Pengumuman 1 Zulhijjah & Hari Raya Haji 2023

Pengumuman 1 Zulhijjah (Hari Raya Haji) – Tarikh Lihat Anak Bulan

[TERKINI] Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun – Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja

Jawatankuasa-jawatankuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijjah di lebih 20 lokasi di seluruh negara bagi menentukan tarikh 1 Zulhijjah.

Berikut dikongsikan tarikh pengumuman 1 Zulhijjah, dan Hari Raya Haji yang akan disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun.

Pengumuman 1 Zulhijjah & Tarikh Hari Raya Haji

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Ahad, 18 Jun bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijrah, demikian menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

[TERKINI] Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun – Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah.

10 Zulhijjah 1444H jatuh pada Khamis 29 Jun 2023M bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.

Rujuk video di bawah:

20 Lokasi Melihat Anak Bulan

Lokasi melihat anak bulan tersebut ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.

Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu di Kelantan.

Pusat Falak, Miri dan Teluk Bandung, Kuching di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah serta Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berinchang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Turut menjadi lokasi melihat anak bulan itu ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.

Baca juga :

Cuti Hari Raya Haji Setiap Negeri

Cuti Hari Raya Korban (hari pertama) adalah cuti kelepasan am bagi setiap negeri di Malaysia.

Terdapat negeri yang mengambil cuti 2 hari bagi Hari Raya Haji iaitu:

  • Kelantan
  • Terengganu

Sila rujuk Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dalam lampiran di bawah:

CUTI Hari Raya Haji KPM SEKOLAH
Sumber : Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Cuti Sekolah Tambahan KPM Sempena Aidiladha 2023

Untuk makluman ibu bapa dan para guru, KPM telah memberi cuti tambahan sehari kepada Negeri Kumpulan A manakala cuti tambahan 2 hari diberikan kepada Negeri Kumpulan B sempena Hari Raya Aidiladha 2023 ini.

Oleh itu, tarikh cuti bagi sekolah-sekolah adalah seperti berikut :

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2023

  • 28/6/2023 – RABU (CUTI KPM BAGI)
  • 29/6/2023 – KHAMIS (CUTI UMUM)
  • 30/6/2023 – JUMAAT
  • 1/7/2023 – SABTU
  • 2/7/2023 – AHAD* (Negeri Kumpulan B sahaja)

Nota :

  • Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
  • Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan
CUTI Hari Raya Haji KPM SEKOLAH
Sumber jadual: Facebook Cikgu Muhamad Fariez
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!