Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 ~ Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga momen yang penuh dengan kasih sayang, silaturrahim dan kemaafan.
Untuk mengetahui cuti umum Hari Raya Aidilfitri, sila rujuk portal rasmi BKPP JPM atau Kalendar Akademik KPM.
Setiap kali Syawal menjelma, ramai antara kita mula mencari idea ucapan Hari Raya yang bukan sahaja menyentuh hati tetapi juga unik dan berkesan untuk dikongsi bersama keluarga, sahabat serta rakan sekerja.
Dalam era digital ini, ucapan Hari Raya bukan sahaja dihantar melalui kad tradisional, malah turut dikongsi secara kreatif melalui WhatsApp, media sosial dan video ucapan.
Jom kita tengok koleksi ucapan Hari Raya Ailidfitri yang menarik untuk disampaikan.
Apa Maksud Hari Raya Aidilfitri?
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai tanda kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Dari Segi Bahasa:
- Hari Raya: Hari perayaan atau hari kemenangan.
- Aidilfitri: Berasal daripada bahasa Arab, iaitu Ayd (kembali) dan Fitrah (asal/suci).
Secara keseluruhannya, ia membawa maksud “kembali kepada fitrah” atau kembali kepada kesucian asal selepas sebulan menyucikan jiwa melalui ibadah.
BACA JUGA: Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian [JAKIM]
Ucapan Selamat Hari Raya Mengikut Sunnah
Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Imam al-Suyuti mengarang sebuah kitab bertajuk Wusul al-Amani bi Usul al-Tahani yang menghimpunkan hadis-hadis berkaitan ucapan-ucapan tahniah sama ada pada hari raya atau selainnya.
Antara riwayat yang beliau sebutkan dalam buku tersebut ialah ucapan pada hari raya:
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Maksudnya: “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu.”
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
Riwayat yang menyandarkan ucapan: “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu” merupakan riwayat yang daif jiddan. Pendapat yang lebih kuat riwayat ini hanyalah riwayat berbentuk mauquf (terhenti kepada sahabat).
Walau bagaimanapun diharuskan untuk mengucapkannya berdasarkan riwayat-riwayat lain yang menunjukan para sahabat saling mengucapkan ucapan tahniah tersebut pada hari raya dan riwayat ini berstatus hasan.
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama.


Apakah jawapan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum?
Dalam riwayat sahabat dan salafus soleh yang sampai kepada kita, jawapan terbaik Taqabbalallahu Minna Wa Minkum adalah doa yang sama: Taqabbalallahu minna wa minka
Ianya sunnah untuk mendoakan Muslim yang lain dengan doa yang baik.
Semoga ucapan Hari Raya yang disampaikan dapat eratkan lagi hubungan anda dengan keluarga dan rakan terdekat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
Rujukan:
- IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 579: STATUS HADIS MENGUCAPKAN TAHNIAH PADA HARI RAYA
- BAYAN LINNAS SIRI KE-23: ADAB BERHARI RAYA DAN KESILAPANNYA
Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2026
Ucapan Raya Untuk Ibubapa, Keluarga, Rakan-rakan
1. Ramadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dengan rasa suka. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
2. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
3. Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
4. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.
5. Ketika tangan tak mampu berjabat, Kaki tak dapat melangkah, Hanya hati yang mampu berbisik, Mohon maaf atas segala kesalahan. Selamat Hari Raya!
6. Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan kita saling bermaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
7. Walaupun jauh beribu batu, Tapi ingatan tetap selalu, Kukirim ucapan pengganti diriku, Agar Aidilfitri indah buatmu. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin!
8. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
9. Tulus ikhlas daripada kami, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga sambutan tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran insan tersayang di sisi.
10. Ramadan berlalu pergi, Syawal menjelang tiba. Selamat Hari Raya buat semua! Maaf jika ada tersilap kata atau terkasar bahasa. Semoga raya tahun ini penuh dengan kegembiraan dan juadah yang enak!
11. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Jemput datang rumah nanti ya. Maaf Zahir Batin buat rakan-rakan semua.
12. Walau jauh di mata, namun dekat di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 buat keluarga di kampung. Moga kita dapat berkumpul semula dengan penuh keceriaan.
13. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ayah dan mak tercinta. Terima kasih kerana membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Mohon maaf zahir dan batin atas segala salah silap anakmu ini.
14. Ayah, mak, ampunkan segala dosa-dosa kami. Semoga raya tahun ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kalian berdua. Kami sayang ayah dan mak selamanya.

15. Di hari yang mulia ini, anakmu menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Syawal tidak bermakna tanpa doa dan restu daripada ibu bapa yang disayangi.
16. Salam Aidilfitri buat syurga kami. Maafkan kami jika pernah mengguris hati. Semoga kesihatan yang baik dan kegembiraan sentiasa menjadi milik ayah dan mak.
17. Buat mak dan ayah di kampung, selamat hari raya. Walau apa pun terjadi, kalian tetap keutamaan kami. Maaf zahir dan batin daripada anak-anak.
18. Syawal 2026 kembali menjelma. Hanya doa yang mampu dikirimkan buat ayah dan mak agar sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
19. Tiada hadiah yang lebih besar melainkan kemaafan daripada ibu bapa. Selamat Hari Raya, semoga kita terus bahagia sebagai sebuah keluarga.
20. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh ahli keluarga. Semoga ikatan kekeluargaan kita semakin erat dan harmoni di hari yang mulia ini.
21. Salam Syawal buat semua adik-beradik dan saudara-mara. Maaf zahir dan batin atas segala gurau senda yang mungkin tersalah kata.
22. Hari raya masa untuk berkumpul dan bergembira. Selamat menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa. Maaf zahir batin daripada kami sekeluarga.
23. Selamat Hari Raya buat semua sepupu dan sanak-saudara. Semoga raya tahun ini penuh dengan keceriaan dan hidangan yang melimpah-ruah.
24. Salam Aidilfitri 2026. Mari kita lupakan sengketa dan eratkan semula silaturahim. Maaf zahir dan batin untuk semua.
25. Ketupat rendang sudah tersedia, mari makan bersama-sama. Selamat Hari Raya buat keluarga besar kita yang sentiasa meriah!
26. Walau jauh di mata, kalian sentiasa di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ahli keluarga yang tidak dapat bersama tahun ini.
27. Syawal yang indah adalah apabila kita semua dapat tersenyum bersama. Maaf zahir dan batin buat seluruh keluarga tercinta.
28. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026. Semoga kemenangan ini milik kita semua. Jangan makan berlebihan, jaga kesihatan ya kawan!
29. Selamat Hari Raya kawan-kawan! Maaf zahir batin atas segala salah silap sepanjang kita berkawan. Moga persahabatan kita kekal hingga ke jannah.
30. Salam Aidilfitri buat rakan seperjuangan. Semoga hari raya ini memberi sinar baru dan semangat untuk terus maju jaya.
31. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir batin. Jangan lupa simpan sedikit duit raya untuk kawan lama ni ya!
32. Selamat Hari Raya buat semua rakan media sosial. Maaf zahir dan batin atas segala komen atau hantaran yang mungkin mengguris perasaan.

Ucapan Raya untuk Caption Instagram, Facebook, Thread
1. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026. Mohon maaf zahir dan batin atas segala khilaf kata dan perbuatan.
2. Syawal menjelang tiba, tanda kemenangan kita semua. Maaf zahir batin buat semua pengikut dan rakan di alam maya.
3. Ramadan berlalu pergi, kini tiba masa meraikan fitrah diri. Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami sekeluarga.
4. Kosong-kosong ya semua! Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
5. Indahnya Syawal bila dapat berkumpul bersama. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 buat semua yang mengenali diri ini.
6. Ketupat rendang sudah tersedia, mari raikan hari bahagia. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
7. Maaf zahir batin atas segala status atau komen yang mungkin mengguris hati sepanjang tahun ini. Selamat Hari Raya!
8. Eid Mubarak 2026. Semoga keberkatan Ramadan kekal dalam hati kita sepanjang Syawal ini.
9. Di hari yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
10. Syawal pertama dengan penuh kesyukuran. Maaf zahir batin buat semua rakan taulan.
11. Baju raya sudah sedia, hati pun sudah berseri dengan kemaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua.
12. Penutup Ramadan yang indah, permulaan Syawal yang barakah. Selamat Hari Raya buat semua!
13. Selamat Hari Raya! Semoga kegembiraan hari ini menjadi memori terindah untuk kita selamanya.
14. Maaf zahir dan batin. Semoga hari ini membawa sinar baru dan kedamaian dalam hidup kita.
15. Aidilfitri kembali lagi membawa seribu rahmat. Selamat Hari Raya buat semua sahabat di media sosial.
16. Bukan sekadar baju baru, tapi jiwa yang baru. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026.
17. Salam Aidilfitri. Mohon maaf atas segala salah silap yang sengaja mahupun tidak sengaja.
18. Rendang di pinggan, kemaafan di tangan. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua!
19. Meriahnya raya bila hati saling memaafkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.
20. Syawal 2026: Masa untuk mengeratkan semula ukhuwah yang lama terjalin. Selamat Hari Raya semua.

21. Selamat Hari Raya! Jangan lupa makan dengan berpada-pada dan hargai masa bersama insan tersayang.
22. Dari kejauhan saya kirimkan doa dan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf zahir batin.
23. Eid Mubarak! May this celebration bring joy and peace to your heart. Maaf zahir dan batin.
24. Syukur atas nikmat Syawal tahun ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam.
25. Selamat Hari Raya! Semoga ukhuwah kita di media sosial terus berkekalan dengan penuh harmoni.
26. Maaf zahir batin. Mari kita mulakan lembaran baru di hari raya yang mulia ini.
27. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya.
28. Gemersik takbir di pagi raya, tanda kemenangan buat kita semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
29. Selamat Hari Raya 2026. Mohon maaf jika ada tersasul kata atau terkasar bahasa dalam hantaran saya sebelum ini.
30. Indahnya kemaafan, sucinya lebaran. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.
Ucapan Raya Bertemakan Islamik
1. Selamat hari raya Aidilfitri. Semoga hari raya ini anda dipenuhi dengan kebahagiaan dan kehidupan yang terbaik.
2. Semoga kedamaian dan kebahagiaan selalu mengiringi hidup kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin kami sekeluarga.
3. Tiada kesucian menjadi sempurna tatkala ada salah satu kebencian tertanam dalam jiwa membasuh jiwa dengan permintaan maaf. Terkirim dari lubuk hati atas kesalahan selama ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir batin.
4. Kul’am wa-antum bi-khayr. Eid Mubarak. (Semoga anda tetap boleh merayakan Aidilfitri setiap tahun).
5. Ya Rabbi, berkati umur kami hingga Ramadan di tahun depan. Sucikan hati kami untuk bisa memaafkan saudara kami. Taqabalallahu minna wa minkum.
6. Sucikan hati dengan dzikir, cerahkan hati dengan pikir, teruslah bersyukur dengan menebar senyuman, dengan kerendahan hati saya mengucapkan selamat lebaran.
7. Waktu mengalir bagaikan air. Ramadan suci akan berakhir. Untuk salah yang pernah ada. Untuk khilaf yang sempat terucap. Pintu maaf selalu ku harap.
8. Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Hidup ini terasa indah jika ada maaf. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.
9. Inilah hari yang penuh kesucian dan kesukacitaan. Hari kemenangan dan hari untuk saling memaafkan. Mohon maaf lahir dan batin dan selamat hari raya Aidilfitri.
10. Sebaik-baiknya manusia adalah mereka yang berbesar hati memberikan maaf yang tulus kepada sesamanya. Bersama untaian kata-kata yang tidak bererti ini, semoga kita mampu saling memaafkan. Baik atas segala salah kata maupun perbuatan yang pernah dilakukan. selamat hari raya Aidilfitri.
11.
تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ
Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat keampunanNya…
12. Ramadan mengajar kita erti sabar, Syawal mengajar kita erti syukur. Ramadan mendidik hati untuk taat, Syawal membuka lembaran baharu dalam ketundukan. Semoga lebaran ini menyucikan jiwa, menyatukan hati yang pernah berpecah, dan mendekatkan kita pada Allah dengan ikhlas. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah merahmati langkah-langkah kita, dan menjadikan setiap kemaafan sebagai rahmat.
13. Taqabbalallahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H. Semoga segala amal diterima dan hati kembali suci. Maaf zahir dan batin.
14. Ya Allah, indahkan Syawal ini dengan kasih sayang dan keampunan-Mu. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin.

15. Di hari kemenangan yang penuh barakah ini, marilah kita merafakkah kesyukuran atas nikmat iman dan Islam. Selamat Hari Raya Aidilfitri, moga setiap langkah kita sentiasa dalam keredaan Allah SWT.
16. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu dan menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa. Maaf zahir dan batin atas segala khilaf dan salah laku.
17. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan dan mengurniakan kita istiqamah dalam ketaatan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
18. Eid Mubarak. Semoga cahaya iman sentiasa menyinari hati kita dan kedamaian Islam terus tersebar ke seluruh alam. Moga sambutan lebaran ini dipenuhi dengan zikrullah dan rasa syukur yang mendalam.
19. Salam Aidilfitri 1447H. Moga Allah SWT melimpahkan keberkatan-Nya ke atas setiap rezeki yang kita nikmati dan mengurniakan kita ketenangan jiwa yang hakiki. Marilah kita raikan kemenangan ini dengan penuh rasa tawaduk dan syukur kepada-Nya.
20. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah SWT memberikan kita kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadan akan datang dan menjadikan hari raya ini sebagai detik pengukuhan iman serta penyucian hati daripada segala sifat mazmumah. Maaf zahir dan batin.
Ucapan Selamat Hari Raya Profesional (Formal)
1. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026. Pihak pengurusan dan kakitangan kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan anda sepanjang tahun ini. Maaf zahir dan batin.
2. Salam Aidilfitri. Semoga sambutan lebaran kali ini membawa keberkatan dan kemakmuran yang berpanjangan kepada perniagaan serta keluarga anda.
3. Tulus ikhlas daripada kami, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga ukhuwah profesional yang terjalin selama ini terus utuh dan diberkati.
4. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat para pelanggan setia. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan kami. Maaf zahir dan batin.
5. Salam Syawal. Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi setiap langkah profesional anda. Selamat menyambut hari raya daripada kami semua.
6. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kerjasama kita.
7. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026. Semoga perayaan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih cemerlang di masa hadapan.
8. Setulus hati kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga syawal ini penuh dengan keceriaan dan kedamaian buat anda sekeluarga.
9. Salam Aidilfitri. Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama erat yang diberikan. Maaf zahir dan batin daripada pihak kami.
10. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga keberkatan Ramadan terus terpancar dalam urusan harian kita semua.

11. Kami mendoakan agar sambutan Aidilfitri anda tahun ini dipenuhi dengan kegembiraan bersama insan tersayang. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
12. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan niaga. Semoga perayaan ini memberikan inspirasi baru untuk kita terus maju bersama.
13. Salam Syawal 1447H. Maaf zahir dan batin atas segala khilaf sepanjang urusan perniagaan kita dijalankan.
14. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kami menghargai setiap peluang kerjasama yang diberikan dan berharap ia akan terus berkembang mekar.
15. Tulus ikhlas daripada saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih atas bimbingan dan sokongan profesional anda selama ini.
16. Salam Aidilfitri. Mohon maaf jika ada kekurangan dalam kualiti perkhidmatan kami. Kami komited untuk memberikan yang terbaik buat anda.
17. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga ikatan kerjasama kita terus teguh dan membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
18. Selamat menyambut kemenangan Aidilfitri. Maaf zahir dan batin daripada kami semua di jabatan ini.
19. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jalinan kerjasama dan kepercayaan yang telah anda berikan kepada organisasi kami. Semoga sambutan Aidilfitri ini membawa keberkatan serta membuka lembaran kejayaan yang lebih cemerlang.
20. Salam Aidilfitri 1447H. Tulus ikhlas daripada kami, didoakan agar sambutan hari raya tahun ini dikurniakan limpahan rahmat, kedamaian, dan kemakmuran yang berpanjangan. Semoga ukhuwah profesional yang sedia terjalin antara kita terus kukuh dan harmoni. Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang urusan kerjasama kita dijalankan.

Ucapan Raya Panjang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Di kesempatan yang penuh barakah ini, saya dan seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446 Hijrah, Maaf Zahir dan Batin buat seluruh sanak saudara, sahabat handai, dan kenalan yang mengenali kami.
Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan, kini tibalah Syawal yang dinanti, bulan kemenangan yang membawa seribu makna. Syawal bukan hanya tentang baju baru, kuih raya, atau juadah yang terhidang tapi juga tentang keinsafan, kemaafan, dan kembali menyucikan hati serta mempererat silaturahim.
Andai sepanjang perkenalan kita pernah terlanjur kata, tersilap bicara, terkasar perbuatan atau tersalah tingkah saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tiada manusia yang sempurna, namun setiap insan layak untuk dimaafkan dan memaafkan.
Dalam dunia yang makin sibuk ini, saya doakan agar Aidilfitri ini menjadi peluang untuk kita semua berhenti sejenak, menghargai insan-insan yang masih ada, mengenang yang telah pergi, dan merenung kembali erti kasih sayang, persahabatan, serta nilai kekeluargaan yang sejati.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan, memanjangkan usia dalam keberkatan, dan membuka pintu rezeki serta ketenangan dalam hidup kita semua.
Selamat menyambut Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin dari hati yang tulus ikhlas.

Bila mentari Syawal menyinar lembut di pagi lebaran,
Hati tersentuh mengenang insan-insan yang jauh di mata namun dekat di jiwa.
Ada yang tidak sempat pulang, ada yang telah dijemput Ilahi
Dan ada juga yang hanya mampu menitipkan salam dari kejauhan.
Namun Aidilfitri tetap hadir, membawa sinar harapan dan ruang untuk saling memaafkan.
Kepada sahabat dan keluarga yang telah mewarnai perjalanan hidupku,
Terima kasih atas segala kenangan suka, duka, tawa, dan air mata.
Jika pernah ada khilaf dan kekasaran yang tak disengajakan,
Mohon diampunkan dari hujung rambut ke hujung kaki.
Aidilfitri adalah tentang hati yang dibersihkan, hubungan yang dibaiki,
Dan kasih sayang yang dikembalikan setelah sekian waktu diuji.
Semoga lebaran ini menjadi permulaan baru yang lebih indah,
Diberi umur yang panjang dalam iman, dan rezeki yang luas dalam berkat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H
Maaf Zahir dan Batin dari lubuk hati terdalam
Koleksi Pantun Ucapan Hari Raya Aidilfitri
Pantun 1:
Dalam menyambut meriahnya raya,
Jangan lupakan saudara di Gaza,
Serba sederhana tetap bermakna,
Semoga amalan kita diterima.
———————————————–
Pantun 2:
Pelita diletak di atas para,
Hendak dinyala di tepi perigi;
Wassap dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.
———————————————–
Pantun 3:
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
——————————————-
Pantun 4:
Awal Syawal rai kemenangan,
Umat Islam saling berkunjungan,
Tahmid bertukar erti ketenangan,
Selamat menyambut Hari Lebaran
————————————————
Pantun 5:
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
Mesej dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati.
——————————————————

Pantun 6:
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada yang mengguris jiwa
——————————————————
Pantun 7:
Kian berlabuh tirai Ramadan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dimaafi.
—————————————————-
Pantun 8:
Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri;
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
———————————————-
Pantun 9:
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah memaafkan.
————————————————
Pantun 10:
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.
————————————————

Pantun 11:
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan
Lambaian Syawal Kian Dinanti
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan
Semoga Kesalahan Harap Di Maafi.
————————————————
Pantun 12:
Bulan puasa sudah berlalu
Kini Syawal menjelma ceria
Ampun maaf ku pinta selalu
Moga ukhuwah kekal selamanya
————————————————
Pantun 13:
Pelita dipasang di tepi laman
Biar bercahaya malam yang kelam
Di hari raya ku mohon keampunan
Dari hati untuk insan tersayang
————————————————
Pantun 14:
Jalan sesak, teruk tempuh
Empat belas jam penuh sabar
Di hari raya, hati bersyukur
Keluarga bersama, bahagian berakar
———————————————–
Pantun 15:
Pulau Pandan jauh ke tengah
Hujung daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya takkan dah lupa
———————————————–
Pantun 16:
Anak perantau pulang ke desa
Lama sudah tidak bersua
Raya disambut dengan gembira
Jangan dilupa pada yang tiada
———————————————–
Pantun 17:
Yakin si teruna segak berdiri
Bersampin songket indah sekali
Takbir bergema memuji Ilahi
Aidilfitri disambut, syukur dirasai
———————————————–
Pantun 18:
Ramadan berlalu pasti dirindui
Moga amal diterima Ilahi
Syawal menjelama sama dirai
Berjumpa keluarga yang dekat di hati
———————————————–
Pantun 19:
Awal bangun dini hari
Bersiap dengan sunnah Nabi
Seikhlas hati menyusun jari
Mohon maaf kekhilafan diri
———————————————-
Pantun 20:
Bila Syawal menjela indah
Hati yang gundah kembali cerah
Maaf dipinta, salah dileraikan
Aidilfitri disambut penuh kenangan.

Baca juga: Waktu Solat Raya Aidilfitri – Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah
Poster Ucapan Hari Raya
Berikut turut dilampirkan beberapa pilihan background dan poster Hari Raya yang boleh dikongsikan di media sosial:
Background Poster Ucapan Selamat Hari Raya











Sumber: PKG JAIS Kuala Langat





















Sumber: Facebook Asiah Kuzaiman
















Sumber: Facebook Abang Din Channel
Soalan Lazim Ucapan Selamat Hari Raya
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum bermaksud: Semoga Allah menerima amal (ibadah) daripada kami dan daripada kamu.
Bermula malam raya selepas pengumuman rasmi tarikh hari raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja atau, 1 atau 2 hari sebelum cuti bermula supaya penerima sempat membacanya sebelum meninggalkan pejabat untuk ucapan profesional/formal.
Ia adalah tradisi unik di Nusantara yang membawa maksud permohonan maaf secara menyeluruh:
– Zahir: Kesalahan yang nampak atau dilakukan secara fizikal/lisan.
– Batin: Kesalahan yang tidak nampak, seperti sangkaan buruk atau perasaan kecil hati di dalam hati.
Tarikh hari raya ditentukan melalui kaedah Rukyah (melihat anak bulan) dan Hisab (kiraan falak). Di Malaysia, pengumuman rasmi akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan setelah proses pencerapan di beberapa lokasi terpilih selesai.
Tarikh Jangkaan: 20 Mac 2026 (Jumaat) atau 21 Mac 2026 (Sabtu).
– Mandi sunat hari raya sebelum ke masjid.
– Memakai pakaian terbaik yang dimiliki (bersih dan kemas).
– Mengenakan wangian (bagi lelaki).
– Makan sedikit makanan (biasanya kurma dalam bilangan ganjil) sebelum keluar sebagai tanda tidak lagi berpuasa.
– Berjalan kaki ke masjid dan menggunakan jalan yang berbeza ketika pergi dan balik.
Hukumnya adalah wajib bagi setiap individu Muslim yang mempunyai kelebihan harta. Ia mesti dibayar sebelum Solat Sunat Aidilfitri bermula. Jika dibayar selepas solat, ia dianggap sebagai sedekah biasa.
Haram hukumnya berpuasa pada 1 Syawal. Puasa enam (Puasa Sunat Syawal) hanya boleh dimulakan pada 2 Syawal dan seterusnya sepanjang bulan tersebut.




