Cara Tukar Alamat IC (Kad Pengenalan / Mykad) JPN

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Tukar alamat pada IC (Kad Pengenalan/MyKad) mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya ia adalah satu keperluan penting yang perlu diberi perhatian.

Selain untuk update tempat mengundi, mengemas kini alamat tempat tinggal pada rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya selaras dengan alamat semasa anda juga akan memudahkan banyak perkara.

Kalau alamat masih pakai yang lama, boleh menyebabkan pelbagai urusan rasmi menjadi sukar, terutamanya melibatkan dokumen penting dan pengesahan identiti. Jadi, bagaimana cara nak tukar alamat pada IC kita?

Di sini kami kongsikan caranya.

Kenapa Kena Tukar Alamat MyKad?

Walaupun cip pada MyKad tidak memaparkan alamat secara fizikal, maklumat tersebut disimpan dalam sistem JPN dan digunakan untuk tujuan pengesahan identiti serta urusan rasmi.

Proses ini penting apabila anda berpindah rumah kerana banyak urusan bergantung pada alamat terkini—contohnya pendaftaran pengundi, urusan bank, insurans, cukai, bantuan kerajaan, dan penghantaran dokumen rasmi.

Jika alamat tidak dikemas kini, ia boleh menyebabkan masalah seperti surat penting tidak sampai atau kesukaran semasa pengesahan dokumen.

Tahukah anda, berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, setiap individu yang memiliki kad pengenalan dan berpindah ke tempat kediaman baharu selama tempoh 90 hari atau lebih wajib mengemas kini alamat pada IC / MyKad?

Syarat-syarat Tukar Alamat IC

Berikut adalah syarat-syarat untuk tukar alamat IC yang perlu anda tahu:

  1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
  2. Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  3. Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.
  4. Bagi pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjaga
  5. Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).

Dokumen yang Diperlukan

Berikut adalah antara senarai dokumen yang perlu dibawa untuk memudahkan proses penukaran alamat di kad pengenalan. Anda hanya perlu membawa salah satu dokumen rasmi sebagai bukti tempat tinggal.

  1. Dokumen Pemohon (Asal)
    • Kad Pengenalan.
  2. Dokumen Sokongan
    • Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran / cukai pendapatan / perjanjian jual beli rumah / lain-lain dokumen seumpamanya bagi membuktikan pemohon telah menetap di alamat baru tersebut. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Bayaran / Fi Tukar Alamat Pada MyKad

Bayaran fi dikenakan sekiranya pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad pengenalan baharu, dengan kadar berikut:

  • Warganegara
    – Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM10.00
  • Bukan Warganegara
    – Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM40.00

Waktu Operasi Kaunter JPN

Walaupun pelaksanaan BDR (Bekerja Dari Rumah) akan berlangsung, waktu operasi kaunter Jabatan Pendaftaran Negara TIDAK TERJEJAS dan akan tetap beroperasi seperti biasa.

🕘 Isnin – Khamis
8.00 pagi – 4.45 petang
(Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang)

🕘 Jumaat
8.00 pagi – 4.45 petang
(Rehat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang)

🏢 Kaunter JPN di UTC
8.00 pagi – 7.00 malam
(Hujung Minggu)
8.00 pagi – 5.00 petang

Orang ramai adalah digalakkan untuk hadir mengikut waktu operasi yang ditetapkan bagi melancarkan urusan di kaunter.

Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada waktu operasi UTC yang berbeza di setiap lokasi.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat pertanyaan atau soalan, sila membuat pertanyaan melalui

Laman web: e-Pertanyaan (SISPAA JPN)

atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my)

Facebook : Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Laman web: https://www.jpn.gov.my

Soalan Lazim Tukar Alamat IC

Mengapa perlu tukar alamat IC?

Berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang  seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan.

Apakah syarat permohonan tukar alamat IC?

1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
2. Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.
3. Bagi pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjaga

Apakah prosedur permohonan untuk menukar alamat IC?

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan?

1. Dokumen Pemohon (Asal)
Kad Pengenalan.

2. Dokumen Sokongan
Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Adakah terdapat bayaran/Fi yang dikenakan?

Warganegara
– Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM10.00

Bukan Warganegara
– Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM40.00

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut