Advertisements

eBanker Pro Bank Islam : Cara Login, Daftar & Pemindahan Wang

Advertisements

Bank Islam (BIMB) telah memperkenalkan eBanker Pro untuk memudahkan pengurusan tunai dengan lebih pantas dan efisyen.

Berikut dikongsikan ciri-ciri yang ditawarkan, cara mendaftar / login dan langkah penggunaan perkhidmatan ini.

Apakah eBanker Pro Bank Islam?

eBanker Pro ialah penyelesaian berasaskan internet yang inovatif dan komprehensif dengan ciri yang dipertingkatkan yang membolehkan anda melaksanakan transaksi kewangan dan mendapatkan maklumat akaun dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Ia adalah cara yang mudah dan selamat untuk menguruskan transaksi perbankan harian anda.

Ciri Yang Ditawarkan

i) Akses Tanpa Had 24/7

Memberi anda perkhidmatan dalam talian yang mudah dengan perbankan masa nyata dan kebolehaksesan akaun. Dengan eBanker Pro, anda tidak akan terlepas dan proses penyelarasan hanya dengan satu klik sahaja.

ii) Aplikasi Mudah Alih Yang Selamat

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Benarkan transaksi eBanker Pro anda dengan aplikasi mudah alih Entrust Soft Token, dilengkapi dengan pengesahan dua faktor, keselamatan lapisan tambahan. Lakukan transaksi perniagaan dengan ketenangan fikiran, di mana sahaja anda berada.

iii) Pembayaran DuitNow dan JomPAY Secara Pukal

Lakukan berbilang pembayaran bil melalui JomPAY secara pukal dan pembayaran masa nyata melalui DuitNow pukal serentak dalam eBanker Pro. Jimat masa dan tanpa kerumitan.

iv) Melihat Berbilang Akaun Perniagaan Dengan Akses Tunggal

Lihat dan uruskan berbilang baki dan aktiviti akaun perniagaan dengan lebih cekap dengan satu log masuk ke eBanker Pro

Kelayakan

eBanker Pro diperluaskan kepada pelanggan Perniagaan sahaja (Syarikat / PKS / Perkongsian / Profesional / Persatuan / Kelab / Pertubuhan / Masjid / Surau dan Badan Kerajaan) yang membuka akaun korporat dengan Bank Islam Malaysia Berhad.

Caj & Yuran

Berikut dilampirkan caj dan yuran dikenakan bagi transaksi eBanker Pro.

Waktu Operasi & Tempoh Pengkreditan

Untuk mengetahui cut-off time dan tempoh pengkreditan bagi pemindahan atau transaksi yang dilakukan, sila rujuk lampiran di bawah:

Cara Daftar eBanker Bank Islam

Langkah 1: Sila klik link dibawah untuk pendaftaran secara online

https://vao.bankislam.com.my/ebanker/index.aspx

Langkah 2: Lengkapkan borang secara atas talian, cetak dan hantar ke cawangan Bank Islam yang berdekatan berserta tandatangan yang sah di dalam borang tersebut.

Langkah 3: Anda akan menerima email & sms (kecuali pengguna Data Entry bagi eMasjid / eBanker Lite) untuk pengaktifan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan Bank Islam di talian 03-2782 1315/1314/1318/1335

Cara Login Kali Pertama

Berikut dikongsikan cara untuk login kali pertama bagi pengguna eBanker Pro:

ebanker pro bank islam bimb
ebanker pro bank islam bimb
ebanker pro

A) CARA LOGIN KALI PERTAMA
Rujuk manual di sini.

B) CARA RESET AKAUN (STATUS = AKTIF)
Rujuk manual di sini.

C) CARA RESET AKAUN (STATUS = BLOCKED)
Rujuk manual di sini.

D) CARA MELAKUKAN BERBILANG TRANSAKSI UNTUK URUSAN PENGGAJIAN
Rujuk manual di sini.

Pakej

Berikut dikongsikan kategori eBanker yang ditawarkan oleh Bank Islam (BIMB).

  • Account Management
    • Account Inquiry
    • Transaction History
    • Trade Finance
  • Trade Finance Inquiry
  • Treasury Services
  • View FX rate
  • Corporate Payment Services Fund Transfer
  • DuitNow (Single and Bulk)
  • Pay to Other Banks
  • Pay to BIMB Accounts
  • Remittance
  • RENTAS
  • Foreign Telegraphic Transfer
  • Bill Presentment
  • MyGST Payment
  • Bill Payment Fund Transfer
  • Direct Bill
  • JomPAY (Single and Bulk)
  • Financing Repayment
  • Bulk Payment
  • Payroll
  • Statutory Payment
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • SOCSO
  • Lembaga Tabung Haji (TH)
  • Zakat
  • Direct Debit
  • Salary Plus
PACKAGEAVAILABLE ROLES
INQUIRYCorporate System Administrator
Corporate System Authoriser
MONETARYCorporate System Administrator
Corporate System Authoriser
eLITE (INQUIRY)Observer
eLITE (MONETARY)Maker
Authoriser
eMASJID (INQUIRY)Observer
eMASJID (MONETARY)Maker
Authoriser

Baca juga:

Maklumat Lanjut / Helpline Talian Telefon eBanker Pro

Untuk sebarang maklumat berkaitan, sila hubungi Nombor telefon Pengurus Penyelesaian eBanker Pro BIMB di talian berikut:

ebanker pro

Bank Islam Contact Centre
Via phone at +603-26 900 900
Via email: [email protected]

Customer Helpdesk
Via phone: +603 2782 1314/1315
Via email: [email protected]

Untuk info lanjut klik https://www.bankislam.com/busines…/cash-management-system/

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment