Pengumuman Dividen ASB 2025 – Jumlah & Agihan Pendapatan

tarikh dividen asb 2025
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pengumuman rasmi tarikh dividen ASB 2025 telah dikeluarkan oleh PNB iaitu pada 19 Disember 2025 (Jumaat). Untuk maklumat lanjut dan pengesahan terkini, anda boleh layari portal rasmi myASNB di pautan berikut: www.myasnb.com.my

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kadar dividen ASB 2025 untuk makluman semua pemegang amanah ASB.

Apa itu ASB?

Amanah Saham Bumiputera (ASB) ialah skim unit amanah yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada tahun 1990.

Tujuan utamanya adalah memberi peluang kepada Bumiputera melabur dalam instrumen pelaburan yang stabil dengan risiko rendah tetapi pulangan kompetitif.

  • Modal rendah – boleh mula serendah RM10.
  • Pulangan konsisten – dividen stabil berbanding simpanan biasa.
  • Mudah diurus – semakan, pelaburan dan pengeluaran boleh dibuat secara online.

Dividen ASB pula ialah pulangan tahunan daripada pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Kadar dividen ini sering menjadi bualan kerana pulangannya yang kompetitif dan boleh dijadikan sebagai simpanan masa depan bebas risiko untuk pelbagai tujuan kewangan.

BACA JUGA: Lupa Kata Laluan ASB & Cara Aktifkan Semula Akaun

Tarikh Dividen ASB 2025

Bila tarikh dividen ASB diumumkan untuk tahun 2025?

Berdasarkan tradisi ASNB, pengumuman secara rasmi lazimnya berlaku pada penghujung Disember setiap tahun.

Untuk tahun sebelum ini, dividen diumumkan pada 31 Disember, dan dikreditkan ke akaun pelabur bermula 1 Januari berikutnya.

Untuk 2025, pengumuman dijangka juga pada akhir Disember. Selepas diumumkan, dividen akan terus dikreditkan ke dalam akaun pelabur pada awal Januari.

Oleh itu pastikan sentiasa semak portal rasmi ASNB atau aplikasi myASNB untuk notifikasi terkini.

Jika merujuk rekod beberapa tahun kebelakangan ini:

  • 2021 → 31 Disember
  • 2022 → 31 Disember
  • 2023 → 31 Disember
  • 2024 → 31 Disember

Setiap tahun, dividen ASB diumumkan pada penghujung Disember (31 Disember), dan dikreditkan ke akaun pelabur pada 1 Januari berikutnya.

Berdasarkan pola ini, sangat besar kemungkinan tarikh pengumuman dividen ASB bagi tahun 2025 juga akan dibuat pada 31 Disember 2025, dan pembayaran dividen terus dikreditkan pada awal Januari 2026.

Pengesahan rasmi hanya diberikan oleh PNB melalui portal ASNB dan aplikasi myASNB, maka sentiasa semak sumber rasmi untuk notifikasi terkini.

NOTA: Tarikh dividen ASB sebenar akan dikemaskini kelak setelah pengumuman rasmi.

Kadar Dividen ASB 2025

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan kadar pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit bagi dana terasnya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2025.

Untuk rujukan, berikut kadar dividen beberapa tahun kebelakangan:

  • 2021 → 4.25% + 0.75% bonus
  • 2022 → 4.60% + 0.50% bonus
  • 2023 → 5.00% + 0.50% bonus
  • 2024 → 5.25% + 0.50% bonus
  • 2025 → 5.75%
dividen asb
dividen asb
dividen asb

Bagi melancarkan proses pengiraan dan penutupan akaun tahunan, semua transaksi ASB di cawangan, ejen ASNB, serta saluran digital termasuk perbankan internet akan digantung sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025.

Urus niaga akan dibuka semula melalui platform dalam talian dan perbankan internet mulai 1 Januari 2026, manakala perkhidmatan di kaunter cawangan dan ejen ASNB akan beroperasi semula pada 2 Januari 2026.

Bagaimana Dividen ASB Dikreditkan ke Akaun?

Ramai keliru antara tarikh pengumuman dividen ASB dan tarikh duit masuk akaun. Sebenarnya:

  • Pengumuman tarikh dividen biasanya dibuat pada minggu terakhir Disember (Belum rasmi).
  • Pengkreditan dividen pula biasanya pada 1 Januari tahun berikutnya.

Contohnya, jika dividen diumumkan pada 27 Disember 2025, pelabur akan mula lihat duit masuk ke akaun pada 1 Januari 2026. Semua dividen akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun ASB pelabur.

Bagi dividen ASB 2025, ia akan dikreditkan secara automatik ke akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026, dan semakan boleh dibuat melalui platform myASNB bermula jam 12 tengah malam pada tarikh tersebut.

BACA JUGA: Cara Simpan Duit ASB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

Cara Semakan Dividen ASB

Cara semakan dividen ASB boleh dilakukan secara online melalui portal myASNB atau aplikasi myASNB bermula 1 Januari setiap tahun selepas pengumuman rasmi dilakukan.

Semakan Dividen ASB Melalui Portal myASNB

  1. Layari laman web rasmi myASNB: https://www.myasnb.com.my/
  2. Klik “Log Masuk”.
  3. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  4. Pilih menu ‘Akaun Saya’ untuk lihat pelaburan.
  5. Klik ‘Penyata Kewangan’ untuk melihat jumlah dividen dan bonus yang telah dikreditkan bagi tahun terkini.
  6. Boleh cetak atau simpan penyata sebagai PDF untuk rujukan.

Semakan Dividen ASB Melalui Aplikasi myASNB

  1. Buka aplikasi myASNB dan log masuk.
  2. Klik pada “Prestasi”
  3. Dividen terkini anda akan dipaparkan pada bahagian ini apabila diumumkan.
  4. Sekiranya belum muat turun aplikasi myASNB, sila muat turun melalui pautan berikut:
TARIKH DIVIDEN ASB
Aplikasi myASNB

Semakan di Kaunter atau Ejen ASNB

Sekiranya tidak menggunakan kaedah online, semakan boleh dibuat di kaunter ASNB atau di ejen sah bermula 2 Januari setiap tahun.

Aplikasi myASNB

Aplikasi myASNB ialah aplikasi rasmi oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang membolehkan pengguna mengakses dan menguruskan pelaburan ASB secara mudah dan selamat melalui telefon pintar atau tablet.

Perkhidmatan yang disediakan di aplikasi myASNB:

  • Daftar akaun ASB secara online tanpa perlu ke kaunter.
  • Semak baki akaun dan portfolio pelaburan ASB.
  • Lakukan pelaburan tambahan secara mudah bila-bila masa dan di mana-mana.
  • Lihat pengagihan dividen dan bonus terkini.
  • Muat turun penyata akaun.
  • Penukaran dana antara produk ASNB.
  • Cari cawangan atau ejen ASNB berdekatan.
  • Pengesahan transaksi lebih selamat dengan myASNB Secure (Secure TAC).

Untuk mengetahui cara mendaftar dan aktifkan akaun ASB online, sila rujuk: Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB

Sejarah Pengagihan Dividen ASB

Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.

Namun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.

Di bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini:

Dividen ASB Tahun 2024

  • Dividen – 5.50%
  • Bonus – 0.25%
  • Kadar Agihan – 5.75%

Dividen ASB Tahun 2023

  • Kadar Agihan – 5.25%
  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 1.00%

Dividen ASB Tahun 2022

  • Dividen – 4.60%
  • Bonus – 0.50%
  • Kadar Agihan – 5.10%

Dividen ASB Tahun 2021

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 0.75%
  • Kadar Agihan – 5.00%

Sejarah Dividen ASB 1990-2020

TARIKH DIVIDEN ASB
Sejarah Dividen ASB 2013-2024

Yang menjadi persoalan ramai, adakah masih berbaloi melabur di ASB?

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk menguruskan semua tabung yang dilancarkan oleh PNB.

Setelah lebih 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini menguruskan 16 tabung unit amanah dengan 273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun setakat 30 September 2021.

ASNB menawarkan tabung unit amanah harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Bumiputera 3 – Didik (ASB 3 Didik), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) dan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) serta unit amanah harga berubah iaitu ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Imbang 3 Global, ASN Sara 1 dan ASN Sara 2.

Tabung-tabung ini berfungsi sebagai instrumen pelaburan untuk membantu rakyat Malaysia merancang keperluan kewangan masa hadapan mereka.

ASNB juga menyediakan rangkaian saluran yang meluas bagi memudahkan pelabur membuat transaksi pelaburan mereka.

Kemudahan tersebut boleh didapati di 32 cawangan ASNB dan di lebih 2,700 cawangan ejen ASNB seluruh negara.

Di samping itu, ASNB menyediakan kemudahan transaksi terpilih dalam talian melalui portal dan aplikasi mudah alih myASNB www.myasnb.com.my.

Ejen-ejen ASNB juga turut menyediakan kemudahan pelaburan dalam talian melalui portal perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, Affinonline dan HLB Connect.

Pelaburan tambahan juga boleh dibuat di semua mesin ATM Maybank dan CIMB Bank.

Tips Maksimumkan Dividen ASB Tahun 2025

1. Simpan Konsisten Sepanjang Tahun
Pastikan simpanan dalam akaun ASB anda kekal tinggi tanpa pengeluaran besar sepanjang tahun agar dividen dikira berdasarkan baki simpanan maksimum.

Dividen dikira berdasarkan unit saham / modal yang ada dalam akaun pada akhir tahun, jadi lebih banyak simpanan, lebih tinggi dividen.

2. Tambah Pelaburan Sebelum Hujung Tahun
Tambah pelaburan atau bayar tambahan sebelum hujung tahun untuk meningkatkan jumlah unit. Ini supaya anda layak menerima dividen lebih banyak.

Pelaburan lewat tahun masih menguntungkan apabila dividen diumumkan.

3. Gunakan Teknik ASB Financing
Teknik ASB Financing menggunakan pinjaman untuk membeli sijil ASB bernilai lebih tinggi dengan modal lebih kecil.

Pelabur boleh mendapat keuntungan lebih besar melalui dividen atas nilai sijil yang lebih tinggi walaupun modal tunai kecil.

Contohnya, sijil ASB bernilai RM200,000 dengan bayaran bulanan boleh beri dividen lebih tinggi berbanding menyimpan tunai sahaja.

3. Jangan Terburu-buru Keluarkan Dividen Sebelum Tamat Tahun
Elakkan pengeluaran dividen atau pengeluaran lain yang akan mengurangkan jumlah unit anda sebelum pengiraan dividen pada akhir tahun.

Simpan dividen agar ia bertambah dalam modal dan bantu kesan “compounding effect”.

4. Gunakan Kalkulator Dividen ASB
Gunakan kalkulator dividen ASB secara online untuk merancang dan memproyeksikan pulangan dividen bergantung kepada jumlah simpanan atau sijil ASB yang ada.

5. Bayar Secara Bulanan (Jika Gunakan ASB Financing)
Elakkan tunggakan pembayaran jika guna pinjaman ASB (ASBF) supaya sijil terus meningkat nilai prinsipal dan dividen diterima maksimum.

6. Sentiasa Pantau Pengumuman ASNB
Pantau pengumuman rasmi kadar dividen setiap tahun bagi merancang pelaburan dan simpanan seterusnya agar dapat memanfaatkan kemungkinan kenaikan kadar.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tarikh dividen ASB 2025 dan cara semakan, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]

Soalan Lazim – Tarikh Dividen ASB 2025

Bila tarikh dividen ASB 2025 akan diumumkan?

Dividen ASB 2025 telah diumumkan pada 19 Disember 2025 (Jumaat).

Bagaimana cara saya semak dividen ASB 2025?

Dividen boleh disemak secara online melalui portal myASNB atau aplikasi myASNB mulai 1 Januari tahun berikutnya. Semakan juga boleh dibuat di kaunter ASNB bermula 2 Januari.

Berapakah kadar dividen ASB bagi tahun 2025?

Kadar dividen ASB 2025 adalah 5.75 sen seunit.

Apakah maksud dividen dan bonus ASB?

Dividen ialah pulangan asas yang dibayar berdasarkan prestasi dana, manakala bonus pula adalah tambahan pulangan yang diberikan berdasarkan keuntungan berlebihan ASB dalam tahun tersebut.

Adakah dividen ASB dikenakan cukai?

Dividen ASB adalah bebas cukai bagi semua pemegang akaun. Ini menjadikan ASB sangat menguntungkan untuk simpanan jangka panjang.

Bila dividen ASB akan masuk ke akaun saya?

Dividen biasanya dikreditkan terus ke akaun pemegang unit mulai 1 Januari selepas pengumuman rasmi diumumkan pada akhir Disember.

Bolehkah saya keluarkan dividen ASB selepas dikreditkan?

Ya, dividen yang dikreditkan ke akaun boleh dikeluarkan atau dilaburkan semula menjadi unit tambahan ASB mengikut pilihan pelabur.

 Bagaimana cara kira dividen ASB

Dividen dikira berdasarkan purata baki minimum bulanan akaun sepanjang tahun, didarabkan dengan kadar dividen dan bonus yang diumumkan.

Berapa maksimum simpanan ASB?

Had maksimum pelaburan individu bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 kepada RM300,000 mulai 2023.

Berapa bayaran buka akaun ASB?

Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.

Berapa hari duit ASB masuk akaun?

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB boleh mengambil masa 1 hingga 7 hari.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut