ePerolehan SSO Login: Daftar Akaun, Mohon Tender Kerajaan & Sijil MOF

Sistem ePerolehan membolehkan agensi Kerajaan membuat perolehan bekalan/ perkhidmatan secara atas talian sepenuhnya (end-to-end) dengan pembekal.

Terdapat beratus tender dan sebutharga yang diiklankan setiap hari dan lebih RM20 billion belanjawan kerajaan 2021 yang dibelanjakan melalui bekalan dan perkhidmatan menggunakan sistem ePerolehan menerusi sebutharga dan tender.

Sebutharga/Tender seperti

  • Pembersihan Kawasan dan Bangunan
  • Kantin & Katering di Sekolah dan Agensi-agensi Kerajaan di seluruh Malaysia
  • Membekal alatulis dan peralatan pejabat
  • Membekal peralatan kelengkapan hospital

Dan banyak lagi yang boleh direbut melalui peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan!

Ringkasnya, ia adalah sebuah sistem bagi pengusaha yang ingin memohon tender kerajaan, di mana mereka perlu mendaftar dan mendapatkan tawaran tender melalui ePerolehan.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang sistem ini serta langkah demi langkah cara untuk mendaftar, login dan membuat permohonan tender kerajaan.

eperolehan login

Apakah ePerolehan?

ePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet.

ePerolehan bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Aplikasi kerajaan elektronik disasarkan mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep “paperless” atau bebas kertas diaplikasikan sepenuhnya.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Perkhidmatan yang ditawarkan di dalam Sistem ePerolehan adalah meliputi:

  • Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
  • Menghantar permohonan
  • Menerima Permohonan
  • Menyemak status permohonan
  • Menyerahkan tawaran tender
  • Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
  • Katalog Elektronik (eCat)

Faedah / Kelebihan Mendaftar e-Perolehan

Kenapa perlu mendaftar sistem ini?

Sebagai pembekal, antara kelebihannya adalah seperti berikut:

  • Proses secara atas talian sepenuhnya yang lebih pantas dan lancar
  • Menawarkan ciri-ciri layan diri. Contohnya, pendaftaran secara atas talian untuk lawatan tapak dan taklimat, laporan pembekal serta arahan pemberhentian untuk penghantaran dan sebagainya
  • Memudahkan hubungan antara Pembekal dengan Kerajaan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
  • Peluang untuk mempelajari konsep ePerniagaan secara lebih mudah dengan menggunakan Sistem ePerolehan sebagai platform perniagaan.
  • Transaksi dan pengiklanan produk dan perkhidmatan menjadi lebih murah dan pantas, lantas menggalakkan peningkatan di dalam kuantiti pembelian.
  • Sistem ePerolehan yang efisien dan konsisten memudahkan pembekal untuk merancang proses perolehan dengan lebih berkesan serta proses yang diotomasikan memberi pulangan kos operasi yang lebih rendah serta masa pusingan urus niaga lebih pantas.

Cara Daftar ePerolehan

Untuk mendaftar, anda boleh mengisi borang secara online sahaja.

Terdapat 3 jenis akaun yang boleh dipilih untuk pendaftaran iaitu:

1. AKAUN ASAS

  • Bagi pembekal bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.
  • Hanya Warganegara Malaysia dengan I/C (MyKad) dibenarkan untuk mendaftar Akaun Asas

2. AKAUN MOF

  • Bagi pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000.
  • Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:
    1. Kontraktor:
      • bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau
      • bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)
    2. Perunding – bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.

3. AKAUN G2G

  • Bagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan kaedah pembelian terus tanpa had nilai di sistem ePerolehan.
  • Agensi Kerajaan bermaksud Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sila ke pautan berikut untuk mendaftar dan login ePerolehan secara atas talian:

https://www.eperolehan.gov.my/online-registration

RUJUK MANUAL PENGGUNA :

Sijil Digital MoF

Sijil digital MOF adalah antara elemen utama di dalam permohonan transaksi perniagaan dengan kerajaan Malaysia.

Apabila anda ingin menjalankan perniagaan dengan kerajaan ,anda perlu daftar dengan kementerian kewangan (MOF).

