Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi TEKUN Nasional menyediakan Skim Biaya Festival Perniagaan Rakyat (BERKAT) Deepavali yang menyediakan pembiayaan sehingga RM30,000 dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan tekunonline.tekun.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai pembiayaan ini.
Mengenai BERKAT Deepavali
BERKAT Deepavali merupakan pembiayaan yang diwujudkan bagi membantu usahawan masyarakat India membuat persediaan perniagaan menjelang sambutan Deepavali pada 8 November 2026.
Skim pembiayaan khas in akan dilaksanakan melalui TEKUN Nasional, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) khusus kepada peniaga kecil yang memerlukan modal dalam tempoh yang singkat untuk menambah stok dan membuat persediaan menjelang musim perayaan.
Sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi pembiayaan ini yang boleh digunakan sebagai modal pusingan tambahan, khususnya bagi peniaga dan penjaja kecil dalam sektor makanan dan minuman, pakaian serta penjualan peralatan dan kelengkapan menjelang sambutan Deepavali.

Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dipohon mulai 3 Oktober sehingga 8 November 2026.
Jumlah & Tempoh Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM30,000 dan tempoh bayaran balik sehingga 12 bulan.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia daripada masyarakat India.
- Berumur 18-65 tahun.
- Usahawan, peniaga dan penjaja kecil.
- Perniagaan makanan & minuman, pakaian serta peralatan / kelengkapan berkaitan sambutan Deepavali.
- Usahawan TEKUN sedia ada juga layak memohon dengan syarat jumlah keseluruhan pembiayaan yang diterima tidak melebihi RM100,000.

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi tekunonline.tekun.gov.my atau mengunjungi Pejabat Cawangan TEKUN Nasional berdekatan.

Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Salinan IC pemohon (dan pasangan, jika berkenaan)
- Lesen PBT / SSM atau surat tawaran / permit Bazar Deepavali
- Penyata bank 3 bulan terkini (akaun simpanan / akaun semasa)
- Gambar perniagaan (menunjukkan aktiviti perniagaan)

Keputusan Permohonan
Pemohon yang telah membuat permohonan akan menerima keputusan permohonan dalam tempoh 5 hari.
Soalan Lazim
BERKAT Deepavali merupakan pembiayaan yang diwujudkan bagi membantu usahawan masyarakat India membuat persediaan perniagaan menjelang sambutan Deepavali pada 8 November 2026.
Pembiayaan ini boleh dipohon mulai 3 Oktober sehingga 8 November 2026.
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM30,000 dan tempoh bayaran balik sehingga 12 bulan.
Ya. Usahawan TEKUN layak memohon dengan syarat jumlah keseluruhan pembiayaan yang diterima tidak melebihi RM100,000.
Permohonan boleh dibuat menerusi tekunonline.tekun.gov.my atau mengunjungi Pejabat Cawangan TEKUN Nasional berdekatan.
Keputusan permohonan boleh diketahui dalam masa 5 hari.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai pembiayaan ini, sila layari laman web TEKUN Nasional iaitu https://www.tekun.gov.my.
Baca juga: DEWI : Permohonan Dana Ekonomi Usahawan Wanita 2026




