Markah merit SPM sangat penting dalam menentukan peluang kemasukan melalui UPU Online bagi lepasan SPM, STPM dan setaraf. Semak markah merit anda dalam Kalkulator Merit SPM atau Kalkulator Merit STPM.
Oleh itu, mengetahui cara kiraan merit UPU Online dapat membantu anda merancang permohonan program pengajian selepas SPM dengan lebih baik.
Dengan mengetahui jumlah mata merit yang diperoleh, anda boleh mengenal pasti program pengajian yang mempunyai peluang lebih cerah untuk diterima masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Pengenalan Markah Merit UPU Bagi Lepasan SPM / STPM
Kemasukan pelajar ke Universiti Awam/ IPTA bagi program lepasan SPM dan STPM/ setaraf adalah berpandukan prinsip meritokrasi.
Terdapat 2 komponen yang diambil kira untuk cara kiraan merit ini iaitu:
- Markah akademik – 90%
- Markah kokurikulum – 10%
Markah akademik pula terbahagian kepada pecahan markah berikut:
- 40% – Mata pelajaran universal
- 30% – Mata pelajaran pakej
- 10% – Mata pelajaran terbaik
Walaupun, markah MERIT ini penting, namun ia bukan merupakan SYARAT UTAMA bagi pelajar layak mohon sesuatu program.
Ini kerana syarat utama bagi sesuatu program adalah MESTI memenuhi Syarat AM serta Syarat Khas Program.
Selepas cukup syarat khas tersebut, barulah MERIT diambil kira untuk menentukan calon berjaya mendapat tempat ataupun tidak.
Kepentingan Mematuhi Syarat Khas Program
Dalam permohonan UPU Online, mematuhi syarat khas program adalah sama penting, malah lebih kritikal, berbanding markah merit semata-mata.
Ini kerana walaupun markah merit pelajar sangat tinggi, kegagalan memenuhi syarat khas boleh menyebabkan permohonan ditolak secara automatik.
Contohnya, Program Asasi Undang-Undang UIAM mempunyai markah merit sekitar 89.42% dan salah satu syarat khas yang ditetapkan ialah calon mesti memperoleh Gred B dalam mata pelajaran Sejarah.
Sekiranya seorang pelajar memperoleh markah merit setinggi 95%, tetapi hanya mendapat Gred C+ bagi Sejarah, pelajar tersebut tidak layak memohon program Asasi ini.
Lebih penting, program Asasi Undang-Undang UIAM ini juga akan digugurkan secara automatik daripada borang permohonan UPU Online, bermaksud program tersebut tidak akan muncul langsung untuk dipilih, walaupun markah merit pelajar melebihi merit minimum program.
Situasi yang sama turut berlaku kepada pelajar yang mengambil sembilan (9) mata pelajaran dan memperoleh 8A+, tetapi mendapat Gred C+ dalam Sejarah.
Walaupun pencapaian akademik sangat cemerlang, pelajar ini tetap tidak layak memohon kerana tidak memenuhi syarat khas program yang ditetapkan.

Cara & Panduan Kiraan Markah Merit UPU Online
Kiraan Merit 2.0 Lepasan SPM & STPM
Berikut adalah maklumat mengenai kiraan merit yang adik-adik boleh jadikan rujukan dan panduan semasa mengisi permohonan UPUOnline:


Untuk membuat kiraan dengan mudah, sila rujuk aplikasi kalkulator merit :
- Muat turun aplikasi UPUPocket
- Google Play – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
- Buka aplikasi
- Klik pada Kalkulator Merit di bahagian menu
- Pilih “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/Setaraf”
- Pilih jenis aliran pengajian
- STEM A
- STEM B
- STEM C
- Kemanusiaan dan Sastera Ihtisas / Lain-lain
- Mata pelajaran untuk setiap aliran akan dipaparkan
- Masukkan gred untuk setiap mata pelajaran yang disenaraikan
- Masukkan markah kokurikulum yang diperoleh (Sila rujuk dengan pihak sekolah)
- Klik butang “Kira Markah Merit” di bahagian bawah skrin
- Markah merit anda akan dipaparkan pada popup
Kalkulator Merit Online JPT & UPUPocket
Bagi memudahkan para pelajar membuat pengiraan sendiri markah merit UPU mereka, pihak Jabatan Pendidikan Tinggi telah membangunkan aplikasi kalkultor online di mana pengguna hanya perlu memasukkan beberapa input ke dalam kalkulator ini dan keputusan markah merit anda akan terus dipaparkan kepada anda.
Dengan kemudahan ini, anda tidak perlu membuat cara kiraan merit secara manual yang pastinya memeningkan dan kelihatan begitu kompleks!
Kalkulator Merit JPT

Klik salah satu pautan di bawah untuk menggunakan aplikasi kalkulator dalam talian ini:
Aplikasi UPUPocket
Selain kemudahan kalkulator dalam talian di atas, anda juga boleh menggunakan aplikasi mudah-alih UPUPocket yang boleh dimuat turun dan di pasang di peranti mudah alih anda.


Selain kemudahan kalkulator cara kiraan merit, UPUPocket juga mengandungi pelbagai ciri menarik yang lain untuk pelajar lepasan SPM yang ingin memohon kemasukan ke IPTA.
Muat turun Aplikasi UPUPocket:
- Google Play – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
Tips Permohonan UPU & Markah Merit SPM / STPM
Anda boleh membaca lebih lanjut tentang perkongsian mereka yang lebih arif dalam bidang ini melalui media sosial seperti TikTok dan Facebook berkenaan cara permohonan UPUOnline.
Berikut kami kongsikan serba sedikit tips untuk calon-calon :
1. Trend Permohonan & Tawaran UPU
2. Cara Kira Markah Merit UPU Online
Sumber: Tiktok @crmuhamadnazri
3. Cara Beli No Pin UPU
4. Markah PAJSK / Kokurikulum
5. Halatuju Selepas SPM
Sumber: Tiktok @abdulmuiezruslee
Soalan Lazim – Markah Merit SPM
Markah Merit SPM ialah markah yang digunakan dalam sistem UPU Online untuk menentukan peluang kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan SPM, STPM dan setaraf. Markah ini membantu pihak universiti menyusun dan menilai calon berdasarkan prinsip meritokrasi.
Markah merit sangat penting kerana ia menentukan kebarangkalian pelajar diterima masuk ke sesuatu program pengajian. Dengan mengetahui jumlah markah merit, pelajar boleh mengenal pasti program yang mempunyai peluang lebih cerah untuk dimohon dan diterima masuk ke IPTA.
Tidak. Markah merit bukan syarat utama untuk melayakkan pelajar memohon sesuatu program.
Syarat utama ialah:
– Syarat Am, dan
– Syarat Khas Program
Hanya selepas semua syarat ini dipenuhi, barulah markah merit digunakan untuk menentukan sama ada pelajar berjaya mendapat tempat atau tidak.
Kemasukan pelajar ke universiti awam atau IPTA bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi, iaitu penilaian dibuat secara adil berdasarkan pencapaian akademik dan kokurikulum.
Terdapat dua (2) komponen utama dalam kiraan markah merit UPU:
Markah akademik – 90%
Markah kokurikulum – 10%
Markah akademik (90%) dibahagikan kepada:
40% – Mata pelajaran universal
30% – Mata pelajaran pakej
10% – Mata pelajaran terbaik
Tidak semestinya. Kegagalan memenuhi syarat khas program boleh menyebabkan pelajar tidak layak memohon, walaupun markah merit sangat tinggi.
Dalam permohonan UPU Online, mematuhi syarat khas program adalah lebih kritikal berbanding markah merit. Jika syarat khas tidak dipenuhi:
Permohonan akan ditolak secara automatik
Program tersebut akan digugurkan daripada borang UPU Online
Program tidak akan muncul untuk dipilih
Anda boleh menyemak markah merit dengan mudah menggunakan:
Kalkulator Merit SPM
Kalkulator Merit STPM
Tanpa perlu kira secara manual.
1. Muat turun aplikasi UPUPocket
➡️ Google Play – Android
➡️ App Store – iOS
2. Buka aplikasi
3. Klik Kalkulator Merit pada menu
4. Pilih:
➡️ Lepasan SPM atau Lepasan STPM/Setaraf
5. Pilih aliran:
➡️ STEM A
➡️ STEM B
➡️ STEM C
➡️ Kemanusiaan & Sastera Ihtisas / Lain-lain
6. Masukkan gred bagi setiap mata pelajaran
7. Masukkan markah kokurikulum (rujuk pihak sekolah)
8. Klik “Kira Markah Merit”
➡️ Markah merit akan dipaparkan secara automatik.
Baca juga:




