Cara Tukar Transfer Limit Bank Islam

Sebagai langkah keselamatan akaun pelanggan, pihak Bank Islam telah menetapkan transfer limit bagi setiap akaun pelanggannya.

Ini bagi mengelakkan amaun atau jumlah wang yang terlalu besar dipindah ke akaun lain dalam situasi pemilik akaun digodam oleh penjenayah.

Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, pelanggan Bank Islam dan pemilik akaun boleh memilih untuk menukar atau menambah jumlah transfer limit Bank Islam sekiranya mereka perlu memindahkan jumlah wang yang lebih besar kepada penerima lain – contohnya untuk pembelian televisyen, basikal, bayaran hutang dan lain-lain.

Menariknya, proses menukar had transaksi pemindahan wang untuk pelanggan Bank Islam sangat mudah kerana pelanggan tidak perlu kaunter sebaliknya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja.

Had transaksi

Secara detault, pihak Bank Islam telah menetapkan had transaksi harian bagi pelbagai jenis transaksi seperti yang berikut:

  1. Intrabank Funds Transfer (IFT) – RM50,000 had gabungan*
  2. Interbank GIRO (IBG) – RM50,000 had g
  3. DuitNow – RM50,000 had g
  4. Transfer Within Own Accounts (Pemindahan Dalam Akaun Sendiri) – Had gabungan RM1,000,000 untuk pemindahan dengan dari akaun Bank Islam ke akaun Bank Islam sendiri, akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji sendiri, SSPN-i untu akaun SSPN-i sendiri

Jumlah ini mungkin berubah dari semasa ke semasa dan anda boleh merujuk ke halaman Internet Banking Bank Islam untuk sebarang perubahan terkini transfer limit Bank islam.

Cara untuk tukar had transaksi

transfer limit bank islam

Untuk keselamatan pelanggan Bank Islam, anda boleh menukar transfer limit Bank Islam ini bergantung pada jenis transaksi.

Untuk menukar had transaksi ini, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun perbankan internet Bank Islam anda di portal https://www.bankislam.biz/
  2. Pada halaman dashboard akaun anda, klik pada Settings pada bahagian menu.
  3. Klik pada Transaction Limit Maintenance.
  4. Masukkan jumlah had limit baru anda untuk pelbagai transaksi seperti yang berikut:
    • Own Account Transfer
    • Third Party Transfer
    • Bills Payment
    • Prepaid Reload
    • FPX
  5. Untuk pengesahan, anda diminta untuk memasukkan i-Access Code anda
  6. Setelah kod tersebut dihantar ke telefon pintar anda, klik Confirm untuk pengesahan
  7. Sekiranya pengesahan berjaya, anda akan dipaparkan satu halaman khas yang menyatakan perubahan yang dilakukan telah berjaya dilakukan

Tidak semua jenis transaksi di atas perlu ditetapkan had limit.

Kemudahan untuk mengubah had pemindahan dalam talian ini sememangnya menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu ke bank untuk membuat perubahan-perubahan had transaksi ini.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi cawangan Bank Islam terdekat, atau mendail talian hotline perkhidmatan pelanggan di +60326900900.

Adakah anda pengguna CIMB Bank? Rujuk Cara Tukar Transfer Limit CIMB Bank.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!