Aduan Potholes DBKL: Cara Hantar Aduan Melalui WhatsApp

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan talian aduan melalui aplikasi WhatsApp dikenali sebagai ‘Aduan Potholes DBKL’ bagi kemudahan orang ramai membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan kerosakan jalan raya di ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mahadi Che Ngah berkata aplikasi yang dilancarkan pada 7 Jan lepas itu membantu DBKL untuk segera membaiki sebarang jalan raya rosak atau berlubang berdasarkan maklumat orang ramai bagi memastikan ibu negara bebas daripada jalan berlubang.

Aduan Potholes DBKL ini diwujudkan demi keselamatan pengguna jalan raya berikutan banyak kes kemalangan dilaporkan berlaku sejak beberapa minggu ini berpunca daripada terdapatnya jalan berlubang di atas jalan raya.

Baca juga: SPS Lindung: Faedah SKSPS PERKESO Untuk Delivery Riders

Cara Buat Aduan Potholes DBKL

Untuk membuat aduan kerosakan jalan kepada DBKL, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan:

  1. Sila ambil gambar potholes / kerosakan jalan yang terlibat
  2. Hantarkan ke aplikasi whatsapp Aduan Potholes DBKL – 011 62396652 atau https://wa.link/jobdg3 atau scan QR code di atas
  3. Sila berikan lokasi yang tepat bagi membolehkan pihak DBKL melaksanakan kerja baikpulih dengan lebih pantas.

Sila rujuk contoh aduan di bawah:

aduan potholes dbkl
aduan potholes dbkl

Baca juga: Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos: Harga & Dokumen Yang Perlu Dibawa

Maklumat Lanjut

Selain aplikasi tersebut, DBKL juga mempunyai pelbagai saluran bagi orang awam memanjangkan aduan berkaitan jalan berlubang, antaranya melalui

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!