SPA9 – Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2023

Siapa yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor awam, WAJIB kena daftar profil anda melalui SPA9 ini untuk memohon kerja kosong kerajaan.

Untuk makluman, SPA9 telah mula beroperasi pada 28 September 2020.

Anda juga digalakkan untuk mengemaskini maklumat peribadi atau memohon jawatan lain yang bersesuaian dari semasa ke semasa berdasarkan kekosongan yang diiiklankan.

Terkini, Menteri KKM memaklumkan bahawa terdapat 4,914 kekosongan jawatan tetap KKM akan ditawarkan, di mana permohonan akan dibuka mulai hari ini (6 Januari 2023) hingga 21 Januari 2023.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu terdiri daripada 4,263 jawatan pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).

Menurutnya, iklan kekosongan jawatan itu dibuka mulai hari ini sehingga 21 Januari.

“Saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap,” katanya dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, di sini pada Jumaat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang laman web SPA untuk makluman bersama, khususnya mereka yang sedang mencari kekosongan jawatan dalam sektor awam.

4,914 JAWATAN KOSONG TERKINI KKM (Tarikh tutup 21 Januari 2023)

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

======================================

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

IJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

JAWATAN : PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43

KEKOSONGAN : 4,263

Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-perubatan-gred-ud41

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

https://spa9.spa.gov.my/login

———————————–

JAWATAN : PEGAWAI FARMASI GRED UF41

KEKOSONGAN : 316

Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-farmasi-gred-uf41

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

https://spa9.spa.gov.my/login

———————————–

JAWATAN : PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41

KEKOSONGAN : 335

Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-pergigian-gred-ug41

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

https://spa9.spa.gov.my/login

Apakah SPA9?

Sistem ini dibangunkan bagi mengoptimumkan penggunaan MyKad bagi mendapatkan pelbagai data calon termasuk maklumat akademik dan maklumat peribadi seterusnya membantu calon memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan pemohon.

Antara integrasi data dalam sistem SPA9 termasuklah:

  • Status pemegang kad OKU
  • Status penerima bantuan eKasih
  • Status kewarganegaraan
  • Status pemilikan lesen memandu
  • Lantikan SPA
  • Maklumat kelulusan pengajian tinggi
  • Maklumat kelulusan TVET
  • Maklumat kelulusan STPM
  • Maklumat kelulusan Lembaga Peperiksaan Malaysia
  • Maklumat kelulusan sijil Matrikulasi KPM

Berikut antara perbezaan ketara dan penambahbaikan yang telah dibuat pada sistem SPA9 baru berbanding SPA8i sebelum ini.

SPA9SPA8i
Maklumat AkademikAutomatikManual
Maklumat PeribadiAutomatikManual
Status KelayakanSesuai Dengan CalonMohon Jawatan Sesuka Hati

Info lanjut sila rujuk infografik ini.

Login SPA9

Sistem terbaru SPA ini boleh diakses melalui link spa9.spa.gov.my

Penutupan SPA8i bagi melancarkan proses menaik taraf ke sistem SPA9 yang baru.

Sekiranya anda masih mencari peluang kerja kosong dalam perkhidmatan awam, adalah digalakkan untuk mendaftar ke dalam sistem tersebut.

Sekiranya layak, anda akan dipanggil menduduki peperiksaan online kemudian temuduga sebelum disahkan ke dalam jawatan.

Pendaftaran pekerjaan melalui SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan Di Portal SPA 9

Seperti sistem sebelum ini, pemohon hanya dibenarkan untuk memohon 15 jawatan sahaja.

Tempoh sah laku setiap permohonan adalah selama satu tahun.

Setiap pendaftaran pekerjaan tertakluk kepada dasar “one step lower” iaitu:

  • Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  • Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.

Sekiranya tidak memenuhi syarat / kriteria yang dinyatakan, SPA berhak untuk membatalkan permohonan anda.

Anda juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang digunakan betul dah senang untuk dihubungi terutama ketika penggilan peperiksaan / temuduga dan sebagainya.

Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

Sila ikuti media sosial SPA untuk mendapatkan info kekosongan jawatan dalam sektor awam:

Pendaftaran & Login SPA9 Kali Pertama

login spa9

CARA DAFTAR SPA 9

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari pautan https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Skrin Daftar Akaun Baru akan dipaparkan seperti di atas
  3. Isi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda *
    diiisi.
  4. Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Sila pastikan calon untuk
    mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan
    penetapan semula kata laluan(reset).
  5. Masukkan kata laluan dan kod keselamatan.
  6. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum
    menghantar pendaftaran tersebut.
  7. Klik “Daftar”.
    • Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja
    • Untuk mendaftar, Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran

CARA LOGIN SPA9 UNTUK KALI PERTAMA

Setelah anda berjaya mendaftar, sila log masuk kali pertama dengan mengikut langkah ini:

Skrin Log Masuk akan dipaparkan seperti di atas:

  1. Layari laman web https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon
  3. Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang
    dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.
  4. Klik “Log Masuk”.
    • Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”.
    • Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata
      Laluan”.

*Rujuk manual penuh di bawah:

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah sepanjang urusan menaik taraf, sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000

atau

adukan pertanyaan melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan  https://aduan.spa.gov.my

atau

Rujuk Soalan Lazim (FAQ) di bawah:

Saya lupa kata laluan saya, bagaimanakah untuk login?


1. Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata
Laluan”.
2. Skrin Tukar Kata Laluan akan dipaparkan.
3. Masukkan Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan Baru.
4. Pastikan semua medan bertanda * diiisi.
5. Klik “Hantar”.

Bagaimanakah untuk saya mendaftar akaun SPA9?

Klik pada ‘Pendaftaran Pengguna’ untuk mendaftarkan akaun baharu SPA9.

Pastikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh dimasukkan sama seperti di dalam Kad Pengenalan, termasuk butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L.

Saya tidak pernah mengambil subjek Nahu dan Sarf di
peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kenapakah
subjek ini keluar pada maklumat akademik SPM saya dalam
SPA9?

Keputusan SPM mulai tahun 2000 dalam SPA9 dijana secara automatik melalui integrasi data dengan pangkalan data di
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekiranya terdapat perbezaan subjek/ gred yang dipaparkan dalam SPA9 dengan keputusan SPM yang sebenar, pemohon
adalah disarankan untuk mengemukakan permasalahan berserta salinan SPM ke alamat berikut: [email protected].

Saya telah memohon sebanyak 15 jawatan dalam SPA8i.
Kenapakah jumlah jawatan yang saya mohon berubah menjadi 10 sahaja?

Perubahan kepada 10 jawatan berlaku kerana padanan pekerjaan (Job Matching) berdasarkan kelayakan yang telah diproses dalam SPA9 secara automatik.

Kenapakah pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor
Falsafah tidak boleh memohon jawatan di peringkat SPM?

Kerana tidak memenuhi ketetapan One Step Lower.

Jawatan SPM hanya boleh dimohon jika pemohon mempunyai SPM atau Diploma sahaja.

Saya merupakan calon simpanan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19.
Adakah status calon simpanan saya akan terbatal sekiranya saya mengemas kini permohonan saya dalam SPA9?

Tidak.
Status permohonan pemohon yang masih berada dalam tempoh sah calon simpanan tidak terjejas.

Saya mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda
dan Ijazah Sarjana. Kenapakah hanya keputusan Ijazah Sarjana sahaja dipaparkan dalam SPA9?

Keputusan pengajian tinggi yang dipaparkan secara automatik dalam SPA9 adalah mulai tahun 2014 dan seterusnya.
Sekiranya tidak dipaparkan, pemohon perlu klik ‘Tambah Keputusan’ untuk menambah kelayakan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!