Mohon Jawatan Juruteknik Komputer FT19 (322 Kekosongan SPA)

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
SPM (KUMPULAN PELAKSANA)
JAWATAN : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 (SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK)
KEKOSONGAN : 322
SIMPANAN : 65

Tarikh tutup permohonan : 30 Januari 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Berikut diterangkan lebih lanjut tentang kekosongan jawatan juruteknik komputer tersebut.

mampu jawatan kosong juruteknik komputer

Baca juga:

Jawatan Kosong Juruteknik Komputer Gred FT19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian / Jabatan: Pelbagai Kementerian / Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang

JADUAL GAJI

Gaji Minimum : RM1,377.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
      • (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,377.00) atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,435.12) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,493.24)

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://www.spa.gov.my/…/juruteknik-komputer-gred-ft19

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SVM DAN SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SVM dan SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim

(pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

Cara Permohonan

Permohonan perlu dilakukan melalui laman web SPA di pautan https://spa9.spa.gov.my/login

Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Info lanjut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!