Pengeluaran KWSP 2024 : Cara Mohon Pengeluaran Akaun 1 & 2

Mungkin ramai yang ingat pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat untuk beli rumah atau setelah mencecah usia 60 tahun.

Sebenarnya, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

Terdapat 17 jenis pengeluaran sebahagian yang boleh dibuat sebelum pengeluaran penuh pada 55 tahun bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa.

Berikut adalah jenis pengeluaran Akaun 1 dan Akaun 2 yang dibenarkan.

17 Jenis Pengeluaran KWSP

Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan PENGELUARAN PENUH atau PENGELUARAN SEBAHAGIAN daripada simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

2 kategori pengeluaran yang dibenarkan adalah:

  1. Pengeluaran Sebahagian
    • Umur 50
    • Pendidikan
    • Beli Rumah
    • Bina Rumah
    • Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
    • Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
    • Perumahan Fleksibel
    • Perumahan PR1MA
    • Haji
    • Kesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta
  2. Pengeluaran Penuh
    • Umur 55
    • Umur 60
    • Pekerja Berpencen & Pesara Pilihan
    • Hilang Upaya
    • Meninggalkan Negara
    • Kematian

1. Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP

Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

Syarat-syarat:

  1. Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun
  2. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  3. Boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2

2. Pengeluaran Pendidikan

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Ahli boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah Pengeluaran Pendidikan untuk membiayai yuran pengajian sekiranya mengikuti pengajian peringkat Sijil Tahap 3, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di pautan ini https://www.kwsp.gov.my/…/withdrawals/partial/education

Pengeluaran kwsp pendidikan

3. Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah

Untuk makluman Ahli boleh memohon Pengeluaran Membina Rumah sekiranya tidak pernah membuat Pengeluaran Membeli/Membina Rumah dan ingin membina sebuah rumah kediaman/rumah kampung.

Permohonan boleh dipertimbangkan sekiranya pembinaan rumah di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri di mana suratan hakmilik tanah (geran tanah) yang dikemukakan perlu mencatatkan nama ahli atau pasangan sebagai pemilik tanah selain memenuhi terma dan syarat pengeluaran yang ditetapkan.

Untuk makluman, geran kongsi juga boleh diterima bagi tujuan pengeluaran Membina Rumah. Geran bagi lot tanah tersebut perlu dikemukakan untuk memastikan pemilik berdaftar dan bahagian tanah tuan untuk tujuan pembinaan rumah.

Klik pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/…/withdra…/partial/build-a-house untuk syarat dan dokumen pengeluaran.

Pengeluaran kwsp
Pengeluaran kwsp

4. Bina Rumah

Syarat-syarat

  1. Umur bawah 55
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  3. Ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut
  4. Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri
  5. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan
  6. Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima

5. Mengurangkan Atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

Syarat-syarat:

  1. Umur bawah 55 tahun
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  3. Telah membeli/membina rumah kediaman*
  4. Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut
  5. Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran
  6. Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan
  7. Permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya
  8. Pinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan

6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.

Anda boleh membuat pengeluaran KWSP dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

Syarat-syarat:

  1. Umur bawah 55 tahun
  2. Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2
  3. Membeli/membina sebuah rumah kediaman
  4. Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP
  5. Ansuran bulanan telah bermula
Pengeluaran kwsp

7. Perumahan Fleksibel

Anda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan.

Apakah Perumahan Fleksibel?

Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.

Semasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian dari pendapatan.

Kelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman

Syarat-syarat:

  1. Umur bawah 54 tahun
  2. Membeli/Membina rumah kediaman
  3. Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP

8. Perumahan PR1MA

Ahli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda.

9. Pengeluaran KWSP Untuk Haji

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Syarat-syarat:

  1. Umur bawah 55 tahun
  2. Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH
  3. Tidak pernah memohon pengeluaran haji
  4. Simpanan di LTH tidak mencukupi
Pengeluaran kwsp

10. Kesihatan

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan untuk:

  • Diri sendiri
  • Ibubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)
  • Pasangan anda
  • Adik-beradik anda (kandung)
  • Anak-anak (kandung, angkat, tiri)

Syarat-syarat:

  1. Berumur 55 tahun ke bawah
  2. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  3. Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  4. Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP
  5. Tidak mendapat rawatan alternatif
Pengeluaran kwsp

TERKINI :

Melalui Bajet 2020 tempoh hari, KWSP juga dijangka akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF).

11. Simpanan Melebihi 1 Juta

KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.

12. Hilang Upaya

Ahli boleh mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya disahkan oleh doktor yang merawat puan dan/atau pegawai perubatan di Lembaga Perubatan / Klinik Panel yang dilantik oleh KWSP bahawa puan tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability) setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI).

Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan di Pejabat KWSP berdekatan dan akan diproses untuk kelulusan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh diterima jika memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.

Untuk semakan syarat dan dokumen pengeluaran, klik https://www.kwsp.gov.my/…/withdrawals/full/incapacitation

Syarat-syarat:

  1. Bawah umur 55 tahun
  2. Ada simpanan di dalam KWSP
  3. Tidak Bekerja
  4. Disahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental
  5. Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.
  6. Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter

13. Meninggalkan Negara

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

14. Meninggal Dunia

Sekiranya anda meninggal dunia, pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Oleh itu, pastikan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

15. Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan

Pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.

Syarat-syarat:

  1. Umur bawah 55 tahun
  2. Pekerja dalam sektor awam / Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP
  3. Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

*Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

16. Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun

Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.

Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

17. Pengeluaran KWSP Umur 60 Tahun

Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun.

Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran.

Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.

TERKINI : FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)

Lanjutan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan ahli membolehkan pengeluaran bersyarat KWSP ahli yang berusia bawah 55 tahun.

Menerusi perkhidmatan ini, satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Baca selanjutnya di sini: Pengeluaran Bersyarat KWSP 2023 @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Cara Memohon

Pengeluaran KWSP boleh dimohon secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter, kios atau melalui i-Akaun KWSP.

Anda juga boleh memohon pengeluaran secara online melalui i-Akaun KWSP.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP di pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!