Cara Cetak Penyata Akaun Bank Islam Online Tanpa Ke Kaunter

Bagi pelanggan Bank Islam, sebenarnya anda tidak perlu ke kaunter untuk mendapatkan penyata Bank Islam anda kerana sebenarnya anda boleh mendapatkannya secara dalam talian sahaja melalui akaun perbankan internet Bank Islam anda.

Dalam sesetengah urusan yang lebih besar dan rasmi seperti pembelian kereta, rumah dan seumpamanya anda mungkin memerlukan penyata kewangan akaun anda.

Penyata akaun ini akan menjadi dokumen penting yang dirujuk oleh pemberi hutang untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman anda.

Anda pelanggan Maybank? Cara Dapatkan Bank Statement Maybank (Penyata Kewangan)

Apa Itu Penyata Akaun ?

Penyata akaun merujuk kepada mana-mana dokumen yang menunjukkan ringkasan rasmi akaun di mana sahaja akaun itu dipegang.

Contohnya, syarikat insurans mungkin menyediakan penyata akaun yang meringkaskan nilai tunai yang telah dibayar.

Penyata akaun boleh dijana untuk hampir semua jenis akaun termasuk akaun pembayaran dalam talian seperti PayPal, akaun kad kredit, akaun pembrokeran dan akaun simpanan.

Untuk penyata Bank Islam, anda boleh melihat:

  1. Jumlah aliran keluar masuk duit anda
  2. Sumber duit
  3. Jenis perbelanjaan
  4. Tarikh aliran keluar masuk duit anda

Cara langgan dan aktifkan e-Statement / e-Penyata Akaun Bank Islam

Sekiranya anda baru pertama kali mahu mendapatkan penyata akaun secara online (dipanggil e-Statement), anda perlu melanggan atau mengaktifkannya terlebih dahulu.

  1. Log masuk akaun Bank Islam anda di https://www.bankislam.biz/
  2. Klik My Accounts
  3. Klik e Statement, kemudian Download
  4. Pilih Maintenance
  5. Klik pada kotak pengesahan Terma dan Syarat
  6. Klik pada butang Proceed
  7. Account/Card yang diingini
  8. Masukkan emel (penyata akaun akan dihantar ke emel ini setiap bulan)
  9. Klik pada butang Proceed
  10. Klik link Request i-Access Code
  11. Masukkan kod yang dihantar ke telefon pintar anda untuk pengesahan
  12. Klik Confirm

Cara dapatkan penyata secara online

penyata bank islam

Untuk mendapatkan penyata Bank Islam secara online, anda perlulah terlebih dahulu telah mengaktifkan akaun perbankan internet Bank Islam anda.

Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun Bank Islam anda di https://www.bankislam.biz/
  2. Klik My Accounts
  3. Klik e Statement, kemudian Download
  4. Pilih Account/Card yang diingini
  5. Pilih bulan penyata kewangan yang ingin dimuat turun
  6. Klik buka untuk melihat penyata akaun
  7. Kemudian, klik Save untuk memuat turun penyata Bank Islam anda

Untuk cetak penyata akaun tersebut, buka fail yang telah dimuat turun di komputer anda dan cetak seperti biasa.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!