eHLP KKM: Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Mulai 28 Januari 2022

Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan / Tanpa HLP Kepada Pegawai Lantikan Tetap Bukan Gunasama KKM Sesi Akademik 2022/2023.

Permohonan akan dibuka pada 28 Januari 2022.

Tawaran mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, area of special interest (AOSI), Ijazah Doktor Falsafah dan kepakaran ditawarkan KKM.

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata ia dibuka mulai 28 Januari ini kepada pegawai lantikan tetap serta kontrak.

Mereka yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan menerusi sistem e-HLP KKM.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang HLP KKM Tahun 2022 ini.

Apakah HLP KKM 2022?

Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka tawaran mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, area of special interest (AOSI), Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan kepakaran kepada pegawai lantikan tetap serta kontrak kementerian itu.

Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata tawaran yang dibuka mulai 28 Jan ini terbuka kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan guna sama KKM lantikan tetap serta pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak.

Pembukaan tawaran kali ini adalah berbeza daripada tahun lepas yang mana pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak kini turut diberikan peluang mengikuti Program Latihan Kepakaran
(PLK) di peringkat Sarjana atau Parallel Pathway.

Sebelum ini, hanya pegawai lantikan tetap sahaja diberikan peluang untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan.

Langkah itu selaras dengan keputusan kerajaan pada 14 Julai 2021 supaya KKM bersama kementerian dan agensi pusat lain merangka pelan kerjaya komprehensif dan inklusif untuk pegawai perubatan serta pergigian lantikan kontrak.

Tarikh Permohonan HLP KKM 2022

Permohonan ini dibuka mulai 28 Januari 2022.

Cara Permohonan

Katanya pegawai-pegawai yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan menerusi sistem e-HLP KKM di http://ehlp.moh.gov.my.

DOKUMEN SURAT PENAWARAN IKLAN DAN SYARAT TAWARAN

Tawaran A (Sarjana/ Kedoktoran/ Area of Special Interest) 

Tawaran B (Sarjana Perubatan) 

Tawaran C (Sub Kepakaran) 

Tawaran D (Laluan Paralel) 

Tawaran E (Sijil/ Diploma/ Ijazah) 

  • TAWARAN E: KEMUDAHAN CUTI BELAJAR KUMPULAN PELAKSANA(KEMUDAHAN CUTI BELAJAR TANPA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SECARA SEPENUH MASA SESI AKADEMIK 2021/2022 KEPADA PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (BUKAN GUNASAMA DAN KADER) LANTIKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

PENGURUSAN & PROFESSIONAL (P&P)

Maklumat Lanjut

  • Bahagian Pengurusan Latihan,
    Kementerian Kesihatan Malaysia
    Aras 6, No.26 Persiaran Perdana, Presint 3
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62675 Putrajaya
  • Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
    (Kursus Jangka Panjang / Sederhana)
  • 03-8885 0694

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!