Advertisements

TEKUN Mobilepreneur 4.0: Bantuan Hingga RM10,000 Untuk Rider

Advertisements

TEKUN Nasional membuka peluang kepada golongan yang hilang mata pencarian termasuk para belia untuk menjadi ‘rider’ bagi syarikat penghantaran makanan, barangan dan keperluan harian melalui Program TEKUN Mobilepreneur 4.0 yang telah dilancarkan bagi tahun 2021.

Sebelum ini pembiayaan melalui TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 telah dilancarkan dengan mensasarkan untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP.

Adakah anda berminat untuk memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0?

Jom baca syarat kelayakan dan butiran lebih lanjut tentang skim ini di bawah:

tekun mobilepreneur 4

Apakah Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0?

Ia adalah pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Program ini adalah merupakan insiatif kerajaan di bawah TEKUN Nasional untuk membantu golongan yang terjejas pendapatan akibat penularan COVID-19 dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang lalu.

Melalui skim ini, pembiayaan disediakan kepada usahawan untuk tujuan berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Modal pusingan

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Program Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0.

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam ( MOT )
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.
tekun mobilepreneur 4

Jumlah Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

Nilai Pembiayaan RM1,000 – RM10,000 mengikut tujuan permohonan adalah seperti berikut:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Modal pusingan

Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah 1 tahun sehingga 3 tahun.

Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Baca juga: Aduan Potholes DBKL: Cara Hantar Aduan Melalui WhatsApp

Cara Permohonan

Sesiapa yang berminat boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan TEKUN Mobilepreneur 4.0.

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP25 / JPP17)
  • Gambar pemohon ukuran passport
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
  • Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
  • Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
  • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan
tekun mobilepreneur 4

Baca juga: SPS Lindung: Faedah SKSPS PERKESO Untuk Delivery Riders

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur, sila berhubung dengan pihak TEKUN Nasional di talian 03-9059 8888.

Anda juga boleh mendapatkan info terkini serta mengajukan sebarang pertanyaan melalui Facebook Rasmi TEKUN Nasional di pautan https://www.facebook.com/tekunasional/posts/238477901644622

Leave a Comment