Kurang Darah? Ini Contoh Makanan Tambah Darah, Elak Anemia

makanan untuk tambah darah
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Makanan untuk tambah darah sangat penting bagi individu yang sering mengalami keletihan, pening kepala atau badan terasa lemah tanpa sebab yang jelas. Risiko anemia boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan tertentu. Anda boleh semak nasihat kesihatan dari Portal MyHealth.

Masalah kurang darah sering berlaku tanpa disedari dan boleh menjejaskan aktiviti harian.

Oleh itu, pemilihan makanan yang kaya dengan zat besi dan nutrien penting dapat membantu menyokong pembentukan sel darah merah serta meningkatkan paras hemoglobin secara semula jadi.

Apa itu Hemoglobin? 

Hemoglobin ialah sejenis protein yang terdapat dalam sel darah merah dan memainkan peranan yang sangat penting dalam tubuh manusia.

Fungsi utama hemoglobin adalah untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke semua sel dan tisu badan, sekali gus membantu mengekalkan fungsi organ serta tahap tenaga yang normal.

Tahap hemoglobin yang mencukupi amat penting untuk memastikan tubuh menerima bekalan oksigen yang mencukupi. Paras hemoglobin yang rendah boleh menyebabkan anemia, iaitu keadaan di mana badan menjadi cepat letih, lemah, pening dan kurang bertenaga.

Masalah hemoglobin rendah atau anemia ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya termasuk tabiat pemakanan yang tidak seimbang, penyerapan nutrien yang lemah seperti zat besi, asid folik dan vitamin B12 yang diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin.

Selain itu, keperluan zat besi yang meningkat semasa kehamilan, kehilangan darah akibat haid berlebihan atau kecederaan, serta pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyumbang kepada penurunan paras hemoglobin dalam darah.

Jenis Supplemen untuk Tambah Darah

Terdapat pelbagai jenis supplemen untuk tambah darah yang terdapat di pasaran yang berbeza dari segi kandungan zat besi dan vitamin.

Kebiasaannya, suplemen ini diberikan untuk mengatasi masalah anemia kekurangan zat besi dengan membantu meningkatkan paras hemoglobin dalam darah, terutamanya dalam kalangan wanita, remaja perempuan dan ibu mengandung yang berisiko mengalami kekurangan darah.

Secara umum, suplemen tambah darah mengandungi zat besi (elemental iron) sebagai bahan utama, sama ada dalam bentuk ferrous fumarate, iron polymaltose atau digabungkan bersama vitamin seperti asid folik, vitamin B kompleks, vitamin C dan zink bagi membantu penyerapan dan pembentukan sel darah merah yang lebih berkesan.

1. Maltofer

Maltofer mengandungi 100 mg elemental iron dalam bentuk iron polymaltose. Ia juga mengandungi asid folik (350 mcg), namun tidak mengandungi vitamin B kompleks lain.

Maltofer sering disyorkan kerana lebih lembut pada perut dan kurang menyebabkan kesan sampingan seperti loya atau sembelit, sesuai untuk penggunaan jangka panjang.

2. Iberet Folic

Iberet Folic merupakan suplemen tambah darah yang lebih lengkap. Ia mengandungi 105 mg elemental iron, asid folik (800 mcg) serta pelbagai vitamin B seperti vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan B12.

Kandungan vitamin C (500 mg) di dalamnya membantu meningkatkan penyerapan zat besi, menjadikannya sesuai untuk individu dengan anemia sederhana hingga teruk.

3. Zincofer

Zincofer mengandungi 115 mg elemental iron, bersama asid folik (1 mg), vitamin B6, vitamin B12 serta zink (19.8 mg).

Gabungan zat besi dan zink ini membantu menyokong pembentukan sel darah merah serta meningkatkan sistem imun, sesuai untuk individu yang mengalami keletihan melampau akibat kekurangan darah.

4. New Obimin

New Obimin mengandungi 30 mg elemental iron, namun diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral lain seperti vitamin C, vitamin B kompleks, vitamin A (3000 IU), vitamin D (400 IU) dan asid folik (900 mcg).

Ia sering digunakan sebagai suplemen sokongan, khususnya untuk wanita hamil dan menyusu bagi mengekalkan paras hemoglobin yang stabil.

5. Ferrous Fumarate

Ferrous Fumarate mengandungi 66 mg elemental iron tanpa tambahan vitamin lain. Ia merupakan bentuk zat besi yang paling asas dan sering diberikan di fasiliti kesihatan kerajaan.

Walaupun berkesan meningkatkan paras hemoglobin, ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sembelit, najis gelap dan ketidakselesaan perut jika tidak diambil dengan betul.

Kepentingan Memilih Suplemen yang Sesuai

Pemilihan suplemen untuk tambah darah bergantung kepada:

  • Tahap kekurangan hemoglobin
  • Keperluan tubuh (hamil, menyusu, remaja, dewasa)
  • Toleransi badan terhadap zat besi
  • Cadangan doktor atau pegawai kesihatan

Suplemen yang mengandungi gabungan zat besi dan vitamin sokongan biasanya membantu pemulihan anemia dengan lebih berkesan berbanding zat besi sahaja.

Kredit: FB Sahabat Farmasi

Senarai Makanan untuk Tambah Darah (Zat Besi)

Bagi membantu meningkatkan paras hemoglobin secara semula jadi, pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi amat penting kerana nutrien ini diperlukan dalam pembentukan sel darah merah.

1. Daging

    Makanan untuk tambah darah yang penting dalam kategori zat besi adalah daging. Daging mempunyai tahap zat besi yang tinggi.

    Berikut adalah antara jenis daging berserta kandungannya yang boleh membantu anda meningkatkan tahap hemoglobin anda:

    • Hati: Hati kambing mempunyai jumlah tertinggi vitamin B12, dengan 100 g mengandungi 85.7 mcg
    • Daging lembu kisar: Setiap 85 gram (3 oz) daging lembu yang dikisar menyediakan 2.1 mg zat besi.
    • Dada ayam: 7 miligram zat besi daripada setiap 100 gram (3.5 oz) dada ayam.

    2. Makanan Laut

    Makanan laut seperi kerang, tiram, dan kaviar boleh memberikan lebih daripada keperluan harian zat besi dan vitamin B12.

    Kerang misalnya mengandungi 28 mg zat besi, 22.1 mg vitamin C, dan 98.9 mcg vitamin B12 bagi setiap 100 gram.

    3. Kekacang

    Sekiranya anda seorang vegan, anda boleh menukarkan menu daging kepada kekacang sebagai makanan untuk tambah darah.

    Kacang soya, kancang ginjal, lentil, dan kacang ayam adalah beberapa kacang yang disyorkan.

    4. Biji-Bijian

    Mengambil bijian hitam yang kaya dengan magnesium, kuprum, zink, zat besi, kalsium, selenium, folat vitamin B6 dan vitamin E, adalah satu lagi pendekatan yang sangat baik untuk meningkatkan penggunaan zat besi anda.

    Kami syorkan 1 sudu besar bijian hitam panggang kering boleh dikisar bersama 1 sudu teh madu dan dimakan secara rutin untuk meningkatkan tahap zat besi anda.

    Anda boleh juga tabur beberapa bijian panggang ini ke dalam yogurt, salad buah-buahan, oat dan juga bijirin anda.

    5. Telur

    Telur sering disebut-sebut sebagai sarapan terbaik atas sebab-sebab tertentu. Sebiji telur mempunyai kira-kira 6 gram protein, 0.55 mcg vitamin B12, 22 mg folat, dan 0.59 mg zat besi.

    6. Biji Labu

    makanan untuk tambah darah

    Mungkin ramai tidak tahu bahawa biji labu adalah sumber zat besi terbaik. 100 gram labu atau biji chia mengandungi kira-kira 15 miligram zat besi, iaitu 83 peratus daripada nilai disyorkan harian. 

    Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi asid lemak penting yang boleh menjadikan kulit anda bersinar. 

    7. Tauhu

    Tauhu adalah makanan berasaskan soya yang popular di kalangan vegetarian dan di beberapa negara Asia. Walaupun tauhu dari sumber tumbuhan, tauhu juga mengandungi zat besi jenis bukan heme.

    Setengah cawan tauhu, iaitu kira-kira 126gram mengandungi 3.4mg zat besi. Jumlah ini memenuhi 19% keperluan badan sehari.

    Selain dari zat besi, tauhu juga mengandungi khasiat unik seperti isoflavon yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung.

    Senarai Makanan untuk Tambah Darah (Vitamin)

    Selain zat besi, pengambilan vitamin tertentu juga penting kerana ia membantu penyerapan zat besi serta menyokong proses pembentukan sel darah merah dalam tubuh, sekaligus membantu mengurangkan risiko anemia.

    1. Buah-buahan Kering

    makanan untuk tambah darah

    Buah-buahan kering yang dimaksudkan ini adalah seperti kurma, kismis, dan buah tin.

    Buah tin sarat dengan manfaat zat besi, magnesium, vitamin A, dan folat sesuai dijadikan sebagai makanan untuk tambah darah. Kurma dan kismis pula kaya dengan zat besi dan vitamin C.

    Tahap hemoglobin anda boleh meningkat dengan cepat sekiranya anda makan segenggam kurma kering, buah tin dan kismis pada waktu pagi.

    Namun sekiranya anda seorang penghidap diabetes, pastikan minta nasihat doktor anda terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati.

    2. Sayur-Sayuran Berdaun Hijau

    Sayuran hijau adalah sumber yang kaya dengan serat pemakanan dan rendah kalori. Ia cukup dikenali dalam membantu anda meningkatkan penghadaman dan penurunan berat badan.

    Bayam, sayur sawi, saderi, dan brokoli adalah sumber zat besi yang baik dan boleh dijadikan makanan untuk tambah darah dari keluarga vitamin.

    Anda disyorkan untuk makan sayur-sayuran yang dimasak berbanding mentah. Hal ini kerana sayuran mentah biasanya mempunyai asid oksalik yang mampu menghalang tubuh daripada menyerap zat besi.

    Brokoli juga membekalkakn sumber vitamin V kompleks, vitamin A dan C, asid folik dan mineral yang baik seperti magnesium dan besi.

    3. Ubi Bit

    makanan untuk tambah darah

    Ubi bit adalah sumber minerla semula jadi yang hebat. Ia mengandungi kuprum, fosforus, besi, magnesium dan vitamin seperti B1, B2, B6, B12, dan C.

    Kajian menunjukkan bahawa kekayaan nutrien penting dalam membantu meningkatkan tahap hemoglobin dan menggalakkan pertumbuhan semula sel darah merah.

    Anda boleh memakannya sesuka hati sama ada dimasak atau mentah seperti salad. Boleh juga dijadikan jus bit.

    4. Daun Moringa

    makanan untuk tambah darah

    Khasiat daun moringga adalah sangat tinggi sehingga mengatasi lobak merah, oren, dan juga susu. Daun ini merupakan sumber mineral yang banyak seperti tembaga, magnesium, besi, zink, dan vitamin A, B dan C.

    5. Pengambilan Asid Folik

    Folat dan vitamin B kompleks sangat penting untuk membentuk sel darah merah. Kekurangan ini boleh menyebabkan risiko kepada paras hemoglobin menurun dan meningkatkan risiko anemia.

    Oleh itu, diet yang kaya dengan asid folik dicadangkan bagi mereka yang mempunyai bilangan hemoglobiin yang rendah.

    Walaupun anda boleh dapatkan asid folik di farmasi, pastikan ia diambil di bawah pengawasan doktor. Pengambilan harian suplemen asid folik adalah antara 200 dan 400 mg.

    Panduan Pemakanan Anak Anemia

    Kanak-kanak tergolong dalam kumpulan yang mudah mengalami anemia disebabkan oleh keperluan zat besi yang tinggi untuk tumbesaran. Dalam masa yang sama, kehilangan zat besi dalam badan mereka juga berlaku dengan lebih cepat berbanding golongan lain.

    Bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun, paras hemoglobin yang dianggap normal adalah antara 10.5 hingga 14.0 g/dL.

    makanan tambah darah kurang darah anemia

    Oleh itu, anda perlulah berikan makanan tinggi zat besi daripada sumber makanan Hem dan Non-Heme setiap hari.

    • Hem : Makanan yang lebih mudah diserap di dalam darah. (Contoh : Hati ayam, daging lembu, kerang, ikan kembung)
    • Non-Hem : Banyak dijumpai, namun penyerapan adalah kurang berbanding jenis Hem. (Bayam, kekacang, rambutan)
    makanan tambah darah kurang darah anemia
    makanan tambah darah kurang darah anemia
    makanan tambah darah kurang darah anemia
    Tips Tingkatkan Penyerapan Zat Besi
    • Beri anak makanan tinggi vitamin C seperti buah-buahan bagi membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
    • Jarakkan pengambilan susu atau produk tenusu termasuk minuman bercoklat sebelum atau selepas makan (sekurang-kurangnya 2 jam) kerana ia boleh menghalang penyerapan zat besi.
    • Elakkan untuk memberi teh atau kopi kepada anak-anak.
    • Pastikan anak mempunyai jadual pemakanan yang teratur agar pengambilan zat besi harian terjaga.
    makanan tambah darah kurang darah anemia
    makanan tambah darah kurang darah anemia
    makanan tambah darah kurang darah anemia

    Soalan Lazim – Makanan untuk Tambah Darah

    1. Apakah makanan terbaik untuk tambah darah dengan cepat?

    Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati ayam, daging merah, bayam, kekacang dan makanan laut membantu menyokong peningkatan hemoglobin apabila diambil secara konsisten bersama nutrien sokongan.

    2. Kenapa walaupun makan banyak, darah masih rendah?

    Keadaan ini boleh berlaku jika penyerapan zat besi dalam badan tidak optimum, kekurangan vitamin seperti vitamin C atau B12, atau disebabkan faktor lain seperti kehilangan darah dan masalah kesihatan tertentu.

    3. Adakah makanan sahaja cukup untuk naikkan hemoglobin?

    Bagi kes ringan, pemakanan seimbang mungkin mencukupi. Namun, bagi anemia sederhana atau teruk, pengambilan suplemen mungkin diperlukan atas nasihat doktor.

    4. Makanan apa yang membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik?

    Buah-buahan yang tinggi vitamin C seperti oren, jambu batu dan kiwi membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih berkesan.

    5. Siapa yang paling berisiko mengalami kurang darah?

    Wanita, ibu mengandung, kanak-kanak, remaja perempuan dan individu yang mengalami haid berlebihan lebih berisiko mengalami paras hemoglobin rendah.

    6. Bolehkah minuman tertentu menjejaskan penyerapan zat besi?

    Ya, pengambilan teh dan kopi berlebihan boleh mengganggu penyerapan zat besi jika diambil bersama atau sejurus selepas makan.

    7. Berapa lama masa diperlukan untuk naikkan darah melalui pemakanan?

    Tempoh berbeza bagi setiap individu, namun kebiasaannya peningkatan boleh dilihat selepas beberapa minggu pengambilan makanan berkhasiat secara konsisten.

    8. Adakah kanak-kanak perlu makanan khas untuk tambah darah?

    Kanak-kanak memerlukan sumber zat besi yang sesuai dengan usia seperti daging, sayur berdaun hijau dan bijirin diperkaya bagi menyokong pertumbuhan dan pembentukan darah.

    Baca juga:

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut