Lupa Kata Laluan MySejahtera? Ini Cara Reset Semula Password Anda
MASALAH TAK BOLEH LOGIN MYSEJAHTERA / INVALID ID / LUPA KATA LALUAN / PASSWORD
Aplikasi MySejahtera kini adalah antara aplikasi yang paling penting bagi rakyat Malaysia.
Jenuh kalau tak boleh log in, dah masuk password betul tapi jadi invalid.
Kadangkala ada juga yang dah reinstall aplikasi ini dan tiba-tiba mengalami masalah untuk login.
Boleh buat tak senang duduk dengan jika tiba-tiba tak boleh login MySejahtera atau lupa password kan?
Jom kami kongsikan cara yang boleh anda lakukan untuk atasi masalah ini.
Peringatan Untuk Mengaktifkan Notis MySejahtera
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Aplikasi ini menjadi satu keperluan buat rakyat Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
MySejahtera juga digunakan bagi kemudahan untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu urusan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia.
Terkini, pelaporan dan pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala akan menggunakan platform MySejahtera secara keseluruhan bermula tahun 2023.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia melibatkan laporan kendiri Home Assessment Tool (HAT), notifikasi peringatan untuk menjawab HAT, notifikasi individu yang melaporkan tanda amaran serta notifikasi kepada individu yang layak mendapat rawatan ubat antiviral Paxlovid.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan semua individu terutama mereka yang disahkan positif untuk mengaktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing bagi memastikan mekanisme pemantauan kendiri ini berfungsi dengan baik.
Dr Noor Hisham berkata pemantauan pesakit COVID-19 secara maya akan diteruskan oleh pasukan petugas di CAC dan Fever Centre Klinik Kesihatan, selain CPRC di peringkat negeri akan terus bertanggungjawab memantau situasi COVID-19 di negeri masing-masing.
Beliau berkata pemberian Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Perintah Pelepasan (RO) secara digital juga diteruskan seperti biasa menerusi aplikasi MySejahtera.
Selain itu, MySejahtera juga boleh digunakan untuk membuat temujanji Klinik Kesihatan secara online!
Baca juga: Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera
Lupa Kata Laluan MySejahtera
Terlupa kata laluan / password akaun MySejahtera anda?
Jangan risau, kalau anda takut nak log keluar sebab terlupa kata laluan sekalipun, ikut saja langkah mudah ni.
- Buka aplikasi MySejahtera, klik Lupa Kata Laluan di bahagian bawah skrin
- Masukkan MySejahtera User ID dan klik I’m not a robot
- Pilih petak yang berkenaan bagi melengkapkan ciri keselamatan MySejahtera
- Selepas itu, satu pautan untuk set semula kata laluan akan dihantar melalui SMS ataupun emel.
- Klik pautan yang ada dalam SMS tersebut dan satu halaman sesawang akan dibuka.
- Masukkan kata laluan baru di ruangan New Password. Sahkan kata laluan anda di ruang Re-enter Password dan tekan butang Reset Password.
- Selesai! Anda berjaya mengemaskini kata laluan yang baru.
Kemudian cuba login semula.
Jika masih tak berjaya, anda boleh cuba langkah seterusnya di bawah.
Cara Reset Semula Password MySejahtera
Bagi yang lupa kata laluan MySejahtera, terdapat dua cara untuk reset password MySejahtera anda, iaitu melaui SMS atau Email. Berikut adalah merupakan caranya:
i) Reset Password MySejahtera (No Telefon)
Sekiranya user ID anda adalah No Telefon anda:
- Buka aplikasi MySejahtera anda
- Klik pada Forget Password
- Masukkan No Telefon anda dan klik Submit
- Anda akan terima SMS dari MySejahtera, dan klik pautan pada SMS tersebut
- Masukkan Password baru anda Pada Rungan Password
- Masukkan Sekali lagi Password anda pada ruangan re-enter Password.
- Tekan pada Reset Password.
ATAU
- Request reset password melalui link di bawah : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/…/forgotUserPassword
- PENTING: Masukkan nombor MYSJID dengan format 601xxxxxxx
- Hanya ID BERDAFTAR akan terima link reset melalui SMS.
PENTING: BUKA LINK MELALUI BROWSER/CHROME. JANGAN REQUEST RESET MELALUI APPS MYSEJAHTERA.
ii) Reset Password MySejahtera (Email)
Sekiranya user ID anda adalah email anda:
- Buka aplikasi MySejahtera anda
- Klik pada Forget Password
- Klik pada My user ID is an email
- Masukkan email anda dan klik Submit
- Anda akan terima Email dari MySejahtera, dan klik pautan pada Email tersebut
- Masukkan Password baru anda Pada Rungan Password
- Masukkan Sekali lagi Password anda pada ruangan re-enter Password.
- Tekan pada Reset Password.
ATAU
Request reset melalui link
https://mysejahtera.malaysia.gov.my/…/forgotUserPassword
iii) HelpDesk MySejahtera
Jika masih tak berjaya, request delete ID Email melalui Helpdesk di pautan berikut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
- Pilih option C – G (padam akaun) – Pilih registered ID Email
- Helpdesk tengah down sekarang, mugkin tak boleh nak request delete akaun. Boleh request manual, baca caption dekat gambar.
- Daftarkan semula akaun MYSJ melalui link
https://mysejahtera.malaysia.gov.my/register/
PENTING: BUKA LINK MELALUI BROWSER/CHROME. JANGAN DAFTAR MELALUI APPS MYSEJAHTERA.
Option yang ada untuk email, request delete akaun dan daftar semula.
Baca juga: 5 Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS
Selain cara ini, anda juga boleh menghubungi MySejahtera melalui laman sosial berikut:
- Facebook: MySejahtera
- Twitter : MySejahtera
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda masih mengalami masalah untuk login MySejahtera, cuba dapatkan bantuan HelpDesk :
- Layari pautan HelpDesk MySejahtera: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
- Klik Mula
- Klik pada pilihan Saya Tidak Boleh Log/Aksess Masuk Ke Aplikasi
- Klik pada masalah berkaitan
- Akan terpapar cara penyelesaian masalah anda
Untuk maklumat atau pertanyaan tentang lupa kata laluan MySejahtera anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi “MySejahtera Helpdesk” dalam aplikasi MySejahtera.
Baca juga: Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera