Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempelawa orang ramai untuk memohon Rumah Majlis (Council Home), iaitu kediaman transit yang ditawarkan pada kadar sewa RM1,000 sebulan dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://eperumahan.dbkl.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai rumah ini.

Mengenai Rumah Majlis DBKL
Rumah Majlis atau Council Home merupakan inisiatif penyediaan perumahan mampu sewa yang ditawarkan oleh DBKL kepada golongan B40 dan M40.
Konsep rumah ini adalah rumah sewa yang tidak dijual kepada orang awam bagi memastikan stok rumah sewa mampu milik sentiasa tersedia untuk warga kota yang memerlukan.
Untuk tahun 2027, DBKL memperuntukkan sebanyak RM97.53 juta bagi pelaksanaan empat projek Rumah Majlis yang melibatkan keseluruhan 2,817 unit, merangkumi:
- Rumah Majlis Taman Desa – 1,175 unit
- Rumah Majlis Cheras – 702 unit
- Rumah Majlis Sungai Besi – 700 unit
- Rumah Majlis Sri Permaisuri – 240 unit
Perbezaan Rumah Majlis, Perumahan Awam & Program Perumahan Rakyat (PPR)
Berikut adalah perbezaan antara Rumah Majlis, Perumahan Awam & Program Perumahan Rakyat (PPR):
| Rumah Majlis | Perumahan Awam | Program Perumahan Rakyat (PPR) | |
| Konsep Utama | Rumah transit / sewaan sementara berkonsep moden sebelum penyewa mampu membeli rumah sendiri. | Projek perumahan kos rendah lama (kebanyakannya dibina sekitar 1950-an hingga 1990-an). | Penempatan semula setinggan dan rumah kos rendah bagi golongan B40 di seluruh negara. |
| Status Unit | Sewaan sahaja dengan tempoh penyewaan terhad. | Kebanyakannya sewaan, namun sebahagian unit lama telah dijual kepada penyewa sedia ada. | Terbahagi kepada PPR disewa dan PPR dimiliki (boleh dibeli). |
| Saiz dan Reka Bentuk | Lebih luas iaitu 750 – 807 kps dengan 3 bilik tidur & 2 bilik air. | Lebih kecil dan lama (kebanyakannya 1–2 bilik tidur untuk blok lama, sekitar 400–650 kps). | Standard minimum 700 kps, 3 bilik tidur & 1–2 bilik air. |
Harga Sewaan
Harga sewaan yang ditawarkan adalah serendah RM1,000 sebulan, lebih rendah berbanding kadar pasaran.
Keluasan Rumah
Keluasan rumah ini yang ditawarkan antara 750 hingga 807 kaki persegi dan setiap unit dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.
Tempoh Penyewaan
Tempoh penyewaan pula dihadkan kepada tiga tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai warga kota menikmati kemudahan ini.
Dalam tempoh tersebut, penyewa dinasihatkan untuk merancang kewangan dan menabung sebagai persediaan memiliki kediaman sendiri pada masa hadapan.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon rumah ini adalah seperti berikut:
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Mempunyai pendapatan isi rumah bersih antara RM1,500 hingga RM6,500 sebulan.
- Tidak memiliki kediaman sendiri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan rumah ini, sila layari laman web https://eperumahan.dbkl.gov.my/.
Soalan Lazim
Rumah Majlis atau Council Home merupakan inisiatif penyediaan perumahan mampu sewa yang ditawarkan oleh DBKL kepada golongan B40 dan M40.
Harga sewaan yang ditawarkan adalah serendah RM1,000 sebulan.
Keluasan rumah yang ditawarkan antara 750 hingga 807 kaki persegi dan setiap unit dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.
Tempoh penyewaan pula dihadkan kepada tiga tahun.
Tidak. Konsep rumah ini adalah rumah sewaan sahaja dan tidak boleh dibeli.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://eperumahan.dbkl.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Majlis DBKL, sila layari laman web DBKL iaitu https://www.dbkl.gov.my.
Baca juga: Rumah Mampu Milik Johor – Permohonan, Syarat & Tarikh Tutup




