10 Cara Hilangkan Senggugut Semasa Datang Haid

Bagaimanakah cara hilangkan senggugut yang datang setiap bulan? Masalah senggugut sudah tidak asing lagi bagi setiap wanita yang sedang datang haid.

Ia akan menjadi keluhan pada mereka kerana menyebabkan keterbatasan untuk melakukan banyak perkara dalam urusan harian.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara hilangkan senggugut yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu senggugut?

cara hilangkan senggugut

Senggugut atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “dysmenorrhoea” adalah kesakitan yang dialami pada bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Pelvis ialah tempat di mana organ seperti rahim, ovari, saluran falopio, dan pundi kencing berasa.

Senggugut biasa berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula, tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Jenis senggugut

Terdapat tiga jenis senggugut yang perlu anda tahu. Berikut adalah penjelasannya:

1. Senggugut primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakkan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim setelah pemeriksaan oleh doktor.

Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula, tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

2. Senggugut sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku dikalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebabnya:

  • Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  • Cyst ovari dan tumor.
  • Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  • Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis).
  • Kongetial (contoh: rahim bicornuate, rahim subsepta).
  • Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

3. Epidemiologi

Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.

Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak.

Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.

Sebab berlaku senggugut

Tanda-tanda senggugut

Tanda-tanda umum:

  • Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
  • Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang.
  • Loya, muntah, dan cirit-birit.

Tanda-tanda khusus:

1. Senggugut primer

Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu.

Rasa sakit akan berhenti apabila haid juga berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari.

Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkay dan selepas bersalin.

2. Senggugut sekunder

Senggugut ini mempunyai seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjang, bermula beberapa hari sebelum haid dan bertambah teruk.

Ia akan menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami senggugut sekunder.

  • Haid yang tidak tetap.
  • Kesakitan antara haid.
  • Pendarahan yang bertambah banyak.
  • Lelehan dari faraj.
  • Kesakitan ketika melakukan hubungan seks.

Cara menghilangkan senggugut

cara hilangkan senggugut

1. Banyak minum air

Air suam boleh menjadi cara hilangkan senggugut. Ia mempunyai pelbagai manfaat dari segi kesihatan seperti membantu melancarkan peredaran darah dan membuang toksik.

Selain itu, air juga boleh mengurangkan kembung semasa haid dan beberapa kesakitan yang menyerang anda.

2. Minum teh herba

Cara hilangkan senggugut yang seterusnya adalah minum teh herba.

Sesetengah jenis teh herba mempunyai ciri anti-radang dan sebatian antispasmodik yang boleh mengurangkan kekejangan otot dalam rahim.

Minum teh chamomile, adas atau halia adalah cara yang mudah dan semula jadi untuk melegakan senggugut. 

Selain itu, teh herba ini juga mempunyai faedah lain, seperti melegakan tekanan dan membantu menangani gejala insomnia.

3. Makan makanan anti radang

Sesetengah makanan boleh memberikan kelegaan semula jadi untuk kekejangan, dan rasanya sangat enak. 

Makanan anti-radang boleh membantu menggalakkan aliran darah dan melegakan rahim anda. 

Cuba makan buah beri, tomato, nanas dan rempah ratus seperti kunyit, halia atau bawang putih. 

Sayuran hijau berdaun, badam, walnut dan ikan berlemak, seperti salmon, juga boleh membantu mengurangkan keradangan.

4. Lakukan senaman ringan

Jika anda mengalami kesakitan, senaman mungkin menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda. 

Tetapi senaman ringan juga membebaskan endorfin yang membuatkan anda berasa gembira, mengurangkan kesakitan dan mengendurkan otot.

Lima belas minit yoga, regangan ringan atau berjalan mungkin sahaja yang anda perlukan untuk merasakan manfaat fizikal dan mental senaman . 

5. Buat terapi urutan

Satu kajian mendapati bahawa terapi urut mengurangkan kesakitan haid pada wanita. Urutan boleh mengurangkan kekejangan rahim dengan merehatkan rahim. 

Untuk menguruskan senggugut dengan paling berkesan, terapi urutan harus memberi tumpuan kepada kawasan perut. 

Tetapi urutan seluruh badan yang mengurangkan tekanan keseluruhan anda juga boleh membantu melegakan senggugut.

6. Makan ubat pain reliever

Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untu dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat.

Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.

7. Banyakkan pengambilan vitamin

Vitamin D boleh membantu badan anda menyerap kalsium dan mengurangkan keradangan. 

Suplemen lain, termasuk omega-3, vitamin E dan magnesium, boleh membantu mengurangkan keradangan dan mungkin menjadikan haid anda kurang menyakitkan. 

Untuk hasil terbaik, ambil suplemen setiap hari, bukan semasa haid sahaja. Disebabkan sesetengah suplemen berinteraksi dengan ubat-ubatan, pastikan anda bertanya kepada doktor sebelum mengambil sesuatu yang baru.

8. Tuaman panas

Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.

9. Tukar jenis tuala wanita

Ada sesetengah kes dimana senggugut dipacu dari masalah penggunaan tuala wanita yang tidak sesuai.

Tuala wanita biasa misalnya mengandungi bahan kimia di dalamnya. Bagi sesetengah wanita yang sensitif terhadap bahan kimia ini mereka boleh terkena senggugut yang teruk.

Justeru itu, anda boleh pastikan dahulu jenis tuala wanita yang digunakan sesuai. Jika tidak bertukarlah kepada tuala wanita jenis kain untuk keselesaan berpanjangan.

10. Jaga pantang makan

Senggugut juga berkait dengan pemakanan dan gaya hidup. Justru itu kita haruslah peka dan bijak dalam menjaganya.

Antara contoh yang paling lazim adalah untuk elak dari makan makanan berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein, snek yang tidak berkhasiat.

Sebaliknya, banyakkan lagi makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi serat tinggi.

Bila perlu jumpa doktor?

Sekiranya anda mendapati tanda atau kesakitan senggugut semakin teruk setiap bulan, segeralah jalani pemeriksaan dengan doktor anda.

Hal ini kerana, senggugut juga boleh menjadi petanda penyakit lain yang lebih serius seperti endometriosis dan fibroid (cyst).

Justeru, dapatkan kepastian dari doktor lebih awal untuk memastikan kesihatan diri dalam keadaan baik.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara hilangkan jeragat dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.

Sumber:

  1. Amalan Ketika Haid Perlu Wanita Muslim Tahu. Taqwa
  2. Ways to stop period cramps. Health Partner
  3. Senggugut. My Health
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!