Cara Semakan Dividen ASB Online & Kira Pendapatan ASBF
Cara Buat Semakan Pengagihan Pendapatan (Dividen ASB) Secara Online & Kaedah Pengiraan ASBF
Bulan Disember adalah bulan yang dinanti-nanti oleh mereka yang menabung dan membuat simpanan dalam Amanah Saham Nasional Berhad khususnya ASB.
Untuk makluman, PNB telah mengumumkan dividen 4.60 sen seunit untuk ASB, dengan jumlah pembayaran agihan pendapatan RM8.9 bln kepada 10.6 juta pemegang unit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
- Dividen – 4.6%
- Bonus – 0.5%
Pengagihan pendapatan sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen seunit, berjumlah 4.60 sen. Selain itu, Bonus Tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit.
Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022. Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.
Kenyataan akhbar: https://asnb.my/KAASB22
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pengiraan dan semakan dividen ASB online.
Tentang Amanah Saham Bumiputera
Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan.
Mengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.
ASN pada awal pelancarannya adalah dana berharga tetap, namun selepas 10 tahun harganya perlu diapungkan kepada harga berubah.
Bagi memastikan Bumiputera tidak mengeluarkan pelaburan mereka daripada ASN, PNB memperkenalkan unit amanah keduanya, ASB yang mula diniagakan pada 1990.
Sejarah Pengagihan Pendapatan ASB
Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.
Namun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.
Di bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini di mana menyaksikan prestasi dividen ASB semakin tahun semakin menurun.
SEJARAH PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB 1990-2020
Yang menjadi persoalan ramai, adakah masih berbaloi melabur di ASB?
Cara Pengiraan Dividen ASB 2022
Ramai yang mungkin masih tertanya-tanya, bagaimana cara nak kira dividen ASB?
Cara kira dividen ASB adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:
- Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
- Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
- Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
- Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.
Contoh mudah:
Formula
4.6% x Purata BMB = ……….
0.5% x 1st 30K Purata BMB = ………
Kiraan ASB yg tepat ialah dengan mengira Purata Baki Minimum Bulanan (BMB). Tapi jika sebut BMB, ramai yg x faham walaupun dah berpuluh kali explain.
Jadi untuk kira mudah, dibawah ialah berapa yg korg akan dapat duit nanti. Kalau dalam akaun ASB korang ada duit cash yang banyak, mungkin lari lah sikit kiraan ni.
Sebab kiraan dividen bonus ASB ni ikut sijil ASBF + Cash.
ASBF 200k
Dividen : *RM9,200*
Bonus 30k : *RM150*
Total : *RM9,350*
ASBF 150k
Dividen : *RM6,900*
Bonus 30k : *RM150*
Total : *RM7,050*
ASBF 100k
Dividen : *RM4,600*
Bonus 30k : *RM150*
Total : *RM4,750*
ASBF 50k
Dividen : *RM2,300*
Bonus 30k : *RM150*
Total : *RM2,450*
Contoh 1
Katakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu.
Cara kiraannya adalah seperti berikut
= RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)
= RM600
Contoh 2
Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun.
Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.
Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :
= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)
= (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325
Dividen akan lebih banyak kita akan dapat jika kita simpan lump sum berbanding kita simpan sedikit-sedikit setiap bulan.
Ini adalah salah satu initiatif PNB untuk pastikan simpanan kita kekal dan tak galakkan kita sentiasa membuat pengeluaran.
Itu sebabnya cara kira dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan.
Jadi kalau kita buat pengeluaran, secara automatik baki simpanan kita akan berkurang.
Contoh Kiraan Jika Jumlah Simpanan Tetap / Tidak Berubah
Contoh Kiraan (1):
- Jumlah simpanan RM50,000 x 5 / 100 = RM2,500 dividen setahun.
- Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember)
Contoh kiraan (2):
- Jumlah simpanan RM50,000 x 0.05 sen = RM2,500
- Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember)
Semakan & Cara Kira Dividen (ASB Financing )ASBF
Cara kira. Contoh kita ada buat ASBF 100k
Maka :
4.60% x 100k = RM4600
0.5% x 30k = RM150
TOTAL DAPAT = RM4750
If apply ASBF Pertengahan Tahun, kena kira prorate lah. Contoh apply bulan 7. Maka tahun ni bayar untuk 6bulan dari 12bulan.
Maka cara kira :
4.60% x 100k x (6/12)= RM2300
0.5% x 30k = RM150
TOTAL DAPAT = RM2450
SEMOGA BERMANFAAT
Cara semakan & kira Dividen ASBF (Tak sampai 12 bulan)
*Contoh baru buat 10 bulan dan buat ASBF RM100K
.
ASBF RM100K = Dividen Tahunan RM5,000
(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)
RM5,000 / 12 = RM417
.
(Darabkan dengan 10 untuk dapakan anggaran dividen 10 bulan)
RM417 x 10 bulan = RM4,170
Baca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak
Tarikh Semakan Dividen ASB 2022
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, penangguhan urusniaga ASB bermula 22 Disember 2022 31 Disember bagi platform online MyASNB manakala sehingga 3 Januari 2023 bagi semakan manual di kaunter ASNB dan ejen.
Oleh itu, semakan boleh dibuat mulai 1 Januari 2023 secara online di Portal MyASNB manakala pembukaan semula urusniaga di kaunter bermula pada 3 Januari 2023.
Perkara ini diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui laman web ASNB.
Cara Semakan Dividen ASB
Kini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB.
Untuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja melalui Portal myASNB.
myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Langkah membuat semakan ASB online adalah seperti berikut:
- Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
- Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
- Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
- Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan
*Rujuk tarikh penangguhan urusniaga ASB di bawah.
Jika anda belum mendaftar ASB online, sila rujuk langkah membuat pendaftaran di artikel ini: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen
Zakat ASB
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Na mun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.
Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:
Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.
Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :
Perkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.
Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.
Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat
*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa
Jadi, dah seronok dapat dividen tu, jangan lupa bayar zakat ya!
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2022 dan semakan pendapatan ASBF, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]