Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Program Yakin MADANI (PYM) ialah program jelajah turun padang anjuran kerajaan melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri untuk membawa perkhidmatan kementerian, bantuan rakyat, dan maklumat dasar negara terus kepada masyarakat.

Bertemakan “Memaknai Harapan Rakyat”, program ini diadakan di lima lokasi seluruh negara bermula 28 November hingga 13 Disember 2026 (termasuk di Sabah pada 12–13 Disember 2026).

Jom semak perincian mengenai program Yakin Madani di bawah.

Apa Itu Program Yakin Madani?

Program Yakin MADANI diwujudkan untuk merapatkan jurang penyampaian perkhidmatan awam antara kerajaan dan masyarakat setempat.

Melalui konsep “semua di bawah satu bumbung”, orang ramai tidak lagi perlu ke pelbagai pejabat kerajaan secara berasingan untuk menyelesaikan urusan rasmi, membuat semakan bantuan, atau mendapatkan khidmat nasihat agensi.

Selain menjadi pusat sehenti perkhidmatan awam, program ini turut memberi tumpuan kepada usaha meringankan kos sara hidup rakyat serta memperkasakan golongan belia melalui pendedahan kerjaya, TVET, dan teknologi masa hadapan.

Tarikh & Lokasi

Jelajah selama dua hari bagi setiap destinasi ini melibatkan lima lokasi utama merangkumi Semenanjung Malaysia dan Sabah:

TarikhNegeri / Lokasi
28 – 29 November 2026Kompleks Belia & Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang
28 – 29 November 2026Kompleks Belia & Sukan Balik (KOMBES), Negeri Sembilan
5 – 6 Disember 2026Dataran Merdeka, Seri Manjung, Perak
5 – 6 Disember 2026Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
12 – 13 Disember 2026Dewan Masyarakat Papar, Sabah

Apa yang Disediakan di Program Ini?

Program Yakin MADANI tampil dengan kelainan dengan menyasarkan 100,000 pengunjung di setiap lokasi serta memberi tumpuan khas kepada golongan muda dan Gen Z!

Dalam wawancara bersama Kool FM, Encik Mohd Zammidi bin Mohd Asri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Program Strategik PACU, berkongsi apa yang boleh dinantikan pengunjung semasa program ini.

Antaranya ialah:

  1. Semakan dan pendaftaran bantuan Kerajaan
  2. Pemeriksaan kesihatan percuma
  3. Jualan Rahmah
  4. Mini karnival kerjaya
  5. Slot interaktif TVET
  6. Fun run, obstacle run, pound fitness, pertandingan esports dan banyak lagi!

PYM membuka tirai di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pada 28 dan 29 November 2026, sebelum diteruskan ke Perak, Kuala Lumpur dan Sabah.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Yakin Madani

Untuk makumat lebih lanjut mengenai program Yakin Madani, anda boleh merujuk platform rasmi berikut:

Adakah kemasukan ke Program Yakin MADANI dikenakan bayaran?

Tidak. Kemasukan ke tapak program adalah percuma untuk semua lapisan masyarakat. Kebanyakan perkhidmatan seperti saringan kesihatan, gunting rambut, dan penukaran barangan terpilih juga ditawarkan secara percuma.

Di manakah lokasi penuh jelajah Program Yakin MADANI 2026?

Program ini berlangsung selama dua hari di lima lokasi berikut:
– 28 – 29 November 2026: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES), Negeri Sembilan & Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang.
– 5 – 6 Disember 2026: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur (Peringkat Kebangsaan) & Dewan Merdeka, Seri Manjung, Perak.
– 12 – 13 Disember 2026: Dewan Masyarakat Papar, Sabah.

Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh pengunjung?

Pengunjung disarankan membawa MyKad asal sebagai rujukan utama bagi urusan semakan Wang Tak Dituntut (WTD), bantuan kebajikan, dan urusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bagi pencari kerja yang ingin menyertai Mini Karnival Kerjaya, bawa bersama salinan resume, kad pengenalan, dan sijil akademik berkaitan.

Siapakah penganjur utama Program Yakin MADANI?

Program ini diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pelbagai kementerian, jabatan persekutuan, serta kerajaan negeri.

Penulis