8 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah Nabi – JAKIM

amalan sunnah sunat hari raya aidilfitri
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar sambutan kemenangan selepas Ramadan, tetapi juga peluang untuk menghidupkan amalan sunat Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Amalan ini membantu menambah keberkatan serta menjadikan sambutan lebih bermakna.

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 185:

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ١٨٥

“… Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 8 amalan sunat Hari Raya Aidilfitri berdasarkan sunnah untuk panduan anda.

8 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah Nabi – JAKIM

1. Menghidupkan malam

Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seperti melakukan solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati pada hari yang mati segala hati”

H.R Ibnu Majah

2. Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri

Tempoh mandi sunat ini bermula dari pertengahan malam dan sunat dilewatkan sehingga hampir solat Hari Raya.

Sumber: JAKIM


3. Mengemaskan diri

Mencukur bulu-bulu, mengetip/memotong kuku dan merapikan janggut.


4. Memperbanyakkan Takbir

Takbir Aidilfitri boleh dibacakan bermula dari terbenam matahari akhir Ramadan hingga sebelum menunaikan solat Hari Raya.

Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

5. Memakai pakaian yang terbaik

Walaupun kita digalakkan memakai pakaian terbaik, kita tidak semestinya memakai pakaian yang baharu.

Sebaliknya, pilihlah pakaian yang paling indah mengikut kemampuan dan tidak membazir.

6. Berwangi-wangian dan berhias

Imam Syafie pernah berkata:

“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”

7. Bersarapan

Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata :

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak keluar pada pagi hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.”

HR Bukhari

8. Menunaikan Solat Hari Raya

Solat hari raya ialah sunat muakkad. 

Ini kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. 

Begitu juga para sahabat Baginda terus melakukannya selepas itu.

Selamat Beramal

Jangan lupa menzahirkan keceriaan dan kegembiraan ketika bertemu dengan orang mukmin, serta ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim, serta  mengucapkan sebarang ucapan yang baik.

Para sahabat Rasulullah s.a.w ketika bertemu sesama mereka pada hari Raya mereka menyebut :تقبل الله منا ومنك  (semoga Allah menerima amal kami dan juga amalmu).

Baca juga : Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 Kreatif & Menarik

Semoga bermanfaat dan sama-sama kita amalkan sunnah ini.

Soalan Lazim Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri

1. Apakah maksud amalan sunat Hari Raya Aidilfitri?

Amalan sunat Hari Raya Aidilfitri merujuk kepada amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk dilakukan pada hari raya bagi menambah pahala, keberkatan serta menyempurnakan sambutan Aidilfitri.

2. Mengapakah kita digalakkan mengamalkan amalan sunat pada Hari Raya Aidilfitri?

Amalan ini dianjurkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT setelah berjaya menyempurnakan ibadah puasa Ramadan, sebagaimana disebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang menggalakkan umat Islam bertakbir dan bersyukur.

3. Bilakah waktu untuk bertakbir Hari Raya Aidilfitri?

Takbir Aidilfitri boleh dilakukan bermula dari terbenam matahari pada malam terakhir Ramadan sehingga sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri didirikan.

4. Apakah amalan yang boleh dilakukan pada malam Hari Raya Aidilfitri?

Antara amalan yang digalakkan ialah menghidupkan malam raya dengan ibadah seperti solat sunat, berzikir, membaca al-Quran dan beristighfar.

5. Adakah mandi sunat Hari Raya Aidilfitri perlu dilakukan?

Ya, mandi sunat sangat digalakkan. Waktunya bermula dari pertengahan malam dan sebaiknya dilakukan hampir dengan waktu solat Hari Raya.

6. Perlukah memakai pakaian baharu pada Hari Raya Aidilfitri?

Tidak wajib memakai pakaian baharu. Memadai memakai pakaian yang bersih, kemas dan terbaik mengikut kemampuan tanpa membazir.

7. Mengapa disunatkan makan sebelum solat Hari Raya Aidilfitri?

Ia berdasarkan sunnah Rasulullah SAW yang makan beberapa biji tamar dalam jumlah ganjil sebelum keluar menunaikan solat, sebagai tanda berakhirnya puasa Ramadan.

8. Apakah hukum solat sunat Hari Raya Aidilfitri?

Solat Hari Raya Aidilfitri adalah sunat muakkad, iaitu sangat dituntut kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sepanjang hayat Baginda.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut