Menurut Kalendar JAKIM, pada 18 MEI 2026 (ISNIN) jatuhnya 1 Zulhijjah, justeru tarikh 17 MEI 2026 (SELASA) adalah hari terakhir bagi mereka yang berniat melakukan ibadah korban untuk memotong kuku, bercukur dan seumpamanya.
Hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.
Hadis Riwayat Imam Muslim (1977)
Berikut dikongsikan mengenai tarikh-tarikh penting pada bulan Zulhijjah 2025/1446H dan keistimewaannya kepada umat Islam sepanjang tarikh penting tersebut.
Penentuan Tarikh-tarikh Penting Zulhijjah 2026
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M pada RABU, 27 MEI 2026
*Tarikh ini bergantung pada pengisytiharan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan akan dikemaksini kelak sekiranya terdapat perubahan.
Lihat lampiran di bawah:



TARIKH PENTING & PUASA SUNAT ZULHIJJAH:
- Hari Terakhir Bercukur & Potong Kuku bagi yang menunaikan ibadah Korban : Selasa, 17 Mei 2026 (30 Zulkaedah)
- 1 Zulhijjah = Isnin,18 Mei 2026
- 2 Zulhijjah = Selasa,19 Mei 2026
- 3 Zulhijjah = Rabu, 20 Mei 2026
- 4 Zulhijjah = Khamis, 21 Mei 2026
- 5 Zulhijjah = Jumaat, 22 Mei 2026
- 6 Zulhijjah = Sabtu, 23 Mei 2026
- 7 Zulhijjah = Ahad, 24 Mei 2026
- 8 Zulhijjah = Isnin, 25 Mei 2026 (Hari Tarwiyah)
- 9 Zulhijjah = Selasa, 26 Mei 2026 (Hari Arafah)
- 10 Zulhijjah = Rabu, 27 Mei 2026 (Hari Raya Aidiladha)
- 11-13 Zulhijjah = 28 – 30 Mei 2026 (Hari Tasyrik – diiharamkan berpuasa)


Keistimewaan & Kelebihan 10 Hari Pertama Dzulhijjah
1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad
Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?
KELEBIHAN BESAR 10 HARI AWAL ZULHIJJAH
Rasulullah SAW memberikan gambaran tentang keistimewaan 10 hari awal Zulhijjah. Disebutkan dalam sebuah hadis:
مَا العَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ. قَالُوا: وَلاَ الجِهَادُ؟ قَالَ: وَلاَ الجِهَادُ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ
Rasulullah bersabda: “Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik berbanding amalan pada 10 hari ini (10 hari awal Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Jihad juga tidak?”
Jawab Baginda: “Jihad juga tidak, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya lalu dia syahid dan tidak kembali lagi.”
(Sahih al-Bukhari, no. 969)
Rebut peluang beramal soleh pada 10 hari awal bulan Zulhijjah. Sangat besar ganjarannya.

2. Hari Yang Paling Baik Dalam Setahun
10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
3. Hari Yang Dicintai Allah
Sabda Rasulullah:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)
Semoga perkongsian mengenai hari-hari penting pada bulan Zulhijjah 2024M/1445H ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana.
Selamat memperbanyakkan amalan dan merebutkan peluang pada bulan Zulhijjah 2024M/1445H ini supaya kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.
Rujukan ; My Hadith Time, Dr Ahmad Sanusi Azmi
Baca juga:
- Niat Puasa Sunat Zulhijjah 2025, Hari Tarwiyah, Arafah & Kelebihan
- Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah & Amalan Sunnah Dianjurkan
Soalan Lazim Tarikh Penting Zulhijjah
Tarikh 1 Zulhijjah 1447H jatuh pada Isnin, 18 Mei 2026 (tertakluk kepada pengumuman rasmi rukyah dan hisab oleh pihak berkuasa).
Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah): Isnin, 25 Mei 2026
Hari Arafah (9 Zulhijjah): Selasa, 26 Mei 2026
Kedua-dua hari ini sangat digalakkan untuk berpuasa sunat, khususnya puasa Hari Arafah.
Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) jatuh pada Rabu, 27 Mei 2026.
Hari Tasyrik ialah:
11 Zulhijjah: Khamis, 28 Mei 2026
12 Zulhijjah: Jumaat, 29 Mei 2026
13 Zulhijjah: Sabtu, 30 Mei 2026
Berpuasa adalah diharamkan pada hari-hari Tasyrik.
Puasa pada 1–9 Zulhijjah termasuk amalan yang sangat dianjurkan kerana amalan soleh dalam 10 hari pertama Zulhijjah adalah antara yang paling dicintai Allah SWT.
Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang bagi orang yang tidak menunaikan haji.
Hari terakhir ialah pada Selasa, 17 Mei 2026 (30 Zulkaedah 1447H). Selepas masuk 1 Zulhijjah, orang yang berniat melakukan ibadah korban disunatkan untuk tidak memotong rambut dan kuku sehingga selesai korban.



