SPS Lindung: Faedah SKSPS PERKESO Untuk Delivery Riders

Bermula 1 Januari 2021, Kerajaan akan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri yang menghantar barangan dan makanan (Delivery Riders) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO yang dikenali sebagai SPS Lindung.

Perlindungan daripada bencana pekerjaan ini dikenali sebagai SPS Lindung.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang SPS Lindung beserta manfaatnya untuk anda.

Apakah SPS Lindung?

SPS Lindung atau juga dikenali sebagai Skim Bencana Pekerjaan di bawah perlindungan sosial adalah bantuan Kerajaan yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada 6 November 2020.

Ia bertujuan bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial
di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS).

Bantuan Kerajaan ini adalah merupakan pakej penambahbaikan ke
atas inisiatif PenjanaGig yang sedia ada diberikan kepada kumpulan ini sejak 15 Jun 2020.

Manfaat

Inisiatif ini ditanggung oleh Kerajaan sepenuhnya iaitu sebanyak RM232.80 seorang untuk tempoh perlindungan setahun dengan menggunakan peruntukan Belanjawan 2021.

Pembiayaan penuh Pelan 2 SKSPS ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 orang mulai 1 Januari 2021.

Berikut adalah faedah di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri atau SPS Lindung.

Baca juga: Cara Pendaftaran SSM BizTrust, Percuma Hingga 31 Disember 2021

Syarat Kelayakan

Kumpulan sasaran OBS di bawah program inisiatif Kerajaan ini adalah Delivery Riders dengan jumlah sasaran penerima seramai 40,000 orang.

Delivery Riders di sini merujuk kepada pekerja sendiri yang melaksanakan aktiviti penghantar barangan ataupun makanan dengan menggunakan motorsikal, basikal ataupun berjalan kaki.

Syarat-syarat kelayakan SPS Lindung adalah seperti berikut:

  1. bertaraf warganegara Malaysia / permastautin tetap;
  2. tanpa mengira had umur;
  3. OBS bekerja sendiri di bawah kategori delivery riders iaitu penghantar barangan atau makanan;
  4. iekerja sepenuh masa atau separuh masa; dan
  5. OBS (orang bekerja sendiri) bekerja di Malaysia.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat terus kepada pejabat PERKESO atau melalui Platform Penyedia Perkhidmatan masing-masing.

Dokumen yang diperlukan untuk delivery riders adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan;
  2. Profil id pekerjaan OBS daripada Platform Penyedia Perkhidmatan; dan
  3. Salinan lesen motorsikal.
  4. Bagi yang berbasikal ataupun berjalan kaki, pekerja hendaklah mengemukakan salinan pendaftaran di bawah platform penyedia perkhidmatan ekonomi gig yang berkaitan.

Baca juga: Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2021 (Jadual Bulanan SOCSO)

Semakan Status Kelulusan

OBS boleh menyemak pendaftaran dan caruman melalui:

  • Sistem Matrix (https://matrix.perkeso.gov.my) iaitu melalui status Pengesahan Bekerja Sendiri;
  • Semakan kelayakan permohonan di 54 buah kaunter pejabat PERKESO di seluruh Negara; dan
  • OBS yang berjaya menyertai program SPS Lindung akan menerima notifikasi pengesahan penyertaan melalui emel.

Maklumat Lanjut Tentang SPS Lindung

Info lanjut, boleh rujuk Soalan-soalan Lazim (FAQ) SPS Lindung – Delivery Riders PERKESO Bil. 1/2021 di https://www.perkeso.gov.my/…/312220_-_FAQ_SPS_LINDUNG.pdf

ATAU

Sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!