Semakan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2026 akan diumumkan secara rasmi pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman web rasmi https://myresultspmu.moe.gov.my/
Seramai [AKAN DIKEMASKINI BILANGAN CALON] telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini yang berlangsung di pusat-pusat peperiksaan terpilih di seluruh negara.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kenyataan media KPM dan cara membuat semakan online keputusan SPMU 2026.
Ringkasan Semakan Keputusan SPMU 2026
Keputusan SPM Ulangan (SPMU) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, dan Matematik biasanya diumumkan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas peperiksaan tamat (sekitar Ogos atau September 2026). – AKAN DIKEMASKINI KELAK.
Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman web rasmi https://myresultspmu.moe.gov.my/
Apa Itu Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan (SPMU)?
SPMU (Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan) adalah peluang kedua bagi calon yang ingin memperbaiki keputusan SPM mereka, khususnya untuk mata pelajaran yang penting seperti Bahasa Melayu dan Matematik.
Peperiksaan ini memberi ruang kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik serta membuka lebih banyak peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
Berbeza dengan peperiksaan SPM biasa (November/Disember), SPMU hanya menawarkan tiga subjek teras sahaja, iaitu:
- Bahasa Melayu (1103)
- Sejarah (1249)
- Matematik (1449)
Kenapa Perlu Ambil SPMU?
Sebab utama calon menduduki SPMU adalah untuk mendapatkan Sijil SPM. Di Malaysia, syarat utama untuk memperoleh sijil tersebut adalah:
- Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Lulus mata pelajaran Sejarah.
Jika calon gagal salah satu daripada subjek ini dalam peperiksaan asal, mereka boleh mengambil SPMU untuk lulus dan melayakkan diri menerima sijil.
Selain itu, calon yang sudah lulus tetapi ingin meningkatkan gred (contohnya dari C ke A) untuk tujuan kemasukan ke universiti (UPU) juga boleh mendaftar.
Bila Tarikh Pendaftaran SPMU 2026 Dibuka?
Tarikh pendaftaran SPMU bagi tahun 2026 dibuka mulai 1 Mac 2026 sehingga 30 April 2026 di portal rasmi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Kementerian Pendidikan Lembaga Peperiksaan: https://sppat2.moe.gov.my/

Cara Daftar SPM Ulangan 2026
Cara mendaftar bagi peperiksaan SPMU 2026 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi SPPAT di https://sppat.moe.gov.my
- Klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan)”.
- Klik “Daftar” untuk mendaftarkan diri sebagai calon SPMU.
- Masukkan maklumat No. Pengenalan Diri, Tahun Peperiksaan dan Angka Giliran bagi peperiksaan yang lepas. Maklumat boleh diperoleh daripada sijil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
- Sahkan maklumat yang diisi. Pastikan No. Pengenalan Diri, Tahun Peperiksaan dan Angka Giliran merupakan milik anda, kemudian klik Teruskan.
- Isikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan.
- Pilih mata pelajaran yang anda ingin daftarkan. Jumlah bayaran akan dipaparkan sejurus anda memilih mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.
- Pilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota.
- Semak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya.
- Mesej pengesahan maklumat akan dipaparkan sebelum borang pendaftaran anda dihantar. Klik butang OK.
- Kemudian sistem akan bawa anda ke laman bayaran perbankan elektronik selepas borang dihantar untuk melengkapkan proses pendaftaran. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.
Sila rujuk panduan pendaftaran calon persendirian SPMU di sini.
Bila Tarikh Keputusan SPMU 2026 Diumumkan?
Semakan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2026 akan diumumkan secara rasmi pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak [AKAN DIKEMASKINI].
Cara Semak Keputusan SPMU 2026
Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman web rasmi https://myresultspmu.moe.gov.my/
Terdapat dua cara untuk membuat semakan:
- Semakan Online
- Layari portal rasmi: myresultspmu.moe.gov.my
- Semakan Melalui SMS
- Taip:
SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran - Hantar ke 15888
- Contoh:
SPMU 010101011234 AB1234
- Taip:
Semakan Semula Keputusan SPMU
Penyemakan semula keputusan dan Kes T Peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia Ulangan (SMPU) 2026 boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.
Caj adalah RM100 bagi setiap mata pelajaran. Pulangan bayaran akan diberikan jika keputusan BERUBAH.
Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web e-Lembaga Peperiksaan (https://elp.moe.gov.my)
Syarat Permohonan: Calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Perkhidmatan Patching Sijil SPM
Bagi anda yang telah menduduki semula peperiksaan SPM dan ingin menggabungkan keputusan terbaik dalam satu sijil, anda boleh mendapatkan perkhidmatan patching sijil SPM melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Rujuk caranya di sini: Perkhidmatan Patching Sijil SPM – Lembaga Peperiksaan Malaysia
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SPM Ulangan 2026, sila rujuk pejabat JPN atau PPD yang berhampiran. Atau, layari:
- Portal rasmi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Kementerian Pendidikan Lembaga Peperiksaan
- Facebook Lembaga Peperiksaan Rasmi

Soalan Lazim Semakan Keputusan SPM Ulangan 2026 (SPMU)
Semakan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2026 akan diumumkan secara rasmi pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman web rasmi https://myresultspmu.moe.gov.my/
Boleh. Rayuan semak semula biasanya dibuka selama 30 hari selepas tarikh pengumuman keputusan dengan bayaran RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.
Tidak secara automatik pada satu kertas. Anda akan mendapat slip keputusan SPMU yang berasingan. Walau bagaimanapun, untuk tujuan permohonan kerja atau UPU, anda boleh menggunakan kedua-dua slip (Sijil SPM asal + Slip SPMU) sebagai bukti pencapaian terbaik anda.
Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan sijil rasmi yang menggabungkan keputusan terbaik (jika layak) dalam tempoh beberapa bulan selepas keputusan SPMU keluar.




