Kaki Bengkak : Punca, Simptom dan Tips Mencegah

Adakah anda atau ahli keluarga sedang alami kaki bengkak? Bengkak pada kaki atau edema mungkin dilihat sebagai perkara normal terutamanya bagi warga emas dan ibu hamil.

Dalam kebanyakan masa, ia boleh diatasi dengan beberapa langkah pencegahan. Namun, ia boleh menjadi petanda kepada pelbagai masalah kesihatan serius.

Baca juga:

kaki bengkak

Punca kaki bengkak

Edema atau bengkak pada kaki berlaku apabila pembuluh darah tidak dapat berfungsi dengan baik. Kesannya, cecair dalam badan akan terkumpul di tisu berdekatan.

Antara punca bagi bengkak kaki adalah :

  • Berdiri atau duduk dalam satu posisi pada masa yang lama
  • Sistem limfa tersumbat (lymphedema)
  • Darah beku yang terkumpul di bahagian kaki (thrombophlebitis)
  • Makan terlalu banyak makanan bergaram
  • Mengandung
  • Wanita sedang dalam fasa pra-haid.
  • Penyakit jantung atau buah pinggang
kaki bengkak

 Selain itu, masalah edema juga boleh berlaku akibat pengambilan ubat-ubatan seperti :

  • Ubat darah tinggi
  • Kerosakan hati
  • Ubat NSAID
  • Ubat steroid
  • Estrogen
  • Ubat-ubatan kencing manis tertentu seperti thiazolidinediones
  • Ubat untuk merawat penyakit saraf.

Simptom Edema

Pesakit edema boleh menunjukkan beberapa gejala seperti berikut :

  • Bengkak di bahagian bawah kulit, terutamanya di kaki atau lengan.
  • Kaki meregang atau kelihatan berkilat
  • Kaki berlekuk (pitting) apabila ditekan sedikit dengan jari selama beberapa saat
  • Kaki terasa berat
kaki bengkak

Jenis bengkak pada kaki

Bergantung kepada masalah kesihatan, bengkak yang dialami adalah berbeza mengikut individu.

  • Bengkak Pada Sebelah Kaki Sahaja : Masalah ini mungkin berlaku akibat salur darah bermasalah seperti deep vein thrombosis atau venous insufficiency.
  • Bengkak Pada Kedua-dua Belah Kaki : Mungkin berlaku akibat punca setempat atau penyakit sistemik seperti penyakit buah pinggang atau kegagalan jantung.
  • Bengkak Pada Kaki dan Keseluruhan Badan : Berlaku akibat penyakit sistemik
  • Kaki Sakit Apabila Disentuh : Biasanya akibat cellulitis atau deep vein thrombosis
  • Bengkak Berlekuk Apabila Ditekan : Berlaku akibat deep vein thrombosis dan venous insufficiency.

Rawatan

Kaedah rawatan adalah bergantung kepada punca bengkak yang dialami. Sebagai contoh :

  • Acute deep vein thrombosis perlulah dirawat dengan low-molecular weight heparin
  • Venous insufficiency pula perlu dirawat dengan meninggikan kaki dan menggunakan sarung kaki panjang (compression socks). Tujuannya adalah untuk membantu mengurangkan bengkak serta mengekalkan bentuk kaki asal.
  • Lyphedema pula memerlukan rawatan yang tidak spesifik termasuk senaman, meninggikan kaki, penggunaan compressive socks dan manual pengaliran limfa.
kaki bengkak

Tips pencegahan

Anda boleh ikuti beberapa tips ini untuk mengurangkan masalah edema pada kaki :

  • Letakkan bantal di bawah kaki ketika berbaring. Ini akan mengurangkan bengkak akibat pengumpulan cecair.
  • Sekiranya anda perlu berdiri atau duduk dalam tempoh yang lama, luangkan masa untuk lakukan regangan dan bergrak di sekeliling.
  • Amalkan pemakanan seimbang dan elakkan makanan bergaram.
  • Jangan memberhentikan ubat-ubatan yang diberikan doktor walaupun ubat tersebut menyebabkan kaki menjadi bengkak. Sebaliknya, anda boleh berunding dengan doktor untuk dapatkan solusi terbaik.

Bila perlu berjumpa doktor

Anda perlulah berjumpa dengan doktor sekiranya rasa sakit pada bahagian yang bengkak semakin teruk.

Ini bagi mengelakkan komplikasi kesihatan yang boleh terjadi seperti kesukaran untuk berjalan, jangkitan, kegatalan kulit dan ulser kulit.

Selain itu, anda juga perlu dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya :

  • Mengalami sesak nafas
  • Degupan jantung tidak teratur
  • Sakit dada

Ini boleh menjadi gejala kepada pengumpulan cecair pada paru-paru atau pulmonary edema.

Sumber:

  1. Kaki Bengkak atau Edema di Kalangan Warga Emas. Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Edema – Symptoms and causes. Mayoclinic
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!