Status pengesahan pendaftaran akan diberikan melalui Sijil digital MOF ePerolehan.

Tanpa Sijil digital MOF ePerolehan anda tidak boleh memasuki tender kerajaan.

Sijil digital MOF ePerolehan adalah salah satu bentuk pengenalan identiti pembekal.

Bagi setiap rakyat Malaysia, mereka dikenal pasti melalui kad pengenalan.

Kerajaan Malaysia melalui sistem pengurusan pembekal ePerolehan mengenal pasti pembekal melalui Sijil digital MOF ePerolehan.

Setiap Sijil digital MOF ePerolehan akan mempunyai identifikasi unik bagi memudahkan Kerajaan Malaysia mengenal pasti setiap pembekal.

Ianya ibarat nama tetapi menggunakan identifakasi unik nombor.

Sijil digital MOF ePerolehan digunakan untuk mengenalases masuk ke laman web pengurusan pembekal iaitu ePerolehan.

Tanpa Sijil digital MOF ePerolehan anda tidak boleh meneruskan urusan anda didalam web ePerolehan.Sijil digital MOF ePerolehan merupakan satu bentuk identifikasi pembekal.

Kerajaan Malaysia mengenal pasti setiap pembekal melalui nombor unik Sijil digital MOF ePerolehan.

SIAPA YANG PERLU MENDAFTAR SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF)?

Pembekal perlu mendaftar sama ada Pendaftaran Akaun Asas ATAU Pendaftaran Kementerian Kewangan.

Sekurang-kurangnya satu Sijil Digital perlu dimiliki oleh setiap syarikat untuk berurus niaga secara kontrak kementerian, kontrak pusat, pembelian terus, sebutharga ataupun tender.

Pengguna Sijil Digital mestilah terdiri daripada pengguna yang dikunci masuk di dalam Sistem ePerolehan semasa Pendaftaran Akaun Asas ATAU Pendaftaran Kementerian Kewangan.

CARA PERMOHONAN SIJIL DIGITAL MOF

Semua permohonan sijil digital melalui atas talian di laman portal >>> www.eperolehan.gov.my.

Pentadbir Pembekal bertanggungjawab untuk memohon bagi pengguna baharu dalam syarikat.

Pemohon perlu mempunyai satu (1) akaun emel yang sah dan masih aktif bagi tujuan pengesahan permohonan dan pengaktifan Sijil Digital.

Dokumen sokongan perlu dihantar bagi tujuan pengesahan permohonan, ia boleh diimbas (scan) dan dimuat naik semasa melakukan proses permohonan ATAU boleh menghantar dokumen sokongan ke ePerolehan Centre yang berhampiran.

Pemprosesan permohonan hanya berlaku selepas penerimaan dokumen sokongan yang lengkap.

HARGA PENDAFTARAN SIJIL MOF

Bagi pendaftaran kali pertama, Sijil digital MOF ePerolehan adalah percuma dalam tempoh 3 tahun pertama.

Bagi pembaharuan Sijil digital MOF ePerolehan berikutnya, fi yang dikenakan adalah RM 120.

TEMPOH SAH SIJIL DIGITAL MOF

Tempoh sah Sijil digital MOF ePerolehan MOF adalah selama 3 tahun. Anda perlu memperbaharui Sijil digital MOF ePerolehan sebelum tamat tempoh.

Kegagalan untuk memperbaharui Sijil digital MOF ePerolehan akan menyebabkan pendaftaran anda sebelum ini terbatal.

eperolehan login sijil mof
Contoh Sijil MOF

Baca juga: Login SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2021

Video Tutorial Cara Daftar Sistem ePerolehan

  • Pendaftaran Akaun MoF (Bidang Biasa) Bahagian 1

  • Pendataran Akaun MoF Bahagian 2
    • Video Tutorial ePerolehan Bahagian 3
      • Cara Paparan Sijil Maya
      • Cara Mencipta Katalog
      • Permohonan Sijil Maya

    Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen

    Maklumat Lanjut

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini tentang sistem ini, sila rujuk saluran berikut:

    Bantu kami share artikel ini:

    eCentral Newsletter

    Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!