[LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2026 / 1 Syawal 1447

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2026 telah dibuat selepas proses cerapan anak bulan Syawal pada 29 Ramadan 1447H, iaitu Khamis, 19 Mac 2026. Cerapan ini telah menentukan bahawa 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026. Keputusan rasmi ini diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 19 Mac 2026. Ikuti siaran langsung di media utama atau live streaming di RTMKlik https://rtmklik.rtm.gov.my/

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Pengumuman Hari Raya Aidil Fitri 2026

Tarikh 1 Syawal bagi tahun 2026 ialah pada Sabtu, 21 Mac 2026.

Cerapan rasmi akan dilakukan di 29 lokasi di seluruh Malaysia oleh pihak berkuasa agama dan pakar falak.

Keputusan cerapan ini menentukan sama ada Hari Raya Aidilfitri disambut pada 20 Mac atau 21 Mac 2026.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dan pengisytiharaannya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui saluran radio dan televisyen pada malam tersebut.

Pengisytiharan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M telah diumumkan pada:

  • 19 Mac 2026 (Khamis)
  • 8:00 malam

Saksikan LIVE Streaming melalui RTM Klik :

Lokasi Cerapan Hilal di Malaysia

Berikut adalah 29 lokasi cerapan hilal di Malaysia:

  1. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Perlis
  2. Menara Telekom, Alor Setar, Kedah
  3. Kg. Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
  4. Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah
  5. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang
  6. Pantai Pasir Panjang, Manjung, Perak
  7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
  8. Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor
  9. Bukit Jugra, Banting, Selangor
  10. Menara Kuala Lumpur
  11. Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
  12. Balai Cerap Negeri Sembilan, Port Dickson, N.Sembilan
  13. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tg. Bidara, Melaka
  14. Bangunan Sultan Ismail, Pontian Kecil, Johor
  15. Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, Pahang
  16. Menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang
  17. Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
  18. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
  19. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
  20. Balai Cerap KUSZA, Merang, Setiu, Terengganu
  21. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
  22. Menara SEDC, Kota Bharu, Kelantan
  23. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
  24. Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Kelantan
  25. Balai Cerap AI-Biruni, Tg. Dumpil, Putatan, Sabah
  26. Menara Universiti Malaysia Sa bah, Kampus Antarabangsa Labuan
  27. Pusat Falak Miri, Luak Esplanade, Miri, Sarawak
  28. Pusat Falak Bintulu,Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
  29. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
Nota: Saksikan siaran langsung TikTok JUPEM sempena Majlis Rasmi Cerapan Hilal Syawal 1447H oleh pasukan JUPEMedia dan JUPEM WPKL/Putrajaya pada 19 Mac 2026 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Kalender Islam 2026

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting dalam kalander Islam di Malaysia yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh JAKIM.

Baca juga: Hari Raya Aidilfitri 2026 – Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM

TAHUNTARIKHHARICUTINEGERI
202621 MACSABTUHARI RAYA AIDIL FITRISEMUA NEGERI
202622 MACISNINHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERI
Tarikh Hari Raya Puasa 2026

Sumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.

Kaedah Penentuan Hari Raya di Malaysia

Penentuan awal Ramadan dan hari raya di Malaysia serta sebahagian negara di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara Islam yang lain adalah menggunakan keadah pencerapan dan pengiraan atau lebih dikenali sebagai rukyah dan hisab.

Antara kandungan resolusi daripada Persidangan Hilal Negara-Negara Islam di Istanbul pada tahun 1978 menyebut ‘hukum asal adalah dengan melihat anak bulan, sama ada dengan mata fizikal atau menggunakan instrument moden; menggunakan pengiraan astronomi bagi menentukan awal bulan dengan syarat hilal berada di atas ufuk dan boleh kelihatan selepas waktu matahari terbenam’.

Bagi menentukan kemungkinan penampakan hilal (Imkanur Rukyah) beberapa kreteria telah ditetapkan.

Melalui kaedah penyelarasan rukyah dan hisab ini, tarikh mencerap hilal ditetapkan pada hari ke-29 bulan Hijrah.

Pengumuman mengenai tarikh mencerap hilal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja bersama senarai tempat melihat hilal yang rasmi.

Pada tarikh tersebut perwakilan rasmi yang akan diketuai oleh SS Mufti Negeri bersama jawatankuasanya akan melakukan cerapan hilal di lokasi yang telah ditetapkan.

Sama ada hilal kelihatan dengan jelas atau tidak kelihatan, hilal akan dianggap kelihatan dari segi hisab jika ia memenuhi kreteria Imkanur Rukyah.

Pengumuman mengenai tarikh berpuasa dan berhari raya akan diumumkan melalui media massa oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja sebaik sahaja menerima laporan dari seluruh Negara.

Sebahagian negara lain, pihak berkuasa mereka menetapkan kaedah rukyah semata-mata pada penentuan awal Ramadan dan hari raya. Bermaksud, jika pada hari cerapan hilal tidak dapat dilihat, maka pada keesokan harinya menjadi hari ke 30hb.

Maka tidak hairanlah, ada perbezaan permulaan Ramadan dan hari raya antara negara-negara oleh sebab berbeza kaedah penetapan.

Sebagai rakyat yang menetap disesebuah negara, wajib ikut dan patuh pada penetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara(Ulul Amri).

Untuk bacaan lanjut: https://maktabahalbakri.com/penentuan-awal-bulan-syawal-di-malaysia/

Soalan Lazim Hari Raya Aidilfitri 2026 di Malaysia

1. Bilakah tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 di Malaysia?

Tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri 2026 di Malaysia hanya akan ditentukan selepas cerapan anak bulan Syawal pada 29 Ramadan 1447H, iaitu Khamis, 19 Mac 2026. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 8 malam tersebut.pengumuman raya jakim 2026

2. Hari Raya Aidilfitri 2026 kemungkinan jatuh pada tarikh berapa?

Berdasarkan proses cerapan anak bulan, 1 Syawal 1447H berkemungkinan jatuh sama ada pada 20 Mac atau 21 Mac 2026, bergantung kepada sama ada anak bulan Syawal dapat dilihat atau tidak.

3. Mengapa tarikh Hari Raya Aidilfitri tidak diumumkan lebih awal?

Tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia tidak diumumkan lebih awal kerana ia perlu ditentukan melalui cerapan anak bulan Syawal. Kaedah ini selaras dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyeru umat Islam berpuasa dan berhari raya berdasarkan penglihatan anak bulan.

4. Apakah kaedah penentuan awal Syawal di Malaysia?

Malaysia menggunakan kaedah imkan al-ru’yah, iaitu kaedah yang menentukan kenampakan anak bulan berdasarkan syarat astronomi tertentu seperti ketinggian bulan dan jarak lengkung antara matahari dan bulan.

5. Apakah syarat kenampakan anak bulan menurut kaedah imkanul-rukyah?

Anak bulan dianggap boleh kelihatan jika:

– Ketinggian bulan sekurang-kurangnya 3 darjah ketika matahari terbenam, dan
– Jarak lengkung antara matahari dan bulan tidak kurang daripada 6.4 darjah.

6. Berapa lokasi cerapan anak bulan di Malaysia?

Cerapan anak bulan Syawal akan dilakukan di 29 lokasi rasmi di seluruh Malaysia pada petang 19 Mac 2026.

7. Siapakah yang mengumumkan tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri?

Pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas keputusan cerapan anak bulan diperoleh.

8. Adakah benar Hari Raya 2026 jatuh pada hari Jumaat?

Menurut Mufti Negeri Sembilan, Prof. Madya Datuk Dr. Faudzinaim Badaruddin, dakwaan yang mengatakan 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat adalah tidak benar kerana tarikh sebenar hanya akan ditentukan selepas proses cerapan anak bulan.

9. Mengapa tarikh Hari Raya boleh berbeza antara negara?

Tarikh Hari Raya Aidilfitri boleh berbeza antara negara kerana setiap negara menggunakan kaedah penentuan awal bulan hijrah yang berbeza, sama ada berdasarkan cerapan anak bulan atau pengiraan astronomi.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut