Keputusan SPM 2025/2026 – Semakan Slip (myresultspm.moe.gov.my)

semakan keputusan spm 2026 2025 slip
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Keputusan SPM 2025 boleh disemak pada 31 Mac 2026 mulai 10 pagi melalui laman web rasmi semakan myresultspm.moe.gov.my.

SIARAN MEDIA RASMI: KEPUTUSAN SPM 2025 AKAN DIUMUMKAN 31 MAC 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026 (Selasa).

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah bermula pukul 10.00 pagi, manakala calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar bagi mendapatkan keputusan peperiksaan.

Selain itu, semakan keputusan juga boleh dibuat melalui:
-Dalam talian: myresultspm.moe.gov.my
-Sistem Pesanan Ringkas (SMS): Taip
SPMNoKPAngkaGiliran
dan hantar ke 15888

Perkhidmatan semakan ini akan diaktifkan bermula 31 Mac 2026, jam 10.00 pagi hingga 6 April 2026, jam 6.00 petang.

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2025. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Rujuk info penuh semakan keputusan SPM 2025 di bawah.

Bila Keputusan SPM 2025 Diumumkan?

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada Selasa, 31 Mac 2026, mulai jam 10.00 pagi.

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2025

Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 bermula 31 Mac 2026 (Selasa), pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang melalui kaedah berikut:

  • semakan dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my/; dan/atau
  • semakan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 dengan menaip: SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Kaedah Semakan Keputusan SPM Melalui Portal KPM (myresultspm.moe.gov.my)

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:

KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai 31 Mac 2026.

Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.

Semakan SPM

Survey: Adakah anda berminat untuk sambung pelajaran selepas SPM?

KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE

Calon digalakkan untuk menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan https://myresultspm.moe.gov.my mulai 31 Mac 2026 (Selasa) pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang.

semakan keputusan spm 2026 2025 slip

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2025 mulai 31 Mac 2026 (Selasa) pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang.

KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS

Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
( Contoh: SPM 070203045678 AA001A001 )

Sistem ini akan diaktifkan mulai 31 Mac 2026 (Selasa) pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang.

BACA JUGA: Pendaftaran SPM 2026 (Calon Persendirian) – Cara Mendaftar

Takrifan Gred Keputusan SPM / UPBA

Berikut dikongsikan juga takrifan gred pada slip keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk makluman bersama.

TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM

  • A+ : Cemerlang Tertinggi
  • A : Cemerlang Tinggi
  • A- : Cemerlang
  • B+ : Kepujian Tertinggi
  • B : Kepujian Tinggi
  • B : Kepujian Atas
  • C : Kepujian
  • D : Lulus Atas
  • E : Lulus
  • G : Gagal
  1. Keputusan ditahan / dibatalkan
    • Catatan “Digantung” menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
    • Catatan “Dibatalkan” menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan “X” dalam slip keputusan peperiksaan.
  2. Keputusan “T”
    • Catatan “T” menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.

TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPBA (UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA) & PERNYATAAN KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

Semak Semula Keputusan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia)

Sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) akan dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Berikut adalah langkah untuk membuat semakan semula keputusan peperiksaan anda:

  1. Semakan semula keputusan dibuka selama 30 hari pada waktu dan masa yang akan dimaklumkan kelak.
  2. Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau gunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
  3. Klik pada permohonan semakan semula keputusan
  4. Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran
  5. Selesai.
    • Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
    • Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui :

Soalan Lazim Keputusan SPM 2025/2026

Bilakah tarikh rasmi keputusan SPM 2025 diumumkan?

Tarikh rasmi keputusan SPM boleh disemak ialah bermula pada 31 Mac 2026 (Selasa) pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang, seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam siaran media terkini.

Pukul berapa keputusan SPM 2025 boleh disemak?

Lazimnya semakan keputusan SPM boleh dibuat mulai jam 10.00 pagi pada 31 Mac 2026 yang ditetapkan KPM, sama ada secara online, SMS atau di sekolah.

Apa laman web rasmi semakan keputusan SPM 2025?

Calon boleh menyemak keputusan melalui portal rasmi semakan SPM di pautan
myresultspm.moe.gov.my apabila dibuka kelak.

Apakah langkah-langkah semakan keputusan SPM 2025 secara online?

Calon perlu layari portal semakan (myresultspm.moe.gov.my), masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang dan angka giliran peperiksaan, kemudian klik butang “Semak Keputusan” untuk memaparkan result.

Bolehkah keputusan SPM 2025 disemak melalui SMS?

Ya, perkhidmatan SMS ke 15888 kebiasaannya disediakan, tertakluk kepada pengesahan KPM bagi tahun semasa.

Bolehkah saya dapatkan keputusan secara manual di sekolah?

Calon sekolah boleh hadir ke sekolah masing-masing dan mendapatkan slip keputusan penuh daripada pihak sekolah bermula sekitar jam 10.00 pagi pada hari pengumuman.

Bagaimana dengan calon persendirian?

Calon persendirian biasanya menerima keputusan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar peperiksaan untuk mendapatkan slip rasmi.

Bolehkah saya membuat rayuan atau semakan semula keputusan SPM 2025?

Calon boleh memohon penyemakan semula keputusan melalui sistem e-Lembaga Peperiksaan (eLP) dalam tempoh yang ditetapkan selepas keputusan diumumkan

Apakah tempoh dan caj untuk permohonan semak semula keputusan SPM?

Tempoh permohonan biasanya sekitar 30 hari dari tarikh keputusan diumum, dengan caj dikenakan bagi setiap mata pelajaran mengikut kadar semasa yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan.

Apa langkah seterusnya selepas mendapat keputusan SPM 2025?

Calon boleh mula merancang laluan seterusnya seperti memohon ke matrikulasi, asasi, kolej vokasional, institusi TVET, politeknik atau universiti melalui saluran permohonan yang ditetapkan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut