Semakan Keputusan SPM 2022 / 2023 – Lembaga Peperiksaan KPM

PENGUMUMAN TARIKH KEPUTUSAN SPM 2022 & CARA SEMAKAN ONLINE (2023)

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis). Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 pada tahun 2023 ini.

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2022 / 2023

Bagi calon yang telah mengambil peperiksaan tahun 2022, tarikh keputusan SPM akan diumumkan pada 8 Jun 2023.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

Tarikh keputusan spm

Baca juga:

Kaedah Semakan Keputusan SPM

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:

KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 8 Jun 2023.

KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE

Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 mulai
pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023
; dan/atau

KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS

Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan slip peperiksaan SPM 2022 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.

semakan spm sms online

INFO KPM: Informasi berkaitan semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022.

Sila rujuk kenyataan rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam lampiran dan infografik di bawah:

tarikh keputusan spm
tarikh keputusan spm 2022 2023

Baca juga:

Semak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia

Sistem ELP hanya dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:

  • Bagi Permohonan Melalui Pos
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
    • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
  • Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
    • Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri melalui nombor telefon yang tertera di bawah:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!