Makanan Untuk Tambah Darah, Ini 12 Makanan Terbaik Dimakan

makanan untuk tambah darah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi pesakit Anemia, anda boleh cuba menambah darah secara semula jadi dengan mengambil makanan untuk tambah darah.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan makanan untuk tambah darah yang terbaik.

Baca juga:

Apa itu hemoglobin? 

makanan untuk tambah darah

Hemoglobin adalah protein yang terdapat dalam sel darah merah. Ia mempunyai fungsi terpenting dalam mengangkut oksigen dari paru-paru ke semua sel lain yang membantu mengekalkannya.

Tahap hemoglobin yang rendah akan mengakibatkan anemia dan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Antaranya seperti tabiat pemakanan yang buruk, penyerapan nutrien yang lemah yang diperlukan untuk mengeluarkan hemoglobin, peningkatan dalam dos yang diperlukan akibat kehamilan, kehilangan darah, dan juga ubat-ubatan tertentu. Semuanya boleh mengakibatkan tahap hemoglobin yang rendah 

Makanan untuk tambah darah (zat besi)

Antara makanan untuk tambah darah dalam kategori zat besi adalah seperti:

1. Daging

Makanan untuk tambah darah yang penting dalam kategori zat besi adalah daging. Daging mempunyai tahap zat besi yang tinggi.

Berikut adalah antara jenis daging berserta kandungannya yang boleh membantu anda meningkatkan tahap hemoglobin anda:

  • Hati: Hati kambing mempunyai jumlah tertinggi vitamin B12, dengan 100 g mengandungi 85.7 mcg
  • Daging lembu kisar: Setiap 85 gram (3 oz) daging lembu yang dikisar menyediakan 2.1 mg zat besi.
  • Dada ayam: 7 miligram zat besi daripada setiap 100 gram (3.5 oz) dada ayam.

2. Makanan laut

Makanan laut seperi kerang, tiram, dan kaviar boleh memberikan lebih daripada keperluan harian zat besi dan vitamin B12.

Kerang misalnya mengandungi 28 mg zat besi, 22.1 mg vitamin C, dan 98.9 mcg vitamin B12 bagi setiap 100 gram.

3. Kekacang

Sekiranya anda seorang vegan, anda boleh menukarkan menu daging kepada kekacang sebagai makanan untuk tambah darah.

Kacang soya, kancang ginjal, lentil, dan kacang ayam adalah beberapa kacang yang disyorkan.

4. Bijian

Mengambil bijian hitam yang kaya dengan magnesium, kuprum, zink, zat besi, kalsium, selenium, folat vitamin B6 dan vitamin E, adalah satu lagi pendekatan yang sangat baik untuk meningkatkan penggunaan zat besi anda.

Kami syorkan 1 sudu besar bijian hitam panggang kering boleh dikisar bersama 1 sudu teh madu dan dimakan secara rutin untuk meningkatkan tahap zat besi anda.

Anda boleh juga tabur beberapa bijian panggang ini ke dalam yogurt, salad buah-buahan, oat dan juga bijirin anda.

5. Telur

Telur sering disebut-sebut sebagai sarapan terbaik atas sebab-sebab tertentu. Sebiji telur mempunyai kira-kira 6 gram protein, 0.55 mcg vitamin B12, 22 mg folat, dan 0.59 mg zat besi.

6. Biji labu

makanan untuk tambah darah

Mungkin ramai tidak tahu bahawa biji labu adalah sumber zat besi terbaik. 100 gram labu atau biji chia mengandungi kira-kira 15 miligram zat besi, iaitu 83 peratus daripada nilai disyorkan harian. 

Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi asid lemak penting yang boleh menjadikan kulit anda bersinar. 

7. Tauhu

Tauhu adalah makanan berasaskan soya yang popular di kalangan vegetarian dan di beberapa negara Asia. Walaupun tauhu dari sumber tumbuhan, tauhu juga mengandungi zat besi jenis bukan heme.

Setengah cawan tauhu, iaitu kira-kira 126gram mengandungi 3.4mg zat besi. Jumlah ini memenuhi 19% keperluan badan sehari.

Selain dari zat besi, tauhu juga mengandungi khasiat unik seperti isoflavon yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung.

Makanan untuk tambah darah (vitamin)

Antara makanan untuk tambah darah dalam kategori vitamin adalah seperti:

1. Buah-buahan Kering

makanan untuk tambah darah

Buah-buahan kering yang dimaksudkan ini adalah seperti kurma, kismis, dan buah tin.

Buah tin sarat dengan manfaat zat besi, magnesium, vitamin A, dan folat sesuai dijadikan sebagai makanan untuk tambah darah. Kurma dan kismis pula kaya dengan zat besi dan vitamin C.

Tahap hemoglobin anda boleh meningkat dengan cepat sekiranya anda makan segenggam kurma kering, buah tin dan kismis pada waktu pagi.

Namun sekiranya anda seorang penghidap diabetes, pastikan minta nasihat doktor anda terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati.

2. Sayur-sayuran berdaun hijau

Sayuran hijau adalah sumber yang kaya dengan serat pemakanan dan rendah kalori. Ia cukup dikenali dalam membantu anda meningkatkan penghadaman dan penurunan berat badan.

Bayam, sayur sawi, saderi, dan brokoli adalah sumber zat besi yang baik dan boleh dijadikan makanan untuk tambah darah dari keluarga vitamin.

Anda disyorkan untuk makan sayur-sayuran yang dimasak berbanding mentah. Hal ini kerana sayuran mentah biasanya mempunyai asid oksalik yang mampu menghalang tubuh daripada menyerap zat besi.

Brokoli juga membekalkakn sumber vitamin V kompleks, vitamin A dan C, asid folik dan mineral yang baik seperti magnesium dan besi.

3. Ubi bit

makanan untuk tambah darah

Ubi bit adalah sumber minerla semula jadi yang hebat. Ia mengandungi kuprum, fosforus, besi, magnesium dan vitamin seperti B1, B2, B6, B12, dan C.

Kajian menunjukkan bahawa kekayaan nutrien penting dalam membantu meningkatkan tahap hemoglobin dan menggalakkan pertumbuhan semula sel darah merah.

Anda boleh memakannya sesuka hati sama ada dimasak atau mentah seperti salad. Boleh juga dijadikan jus bit.

4. Daun moringa

makanan untuk tambah darah

Khasiat daun moringga adalah sangat tinggi sehingga mengatasi lobak merah, oren, dan juga susu. Daun ini merupakan sumber mineral yang banyak seperti tembaga, magnesium, besi, zink, dan vitamin A, B dan C.

5. Pengambilan asid folik

Folat dan vitamin B kompleks sangat penting untuk membentuk sel darah merah. Kekurangan ini boleh menyebabkan risiko kepada paras hemoglobin menurun dan meningkatkan risiko anemia.

Oleh itu, diet yang kaya dengan asid folik dicadangkan bagi mereka yang mempunyai bilangan hemoglobiin yang rendah.

Walaupun anda boleh dapatkan asid folik di farmasi, pastikan ia diambil di bawah pengawasan doktor. Pengambilan harian suplemen asid folik adalah antara 200 dan 400 mg.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan pilihan nmakanan untuk tambah darah dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Top Haemoglobin Foods That can Increase your Haemoglobin Naturally. Redcliffe Labs
  2. Things You Can do to Improve Your Hemoglobin Levels and Prevent Anemia. Sanguina
  3. Foods That Boost Your Hemoglobin Levels. Stylecraze
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut