Cara Mengeluarkan Darah Haid Yang Tidak Keluar
Apakah cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar dengan selamat dan tidak mendatang risiko kepada kesihatan?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar yang boleh anda lakukan.
Baca juga:
Punca haid susah nak keluar
Haid yang sukar keluar atau tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Beberapa di antaranya termasuklah seperti:
1. Stres
Stres boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh, yang dapat mempengaruhi kitaran menstruasi.
2. Perubahan Berat Badan
Perubahan yang signifikan dalam berat badan, sama ada peningkatan atau penurunan, boleh mempengaruhi hormon dan menyebabkan ketidakaturan dalam menstruasi.
3. Gangguan Hormon
Gangguan pada kelenjar endokrin seperti sindrom ovarium polikistik (PCOS) atau gangguan tiroid dapat mempengaruhi menstruasi.
4. Polip atau Fibroid
Pertumbuhan abnormal seperti polip atau fibroid di rahim juga dapat memengaruhi kitaran menstruasi.
5. Pengambilan Ubat-Ubatan Tertentu
Penggunaan ubat-ubatan tertentu, terutama yang mempengaruhi hormon, boleh memengaruhi kitaran menstruasi.
6. Aktiviti Fizikal yang Berlebihan
Aktiviti fizikal yang berlebihan, terutama jika disertai dengan penurunan berat badan yang drastik, dapat menyebabkan ketidakaturan menstruasi.
7. Gangguan Makan
Gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia juga dapat memengaruhi kitaran menstruasi.
Cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar
1. Bersenam
Cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar termudah adalah dengan melakukan senaman ringan.
Senaman dikatakan boleh membantu otot berehat dan mempercepatkan permulaan haid anda.
Senaman sederhana boleh membantu untuk menambah hormon yang diperlukan untuk memulihkan kitaran haid yang teratur.
2. Berehat
Dapatkan rehat yang cukup dikatakan mampu mempercapatkan haid datang dengan cepat.
Satu kajian yang dilakukan oleh pakar bedah saraf di Amerika Syarikat, Dr. Sanjay Gupta mendapati, rehat dan tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan individu berisiko tinggi diserang penyakit kronik seperti Dementia, kemurungan, kegemukan dan penyakit jantung.
3. Pengambilan vitamin C
Vitamin C yang dikenali sebagai asid askorbik adalah sejenis vitamin larut air yang sangat penting untuk sistem imun dan kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C mengandungi ciri-ciri yang boleh meningkatkan pengeluaran estrogen dalam badan, dan melancarkan penumpahan lapisan rahim. Ia boleh menjana haba dalam badan yang berguna untuk fungsi sihat kitaran haid.
4. Menguruskan tekanan
Tekanan boleh melambatkan haid anda dengan mengganggu tahap kortisol dan endorphin, mengganggu hormon yang mengawal haid anda.
Anda boleh menguruskan tekanan dengan melibatkan diri dalam teknik relaksasi seperti:
- Mengurangkan beban kerja (terutama bekerja larut malam)
- Yoga
- Latihan pernafasan dalam
- Meditasi
- Mandi air panas
- Menggunakan pad pemanas atau botol air panas
5. Makan parsley
Parsley mengandungi dua sebatian iaitu myristicin dan apiole yang boleh mempengaruhi pengeluaran estrogen.
Manfaatnya tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu mengawal keseluruhan kitaran haid dan merangsang aliran haid.
6. Makan rempah ratus
Rempah ratus bersifat panas, ia boleh digunakan sebagai cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar atau mendapatkan haid lebih awal.
Anda boleh menambah rempah seperti kunyit, lada hitam, buah pelaga, kayu manis dan biji ajwain ke dalam makanan anda.
7. Pengambilan herba emmenagogues
Herba emmenagogues adalah salah satu dari amalan perubatan yang diamalkan oleh penduduk di kawasan Timur Tengah.
Mereka mengamalkan herba ini adalah sebagai salah cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar.
Contoh herba emmenagogues adalah seperti halia, kayu manis, safron, chamomile, bijan, temulawak, dan sebagainya.
8. Makan betik atau nenas
Walaupun bukti saintifik masih di fasa kajian, tetapi betik dan nanas turut dijadikan sebagai kaedah semula jadi cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar.
Betik boleh menjejaskan tahap progesteron, dan nanas boleh melembutkan serviks, mencetuskan haid.
Namun berhati-hati, makan betik atau nanas dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan cirit-birit atau sakit perut.
Kesan darah haid tidak keluar
Berikut adalah risiko mendapat haid tidak teratur:
- Kemandulan: Kitaran haid menyediakan tubuh wanita untuk pembiakan. Haid tidak teratur boleh menjadi tanda ovulasi yang tidak betul. Ia boleh menyebabkan ketidaksuburan
- Menopaus awal: Haid tidak teratur akibat gaya hidup tidak sihat, obesiti dan tekanan boleh menyebabkan putus haid awal.
- Penyakit kardiovaskular: Kajian mencadangkan bahawa wanita yang mempunyai haid tidak teratur terdedah kepada penyakit kardiovaskular.
Bila perlu jumpa doktor?
Anda perlu berjumpa dengan doktor bila mana anda kerap kali terlepas haid atau kitaran sangat tidak tertaur.
Beritahu doktor anda tentang sebarang perubahan ketara yang berlaku dalam haid anda apabila mengalami simptom seperti berikut:
- Kejang perut yang teruk
- Bengkak di kawasan perut
- Aliran darah yang banyak pada semua hari haid anda
- Jika haid anda berterusan selama lebih dari 1-2 minggu
- Jika anda mempunyai tompok antara dua kitaran haid
- Jika anda tidak mendapat haid selama 90 hari
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- How to Stop or Speed Up Your Period. Medical News Today
- Quick Tips: How to Get Your Period Faster and Safely. PharmEasy