Merancang percutian, urusan kerja, atau ibadah umrah ke luar negara sememangnya mengujakan. Namun, bayangkan situasi apabila anda sudah membeli tiket penerbangan dan menempah hotel, tetapi disekat di pintu masuk lapangan terbang akibat disenaraihitamkan (blacklist).
Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini ini, sebagai warganegara Malaysia anda disarankan membuat semakan perjalanan melalui portal rasmi Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI) yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di https://sspi.imi.gov.my/
Jom rujuk cara buat semakan status perjalanan untuk mengetahui sama ada nama anda ada sekatan perjalanan atau tidak.
Apa Itu Sekatan Perjalanan Luar Negara?
Sekatan perjalanan luar negara ialah larangan rasmi yang dikenakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang seseorang warganegara daripada meninggalkan Malaysiamelalui mana-mana pintu keluar negara (lapangan terbang, pelabuhan, atau sempadan darat).
Tindakan ini dikuatkuasakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atas permohonan agensi kerajaan, badan berkanun, atau perintah mahkamah apabila individu tersebut gagal melunaskan tanggungjawab kewangan atau terikat dengan isu perundangan tertentu.
Semakan status perjalanan anda boleh dilakukan melalui Sistem Semakan Status Perjalanan SSPI di https://sspi.imi.gov.my/.
Portal SSPI – Sistem Semakan Perjalanan Imigresen
Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI) merupakan aplikasi dalam talian percuma yang membolehkan warganegara Malaysia menyemak status kawalan imigresen dan kelayakan dokumen perjalanan sebelum ke luar negara. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam sehari dan memberikan keputusan secara serta-merta.
Punca Utama Sekatan Perjalanan Dikenakan
Sekatan perjalanan biasanya dikenakan atas permintaan agensi kerajaan dan badan berkanun tertentu terhadap individu yang mempunyai rekod tunggakan atau isu perundangan. Antara punca utama termasuklah:
- Tunggakan Cukai. Kegagalan melunaskan cukai pendapatan atau cukai syarikat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta tunggakan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
- Tunggakan Caruman KWSP. Majikan atau individu yang gagal melunaskan tunggakan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
- Status Kebankrapan. Individu yang telah diisytiharkan muflis dan berada di bawah seliaan Jabatan Insolvensi Malaysia.
- Perintah Mahkamah atau Keselamatan. Individu yang terikat dengan perintah mahkamah, siasatan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atau agensi penguatkuasaan lain.

Cara Semak Status Perjalanan di Portal SSPI
Anda boleh rujuk langkah-langkah berikut untuk semak status perjalanan ke luar negara di portal SSPI:
- Layari Portal Semakan Status Perjalanan (SSPI) di https://sspi.imi.gov.my/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan. Taipkan 12 digit nombor MyKad anda pada ruangan yang disediakan tanpa tanda sengkang (
-). - Klik butang Semak untuk memproses carian.
- Paparan keputusan akan muncul serta-merta pada skrin anda:
- Tiada Halangan: Anda bebas untuk meneruskan perjalanan ke luar negara.
- Sila Rujuk Pejabat Imigresen Terdekat: Anda berkemungkinan besar mempunyai sekatan perjalanan dan perlu mengambil tindakan lanjut sebelum berlepas.


Nota Tambahan: Selain melalui laman web, semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih MyGOV Malaysia, kiosk layan diri SSPI di lapangan terbang utama, atau hadir terus ke kaunter pejabat imigresen berdekatan dengan membawa MyKad.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Sekatan Perjalanan ke Luar Negara
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila rujuk:
Tidak, perkhidmatan semakan di Portal Semakan Status Perjalanan (SSPI) adalah percuma sepenuhnya.
Tidak boleh. Kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di lapangan terbang atau pintu sempadan tidak mengutip bayaran bagi pihak agensi lain. Anda perlu berurusan terus dengan agensi yang mengenakan sekatan (seperti LHDN, PTPTN, KWSP, atau Jabatan Insolvensi) dan menunggu rekod sistem dikemas kini sebelum dibenarkan berlepas.
Ya, sekatan perjalanan ke luar negara ke atas peminjam PTPTN kembali dikuatkuasakan bermula Januari 2026.
Semak sekurang-kurangnya sebulan sebelum membeli tiket penerbangan dan sekali lagi 3 hari tarikh berlepas.
Boleh, selagi anda mempunyai nombor MyKad 12 digit ahli keluarga tersebut.




