Diskaun Tol 50% Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Diskaun Tol 50% Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia! Pemberian diskaun tol selama dua (2) hari kepada kenderaan Kelas 1 (kelas persendirian) sempena Hari Raya Aidilfitri 2026!

Diharapkan pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan sebaiknya.

Sila rujuk maklumat terperinci melalui kenyataan media Kementerian Kerja Raya dan infografik di bawah untuk info lanjut:

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗢𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲! 🌙✨
Nikmati diskaun tol 50% untuk semua kenderaan persendirian Kelas 1 bagi meringankan kos perjalanan pulang ke kampung.
Tempoh pemberian diskaun adalah:
🗓 𝟏𝟖 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝟏𝟐.𝟎𝟏 𝐩𝐚𝐠𝐢) 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟗 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝟏𝟏.𝟓𝟗 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦)
Rancang perjalanan anda dan pandu dengan selamat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sumber video : Jabatan Penerangan Malaysia

KENYATAAN MEDIA – 50% DISKAUN BAYARAN TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2025

Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa cuti panjang ini.

Semoga pengguna lebuh raya memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk melancarkan pergerakan melalui panduan berikut:
a. Mengikut jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) oleh syarikat konsesi lebuhraya;
b. Memastikan kenderaan dalam keadaan baik;
c. Memastikan baki eWallet dan Kad Touch & Go mencukupi;
d. Memastikan bateri smart-tag yang mencukupi;
e. Menggunakan pautan paparan CCTV Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) https://www.llm.gov.my mengenai keadaan lebuh raya sebagai panduan sebelum dan semasa perjalanan;
f. Menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan semasa di lebuh raya; dan
g. Menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemas kini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di aplikasi X @LLMtrafik secara berkala.

Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, dan syarikat konsesi lebuh raya menyeru pengguna jalan raya agar memandu dengan berhemah, mematuhi peraturan, serta berehat jika letih atau mengantuk. Marilah kita bersama menjaga keselamatan, kebersihan, dan keselesaan lebuh raya serta mengurangkan kemalangan.

tol percuma wce seksyen 11

Tarikh & Tempoh Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026

TARIKH PEMBERIAN TOL PERCUMA AIDILFITRI 2026

  • Pemberian tol percuma bersempena Hari Raya Aidilfitri pada 18 dan 19 Mac 2026.
  • Bermula dari jam 12.01 tengah malam 18 Mac 2026 (Rabu) dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis).

Cara Menikmati Tol Percuma

Diskaun tol sebanyak 50% sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 ditawarkan kepada pengguna kenderaan persendirian (Kelas 1) serta kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang (Kelas 2) di Lebuhraya PLUS, bermula jam 12:01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga 11:59 malam pada 19 Mac 2026 (Khamis).

Ikuti panduan berikut untuk menikmati tawaran diskaun tol 50% di Lebuhraya PLUS sempena musim perayaan ini.

  1. Pastikan baki kad mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
  2. Pastikan masuk dan keluar guna lorong yang sama (Contoh – Smart Tag, Touch n Go, RFID)
  3. Sentuh kad supaya perjalanan direkodkan dalam sistem.
  4. Pemotongan 50% akan dicatatkan secara automatik.

Rancang perjalanan anda dengan MyPLUS-TTA melalui Aplikasi PLUS dan pandulah secara berhemah.

34 Lokasi Smart Lane Di Lebuhraya PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, PLUS Malaysia Berhad akan mengaktifkan 34 lokasi Smart Lane di sepanjang Lebuhraya PLUS sebagai salah satu inisiatif bagi menyuraikan trafik serta menambah kapasiti lorong di lebuh raya.

diskaun tol raya 2026
diskaun tol raya 2026

Amalkan pemanduan berhemah ketika menggunakan Smart Lane bagi memastikan perjalanan anda kekal selamat dan lancar.

Muat turun Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat lokasi, tarikh dan masa pengaktifan Smart Lane di Lebuhraya PLUS sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan tol percuma sempena Hari Raya Aildilfitri 2026 ini, sila hubungi Talian Hotline TMC LLM di nombor 1800-88-7752.

Selain itu pengguna boleh dapatkan info dari akaun Twitter @llmtrafik dan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Bilakah diskaun tol 50% diberikan di lebuh raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2026?

Diskaun tol ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis).

Adakah semua jenis kenderaan boleh dapat diskaun ini?

Ia melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja.

Bagaimana cara nak dapatkan diskaun tol?

Pastikan baki kad mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
Pastikan masuk dan keluar guna lorong yang sama (Contoh – Smart Tag, Touch n Go, RFID)
Sentuh kad supaya perjalanan direkodkan dalam sistem.
Pemotongan 50% akan dicatatkan secara automatik.

Adakah semua lebuh raya berikan diskaun tol 50% ini?

Diskaun tol sempena Hari Raya Aidilfitri boleh dinikmati di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).”

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut