Kalau selama ini anda asyik tangguh nak menyimpan sebab rasa berat nak simpan sorang-sorang, sekarang nilah masa terbaik untuk ajak member, pasangan, atau adik-beradik buat tabungan bersama.
Macam mana caranya? Haa, sertailah Geng Labur ASB!
Menerusi kempen Geng Labur ASB oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anda bukan sahaja melabur untuk simpanan masa hadapan, malah berpeluang bawa satu geng untuk bercuti secara percuma ke destinasi istimewa!
Kempen ini bermula dari 1 Ogos 2026 sehingga 31 Januari 2027 sahaja tau, jadi pastikan anda cepat-cepat cari geng untuk cukupkan sasaran pelaburan.

Apa Itu Kempen Geng Labur ASB?
Geng Labur ASB ialah kempen simpanan berkumpulan anjuran ASNB yang berlangsung dari 1 Ogos 2026 hingga 31 Januari 2027 (Cabutan 2).
Melalui kempen ini, anda boleh mengajak ahli keluarga, pasangan, atau kawan rapat seramai dua hingga empat orang untuk membentuk satu “geng” dan berkongsi sasaran pelaburan bersih minimum sebanyak RM20,000 dalam dana Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Walaupun sasaran dikira secara bersama dengan syarat setiap ahli melabur sekurang-kurangnya RM1,000, duit simpanan anda tidak akan dicampurkan kerana setiap ahli tetap melabur dalam akaun ASB peribadi masing-masing.
Sebagai ganjaran apabila berjaya mencapai sasaran tersebut sebelum tamat tempoh kempen, kumpulan anda akan mendapat 30 tiket cabutan bertuah untuk merebut peluang memenangi pakej percutian mewah ditaja sepenuhnya untuk empat orang ke KwaZulu-Natal, Afrika Selatan atau Kuala Penyu, Sabah.
Konsep Geng Labur ASB & Cabutan Bertuah
Konsepnya mudah saja. Korang hanya perlu kumpulkan 2 hingga 4 orang dalam satu kumpulan (geng) dan capai sasaran pelaburan bersih terkumpul minimum RM20,000 dalam dana Amanah Saham Bumiputera (ASB).
- Kalau satu geng ada 4 orang, masing-masing cuma perlu simpan sekitar RM5,000 seorang. Syarat minimum untuk setiap ahli pula hanyalah RM1,000.
- Kumpulan yang berjaya capai target RM20,000 akan dapat 20 tiket asas + 10 tiket bonus (jumlah 30 tiket) untuk masuk cabutan bertuah.

Jangan risau, duit pelaburan tak akan dicampur dalam satu akaun. Setiap ahli melabur dalam akaun ASB masing-masing dan pengumpulan ini cuma untuk kiraan tiket cabutan sahaja.
Untuk memenangi cabutan bertuah Geng Labur ASB, anda hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah di bawah:
- Langkah 1: Kumpul dan daftar Geng Labur ASB.
- Langkah 2: Labur bersama geng, capai RM20,000 bersama-sama untuk +10 tiket bonus.
- Langkah 3: Kekalkan atau tambah lagi pelaburan sehingga 31 Januari 2027.
Percutian bersama geng menanti anda!
Hadiah Yang Bakal Diterima Pemenang
Pemenang Cabutan 1 Geng Labur ASB sudah pun diraikan dengan percutian ski di Club Med Sahoro, Hokkaido dan Pangkor Laut Resort.
Untuk pemenang Cabutan 2 Geng Labur ASB, pula, hadiah pakej percutian yang sedang menanti anda adalah:
- Hadiah Utama (1x Geng Pemenang): Percutian safari 6 Hari 5 Malam di Club Med Safari, KwaZulu-Natal, Afrika Selatan (termasuk tiket penerbangan pergi balik, penginapan, makanan & pakej safari).
- Hadiah Saguhati (5x Geng Pemenang): Percutian santai 3 Hari 2 Malam di Club Med Borneo, Kuala Penyu, Sabah (termasuk penginapan & makanan).

Tempoh Kempen
Kempen Geng Labur ASB berlangsung dari:
- Tarikh Mula Kempen: 1 Ogos 2026.
- Tarikh Tamat Kempen: 31 Januari 2027.
- Pendaftaran Cabutan 1: Sudah ditutup (31 Oktober 2026)
- Pendaftaran & Pelaburan Cabutan 2: Masih dibuka sehingga 31 Januari 2027.
Semua peserta perlu mengekalkan atau menambah pelaburan bersih minimum RM20,000 secara berkumpulan sehingga 31 Januari 2027 untuk kekal layak dalam cabutan bertuah.
Geng Labur ASB Di puncak Merdeka 118
Pada 21 November lalu, ASNB akan membawa kempen ini ke The View at 118, dek pemerhatian bangunan kedua tertinggi di dunia!
Para tetamu yang hadir bukan sahaja menjadi antara yang terawal menikmati pemandangan skyline Kuala Lumpur , malah berpeluang menikmati jamuan ringan, menyertai aktiviti eksklusif, serta beramah mesra dengan sesama pemegang unit.

Lebih istimewa lagi, tetamu yang bertuah turut berpeluang bermain pickleball di Aras 118!

Acara eksklusif ini turut meraikan para pemenang Fasa 1 Geng Labur ASB menerusi satu majlis penyampaian hadiah.




MSAM x Karnival Jom Heboh 2026
Lebih menarik lagi, buat julung kalinya, PNB membawakan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2026 dengan kerjasama Karnival Jom Heboh untuk menggabungkan ilmu literasi kewangan bersama hiburan seisi keluarga.
Acara ini juga bakal menyaksikan pelancaran Kita Generasi Labur, iaitu sebuah inisiatif yang menggalakkan rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang untuk menyertai bidang pelaburan demi membina masa depan kewangan yang lebih kukuh.
Jadi, kalau korang belum ada plan lagi, boleh singgah beramai-ramai ke sana pada ketetapan berikut:
- Lokasi: Stadium Merdeka, Presint Merdeka 118
- Tarikh: 27 – 29 November 2026
- Masa: 9.00 pagi – 11.00 malam
- Masuk adalah PERCUMA!
- Maklumat lanjut: https://www.pnb.com.my/en/msam

Cara Sertai Geng Labur ASB
Setakat ini, lebih daripada 15,500 geng sudah pun mendaftar. Untuk sertai Fasa 2, ikut sahaja tiga langkah ringkas ini:
- Lantik ketua & daftar: Kumpulkan geng (2–4 orang) dan minta ketua geng daftarkan kumpulan korang secara dalam talian di laman rasmi Geng Labur ASB. Klik DAFTAR SINI.
- Mula menyimpan: Buat pelaburan tambahan dalam akaun ASB masing-masing (melalui tunai, Potongan Gaji, Arahan Tetap, Auto Labur, pembiayaan bank, atau ASB Plus) sehingga capai RM20,000 secara berkumpulan.
- Kekalkan baki: Pastikan pelaburan bersih korang dikekalkan atau ditambah sehingga kempen tamat pada 31 Januari 2027.
Nota: Peserta Fasa 1 yang belum menang masih layak secara automatik untuk Cabutan 2 selagi tak keluarkan duit!
Selain berpeluang bercuti secara percuma, simpanan korang dalam ASB kekal selamat pada harga tetap RM1 seunit dengan potensi pulangan dividen setiap tahun. Tak perlu risau apa-apa, labur je!
Tag ahli geng korang sekarang, daftar kumpulan korang di portal rasmi ASNB, dan mula menyimpan bersama hari ini!
Muat Turun Soalan Lazim dan Terma & Syarat (PDF)
Rujuk juga Soalan Lazim Kempen Geng Labur ASB serta terma & syarat penyertaan kempen di bawah.
SOALAN LAZIM
TERMA & SYARAT
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim
Kempen Geng Labur ASB ialah kempen cabutan bertuah untuk pemegang unit ASB yang menambah pelaburan ASB sepanjang tempoh kempen.
Kempen ini berlangsung dari 1 Ogos 2026 hingga 31 Januari 2027, melainkan dikemas kini sebaliknya oleh ASNB.
Kempen ini terbuka kepada pemegang unit ASB sedia ada dan yang baharu didaftarkan di bawah Akaun Dewasa atau Akaun Remaja. Anda boleh sertai kempen secara individu atau dalam kumpulan 2 hingga 4 orang.
Anda boleh mendaftar melalui Borang Pendaftaran Geng Labur ASB di laman web ASNB.
Anda boleh melabur melalui ASNB dan saluran serta platform pengedaran ASNB yang dibenarkan. Pelaburan ASB yang layak termasuk pelaburan tunai, pembiayaan bank, Skim Potongan Gaji, Arahan Tetap, Auto Labur dan ASB Plus. Pengagihan pendapatan, transaksi penukaran dan transaksi pemindahan tidak akan dikira untuk tiket.
Capai jumlah minima RM20,000 pelaburan tambahan bersih ASB secara individu atau berkumpulan untuk mula mengumpul tiket cabutan bertuah.
Ya. Setiap ahli kumpulan mesti menyumbang sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Pelaburan Tambahan Bersih yang layak sepanjang tempoh pelaburan yang berkenaan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, mendaftar kumpulan, atau menyemak Terma & Syarat penuh kempen Geng Labur ASB, anda boleh merujuk terus kepada laman web rasmi kempen ASNB di asnb.com.my/campaign/geng-labur-asb.
Anda juga boleh mengurus dan menyemak status pelaburan anda menerusi aplikasi mudah alih myASNB atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB.




