM di peringkat tertiari pula adalah seperti Kejuruteraan Mekanikal, Perubatan, Bio-kimia serta Pengkomputeran & Sistem Maklumat.

Di samping itu, Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) yang juga adalah komponen STEM akan mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam sektor perindustrian seperti minyak dan gas, kejuruteraan penerbangan dan perkapalan serta teknologi hijau.

7. Bagaimana gabungan mata pelajaran elektif bagi Pakej STEM?

Dalam sistem persekolahan, murid menengah atas diberi peluang untuk memilih aliran mengikut kecenderungan. Aliran yang ditawarkan ialah sastera, agama dan STEM.
Bagi murid yang mengambil aliran STEM mereka ditawarkan dengan pakej mata
Pelajaran.

Rujuk surat siaran KPM Bil 1 Tahun 2021, Kriteria Pemilihan Pakej Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik Tingkatan 4 Sesi 2021. Surat siaran ini dibaca Bersama SPI bil 6 Tahun 2019: Pelaksanaan KSSM (Men Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020 bertarikh 14 Nov 2019.

8. Apakah ciri PdP STEM

Tujuh ciri p&p STEM dikenalpasti bagi membimbing guru melaksanakan p&p STEM disekolah. Guru harus mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai mata pelajaran tersebut untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar

– melibatkan murid dalam inkuiri dan penerokaan terbuka.
– melibatkan murid dalam kerja berpasukan yang produktif
– memerlukan murid mengaplikasi pemahaman kandungan STEM
– memberi peluang murid menambah baik jawapan atau produk
– melibatkan murid mengaplikasikan kemahiran proses mereka bentuk
– memerlukan murid beri pelbagai jawapan/ penyelesaian dengan justifikasi.
– meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah dunia sebenar

9. Apakah maksud penentuan aliran lepasan SPM?

Penentuan aliran lepasan SPM ialah sistem pengelasan pelajar kepada beberapa pakej pembelajaran berdasarkan mata pelajaran yang diambil semasa SPM. Pakej ini membantu menentukan bidang pengajian yang sesuai untuk pelajar menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

10. Apakah pakej yang ditawarkan kepada pelajar?

Terdapat empat pakej utama iaitu:

– Pakej STEM A
– Pakej STEM B
– Pakej STEM C
– Pakej Kemanusiaan & Sastera Ikhtisas

Setiap pakej mempunyai kombinasi mata pelajaran yang berbeza.

11. Apakah mata pelajaran dalam Pakej STEM A?

Pelajar yang mengambil Pakej STEM A perlu mengambil semua mata pelajaran berikut:

– Biologi
– Fizik
– Kimia
– Matematik Tambahan

Pakej ini biasanya sesuai untuk pelajar yang berminat dalam bidang sains dan teknologi.

12. Apakah syarat untuk Pakej STEM B?

Pelajar perlu mengambil:

– Dua mata pelajaran sains daripada Biologi, Fizik atau Kimia
– Matematik Tambahan
– Sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM seperti Sains Komputer, Grafik Komunikasi Teknikal, Sains Sukan dan lain-lain.

13. Apakah mata pelajaran dalam Pakej STEM C?

Pelajar perlu mengambil dua mata pelajaran elektif STEM atau vokasional seperti:

– Sains Komputer
– Reka Cipta
– Sains Rumah Tangga
– Pengajian Kejuruteraan
– Grafik Komunikasi Teknikal

Selain itu, terdapat juga pilihan mata pelajaran kemahiran seperti katering, automotif, multimedia dan sebagainya.

14. Siapakah yang akan dimasukkan ke Pakej Kemanusiaan & Sastera Ikhtisas?

Pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk Pakej STEM A, B atau C akan dimasukkan secara automatik ke dalam Pakej Kemanusiaan & Sastera Ikhtisas.

15. Apakah kelebihan mengambil aliran STEM?

Antara kelebihan aliran STEM ialah:

– Peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik
– Peluang kerjaya yang lebih luas seperti doktor, jurutera, saintis dan pakar teknologi-
– Permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan masa depan.

16. Bolehkah pelajar memilih pakej sendiri?

Pemilihan pakej biasanya dibuat berdasarkan:

– Minat pelajar
– Prestasi akademik
– Keputusan peperiksaan
– Cadangan pihak sekolah

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut