Ada individu yang masih menggunakan sijil kelahiran lama bertulis tangan atau dokumen yang sudah rosak dan pudar. Tak kurang juga yang ter’hilang’ dokumen ni semasa urusan pindah rumah dan sebagainya. Bolehkah kita dapatkan semula surat beranak / sijil lahir yang hilang ni? Kena denda tak? Berapa bayaran kena standby? Nak ambil di mana? Ha… Jom kami kongsikan caranya.
Apakah itu Sijil Kelahiran / Surat Beranak?
Sijil kelahiran atau lebih dikenali sebagai surat beranak ialah dokumen rasmi penting yang dikeluarkan selepas kelahiran seseorang individu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Di Malaysia, setiap kelahiran WAJIB didaftarkan tanpa mengira taraf perkahwinan atau kewarganegaraan ibu bapa bayi.
Untuk makluman, JPN akan mengeluarkan sijil lahir berwarna hijau kepada bayi warganegara Malaysia, manakala sijil berwarna merah jambu diberikan kepada bukan warganegara.
Dokumen ini mengandungi pelbagai maklumat penting seperti nama individu, tarikh lahir, nombor sijil kelahiran, nama ibu bapa serta maklumat lain berkaitan identiti diri.
Walaupun surat beranak biasanya hanya disimpan dan tidak dibawa seperti kad pengenalan, ia sering diperlukan untuk urusan penting seperti pendaftaran sekolah, perkahwinan, permohonan dokumen rasmi dan sebagainya.
Selain itu, sijil kelahiran juga menjadi dokumen penting bagi mengesahkan status kewarganegaraan seseorang individu di Malaysia.

Betul Ke Surat Beranak Tulisan Tangan Kena Tukar Baru?
Dakwaan yang tular kononnya sijil kelahiran bertulis tangan sudah tidak sah digunakan untuk urusan rasmi adalah TIDAK TEPAT.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah membatalkan penggunaan sijil kelahiran lama yang ditulis tangan dan dokumen tersebut masih sah digunakan sehingga sekarang.
Namun begitu, dalam keadaan tertentu, orang ramai disarankan untuk mendapatkan cabutan sijil kelahiran versi terkini terutama jika sijil asal mengalami kerosakan, tulisan semakin pudar atau sukar dibaca.
Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang masalah atau kesukaran ketika berurusan pada masa akan datang.

Cara Tukar Surat Beranak Lama ke Baru

Kalau sijil kelahiran anak hilang, rosak atau masih menggunakan format lama, ibu ayah boleh membuat permohonan salinan baharu melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Berikut ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan:
1. Hadir ke JPN Berhampiran
Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN di seluruh Malaysia dan tidak semestinya di tempat anak didaftarkan dahulu.
Ini memudahkan ibu ayah untuk menukar atau mendapatkan semula sijil lahir anak tanpa perlu ke lokasi asal pendaftaran.
2. Bawa Dokumen PentingPemilik Sijil Kelahiran/ ibu-bapa/ waris boleh memohon Cabutan Sijil Kelahiran dengan cara :-
Anda perlu membawa:
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri (asal dan salinan)
3. Isi Borang Permohonan
Di kaunter JPN, anda perlu mengisi borang permohonan cabutan sijil kelahiran iaitu Borang JPN.LM12. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan lengkap bagi melancarkan proses penukaran surat beranak lama ke baru.
4. Bayaran Dikenakan
Bayaran RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran.
5. Tempoh Siap
Kebiasaannya, salinan sijil kelahiran baharu boleh diperoleh pada hari yang sama bergantung kepada keadaan dan jumlah pelanggan di cawangan JPN tersebut.
Proses ini dianggap agak cepat sekiranya semua dokumen lengkap disediakan.
Perkara Penting Yang Ibu Ayah Kena Tahu
- Pastikan semua maklumat anak seperti nama dan nombor sijil disemak dengan teliti sebelum mengambil salinan baharu.
- Simpan surat beranak baharu di tempat yang selamat bagi mengelakkan kerosakan atau kehilangan pada masa akan datang.

Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat pertanyaan atau soalan, sila membuat pertanyaan melalui
Laman web: e-Pertanyaan (SISPAA JPN)
atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my)
Facebook : Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Laman web: https://www.jpn.gov.my
Soalan Lazim Cara Tukar Surat Beranak Lama Ke Baru
Ya, surat beranak lama termasuk yang bertulis tangan boleh ditukar kepada format baharu melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ya, surat beranak lama masih sah digunakan untuk urusan rasmi selagi maklumat pada dokumen tersebut masih jelas dan boleh dibaca.
Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN di seluruh Malaysia dan tidak semestinya di tempat kelahiran didaftarkan.
Antara dokumen yang diperlukan ialah:
Kad pengenalan diri
MyKid atau dokumen pengenalan anak (jika ada)
Surat beranak lama / IC
Bayaran RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran.
Selalunya sijil kelahiran baharu boleh siap pada hari yang sama bergantung kepada keadaan di cawangan JPN.
Boleh, namun wakil perlu membawa dokumen sokongan dan surat kuasa jika diminta oleh pihak JPN.
Baca juga: Cara Tukar Alamat IC (Kad Pengenalan / Mykad) JPN




